paragraph
stringlengths 640
5k
| qa
dict |
---|---|
Kuala Terengganu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Terengganu merampas baju dan seluar jenama tiruan dianggar bernilai RM10,000 dalam serbuan sempena Ramadan di Kampung Tiong, di sini, petang semalam.
Dalam serbuan kira-kira 4.30 petang itu, KPDNKK menahan tiga individu termasuk pemilik premis berusia 50-an untuk siasatan mengikut Seksyen 8(2)(b) Akta Perihal Dagangan 2011.
Pengarah KPDNKK Terengganu Azlan Abdul Samad berkata, serbuan dilakukan di tiga premis termasuk sebuah stor di kampung sama dalam operasi diketuai tiga pegawai dan sembilan anggota hasil maklumat dan intipan sejak 8 Mei lalu.
"Antara jenama dirampas ialah Adidas, Guess, Gucci, Levi's dan Nike dengan bekalan dipercayai diperoleh dari tiga negara jiran.
"Siasatan mendapati pemilik premis berkenaan yang sudah 25 tahun mengaut keuntungan mudah menjalankan perniagaan pakaian tiruan itu dipercayai menjadi pembekal kepada peniaga kecil termasuk di pasar malam di negeri ini.
"Semakan rekod juga mendapati peniaga berkenaan pernah dikenakan kompaun sebelum ini kerana kesalahan sama dan ini adalah kesalahan kedua," katanya di sini, hari ini. | {
"qa": [
{
"question": "Di mana serbuan tersebut dilakukan?",
"substring": "Kuala Terengganu"
},
{
"question": "Berapa nilai baju dan seluar jenama tiruan yang dirampas?",
"substring": "RM10,000"
},
{
"question": "Berapa individu yang ditahan dalam serbuan tersebut?",
"substring": "tiga individu"
},
{
"question": "Apakah jenama-jenama yang dirampas?",
"substring": "Adidas, Guess, Gucci, Levi's dan Nike"
},
{
"question": "Berapa lama pemilik premis tersebut menjalankan perniagaan pakaian tiruan?",
"substring": "25 tahun"
}
]
} |
Seorang majistret dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kuantan hari ini, atas lapan pertuduhan meminta dan menerima rasuah membabitkan nilai RM295,000 sejak Julai lalu.
Tertuduh, Mohamad Amin Shahul Hamid, 38, bagaimanapun dengan tenang memohon dirinya dibicarakan sebaik sahaja pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd Ghazali Mohamad Taib.
Mohamad Amin yang memakai baju kemeja putih dan seluar hitam didakwa melakukan kesalahan itu antara 5 Julai hingga 22 Okt lalu melibatkan tiga pertuduhan meminta rasuah berjumlah RM185,000 dan lima dakwaan menerima rasuah bernilai RM110,000.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Hassan Basri Ahmad Sutan Modo sebagai dorongan kepada tertuduh untuk tidak menjatuhkan hukuman penjara terhadap dirinya yang berdepan pendakwaan memiliki rokok seludup di Mahkamah Majistret Kuala Lipis.
Suapan itu yang melibatkan jumlah antara RM10,000 dan RM100,000 didakwa dilakukan di beberapa lokasi iaitu jalan besar Kuala Medang dan hadapan kedai runcit kawasan perniagaan Felda Sungai Koyan di Lipis dan tempat letak kereta Taman Bukit Koman di Raub, dekat Kuantan.
Bagi kesalahan meminta, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 manakala pendakwaan terhadap kesalahan menerima rasuah dikendalikan di bawah Seksyen 17 (a) akta sama.
Kedua-dua seksyen itu boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Pada prosiding itu, Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM Roslan Mat Nor menawarkan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan dengan syarat tambahan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah dan diwajibkan melaporkan diri setiap bulan.
"Saya mohon mahkamah mempertimbangkan bahawa kesalahan yang didakwa dilakukan tertuduh melibatkan jumlah yang besar dan tertuduh juga merupakan penjawat awam yang sedikit sebanyak kesalahan ini memberi gambaran tidak sewajarnya terhadap perkhidmatan kehakiman," katanya.
Bagaimanapun peguam Mohd Azharul Ab Talib merayu jumlah itu dikurangkan kerana anak guamnya tidak berpotensi melarikan diri kerana mahu membersihkan namanya melalui perbicaraan, selain jaminan yang tinggi seolah-olah menghukum tertuduh yang masih belum dibuktikan bersalah.
"Penjamin tertuduh, iaitu abangnya juga tidak berpendapatan tinggi sebaliknya hanya bekerja sebagai guru di pusat tuisyen dan pengetahuan secara mengejut bahawa tertuduh akan didakwa hari ini juga merencatkan usaha dia mengumpul wang yang banyak bagi tujuan jaminan.
"Saya faham kes ini dianggap sebagai kes berprofil tinggi namun saya mohon ia tidak dijadikan alasan untuk mahkamah meletakkan jumlah jaminan tinggi. Malah tertuduh juga masih berkhidmat sebagai penjawat awam iaitu sebagai Timbalan Pendaftar di Istana Kehakiman," katanya.
Mohd Ghazali selepas mempertimbangkan rayuan dan hujahan itu membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM25,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin berserta syarat pasport diserahkan kepada mahkamah dan menetapkan sebutan semula kes pada 15 Jan depan.
Tertuduh menjelaskan jaminan tersebut.
-Bernama | {
"qa": [
{
"question": "Siapakah yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kuantan?",
"substring": "Seorang majistret"
},
{
"question": "Berapa nilai rasuah yang didakwa diterima oleh tertuduh?",
"substring": "nilai RM295,000"
},
{
"question": "Apakah kesalahan yang didakwa terhadap tertuduh?",
"substring": "meminta dan menerima rasuah"
},
{
"question": "Bagaimana Mohamad Amin merespon pertuduhan terhadapnya?",
"substring": "dengan tenang memohon dirinya dibicarakan"
},
{
"question": "Kapan sebutan semula kes ditetapkan?",
"substring": "15 Jan depan"
}
]
} |
PASUKAN Polis Marin (PPM ) Wilayah Dua Johor menahan lelaki berusia 29 tahun serta merampas pelbagai jenis mercun yang dianggarkan bernilai RM18,400 dalam serbuan menerusi Op Landai, di Kampung Baru Renggam, Kluang, Johor petang semalam.
Komander PPM Wilayah Dua Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, suspek ditahan sepasukan tujuh anggota PPM bersama tiga anggota Balai Polis Simpang Renggam di sebuah stor pada 4.30 petang.
“Dalam operasi itu, stor yang dijadikan tempat menyimpan mercun diserbu oleh sepasukan pegawai dan anggota PPM Wilayah Dua.
“Dalam serbuan itu, anggota berjaya merampas pelbagai jenis mercun yang disimpan di dalam stor dengan harga mengikut pasaran tempatan,” katanya.
Katanya, suspek tempatan yang disyaki sebagai penjaga stor ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Akta Bahan Letupan 1957.
“PPM akan mempertingkatkan operasi bagi membendung kegiatan penjualan dan penyeludupan barang terlarang di samping menguatkuasa semua undang-undang jenayah,” katanya.
Beliau berkata, tindakan menyerbu stor itu hasil maklumat diterima unit risikan Marin (URM) PPM Wilayah Dua sempena Op Landai semalam.
“Dengan bantuan tiga anggota Balai Polis Renggam, serbuan dilakukan di stor dalam kawasan sebuah rumah.
“Hasil pemeriksaan dengan memperkenalkan diri sebagai pegawai kanan polis, anggota membuat pemeriksaan ke atas stor itu sambil disaksikan oleh orang yang disaman (OYDS).
“Hasil daripada pemeriksaan menyeluruh akhirnya menemui sejumlah kotak disyaki pelbagai jenis mercun disimpan di dalam stor terbabit bernilai RM18,400,” katanya.
Beliau berkata OYDS dan barang rampasan dibawa ke PPM Wilayah Dua Tampoi untuk proses dokumentasi.
Antara barang rampasan termasuk 10 biji mercun TT8138, 160 kotak mercun SKA W667P, 96 bungkus mercun E 0529R-10 dan 32 biji mercun TT4049.
Turut ditemui 60 kotak mercun 0977, 60 kotak mercun 0901C, 24 kotak mercun SK16, dua biji mercun MK-0235.
Selain itu, 48 biji mercun SKC 2520, empat biji mercun HR 851, 40 papan mercun RR 078, 39 kotak mercun EW 301 dan sembilan biji mercun NO.25x2, enam biji mercun TT4138 dan dua biji mercun 3011.
Katanya, tindakan mengikut Akta Bahan Letupan 1957 dan OYDS bersama barang kes diserahkan kepada pegawai penyiasat jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang. | {
"qa": [
{
"question": "Siapakah yang ditahan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor?",
"substring": "lelaki berusia 29 tahun"
},
{
"question": "Berapa nilai mercun yang dirampas oleh PPM dalam serbuan tersebut?",
"substring": "RM18,400"
},
{
"question": "Apakah nama operasi yang dilakukan oleh PPM?",
"substring": "Op Landai"
},
{
"question": "Apakah undang-undang yang digunakan untuk menahan suspek?",
"substring": "Akta Bahan Letupan 1957"
},
{
"question": "Di mana tempat penyimpanan mercun tersebut?",
"substring": "di sebuah stor pada 4.30 petang"
}
]
} |
KANAK-KANAK lelaki terpaksa menanggung kesakitan kira-kira 10 minit selepas kaki kanannya tersepit pada basikal di Kampung Padang Tenggala, Temerloh, malam tadi.
Dalam kejadian 9.20 malam itu mangsa, 9, dikatakan sedang mengayuh basikal sebelum kaki kanannya termasuk ke bahagian sepit udang basikal dan gagal dikeluarkan.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Sani Harul, berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.22 malam sebelum tiba ke lokasi empat minit kemudian.
“Anggota kita dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Angin menggunakan playar untuk memotong lidi roda hadapan basikal sebelum kaki kanak-kanak terbabit berjaya dikeluarkan.
“Kanak-kanak itu kemudian diberikan rawatan awal oleh anggota kita sebelum dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan media, Temerloh, hari ini.
Mohd Sani berkata, kanak-kanak terbabit tidak mengalami kecederaan serius dan kelihatan tenang ketika operasi mengeluarkan kakinya dijalankan.
Beliau berkata, operasi tamat pada 9.36 malam. | {
"qa": [
{
"question": "Berapa umur kanak-kanak yang tersepit kaki pada basikal?",
"substring": "mangsa, 9,"
},
{
"question": "Di mana kejadian berlaku?",
"substring": "di Kampung Padang Tenggala, Temerloh,"
},
{
"question": "Siapakah yang memotong lidi roda hadapan basikal?",
"substring": "anggota kita dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Angin"
},
{
"question": "Apakah keadaan kanak-kanak selepas operasi?",
"substring": "tidak mengalami kecederaan serius dan kelihatan tenang"
},
{
"question": "Bilakah operasi tamat dilakukan?",
"substring": "operasi tamat pada 9.36 malam."
}
]
} |
Jabatan Imigresen Malaysia menahan empat lelaki tempatan yang disyaki menyamar sebagai anggotanya di Putrajaya.
Pengarah Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan Jabatan itu, M Saravana Kumar berkata kesemua suspek berusia 27 hingga 34 tahun ditahan semalam selepas berurusan dengan seorang majikan.
"Siasatan awal mendapati suspek telah menjalankan operasi haram serta menangkap pekerja asing sebelum meminta atau menerima suapan daripada majikan pekerja. Suapan adalah bagi bayaran melepaskan pekerja asing itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata pihaknya percaya kumpulan ini telah melakukan kegiatan ini beberapa kali dan modus operadinya adalah dengan menyasarkan kedai runcit.
"Mereka juga akan menggunakan peralatan seperti gari dan baju seumpama anggota Imigresen selain majikan akan diarahkan untuk berjumpa mereka di jalan sekitar pejabat Imigresen untuk urusan melepaskan pekerja asing.
Beliau berkata kesemua suspek diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan dan tindakan lanjut.
-Bernama | {
"qa": [
{
"question": "Siapakah yang ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia?",
"substring": "empat lelaki tempatan yang disyaki menyamar sebagai anggotanya"
},
{
"question": "Di mana tempat penahanan berlaku?",
"substring": "di Putrajaya"
},
{
"question": "Apakah kesalahan yang dilakukan oleh suspek?",
"substring": "menjalankan operasi haram serta menangkap pekerja asing sebelum meminta atau menerima suapan daripada majikan pekerja"
},
{
"question": "Bagaimana modus operandi kumpulan ini?",
"substring": "menyasarkan kedai runcit"
},
{
"question": "Siapakah yang akan menyiasat kes ini?",
"substring": "pihak polis"
}
]
} |
Seremban: Seremban: Pasukan Rasah Jaya A diberi tentangan sengit Serdang FC sebelum menang 2-1 untuk dinobatkan selaku juara Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah 2015 di padang awam Taman Rasah Jaya, baru-baru ini.
Kedua-dua pasukan mem
pamerkan persembahan mantap apabila terikat 1-1 sebaik tamat separuh masa pertama dan jaringan pada lewat permainan meletakkan Rasah Jaya A memenangi kejuaraan itu.
Selaku juara Rasah Jaya A membawa pulang wang tunai RM1,200 manakala Serdang FC meraih RM600 dan PS2 FC yang mengalahkan Nyatoh FC, 1-0, bagi perebu
tan tempat ketiga, RM300.
Sebanyak 16 pasukan sekitar daerah dan luar Negeri Sembilan antaranya dari Serdang, Kajang dan Bangi, Selangor menyertai kejohanan itu sekali gus menyaksikan saingan sengit daripada setiap pasukan.
Kejohanan anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan UMNO Cawangan Taman Rasah Jaya itu adalah julung kali dianjurkan.
Pengerusi jawatankuasa penganjur Norasham Jaafar berkata, pihaknya tidak menyangka kejohanan itu mendapat sambutan baik bukan saja taman sekitar malah dari luar negeri ini.
Katanya, kejohanan bertujuan merapatkan hubungan antara penduduk setempat.
Hadiah kepada pemenang disampaikan Ahli Jawatankuasa UMNO Rasah Datuk Bahrin Ahmad dan Ketua Pemuda UMNO Rasah, Hasan Ayuh. | {
"qa": [
{
"question": "Siapakah juara Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah 2015?",
"substring": "Pasukan Rasah Jaya A"
},
{
"question": "Berapa hadiah wang tunai yang diterima oleh juara kejohanan?",
"substring": "RM1,200"
},
{
"question": "Berapa pasukan yang menyertai kejohanan tersebut?",
"substring": "16 pasukan"
},
{
"question": "Siapakah yang menganjurkan kejohanan tersebut?",
"substring": "Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan UMNO Cawangan Taman Rasah Jaya"
},
{
"question": "Apakah tujuan diadakan kejohanan tersebut?",
"substring": "bertujuan merapatkan hubungan antara penduduk setempat"
}
]
} |
POLIS menahan lima suspek Geng Oli yang terbabit dalam kegiatan curi kabel Telekom Malaysia (TM) di lokasi berasingan di Kampung Pundut, Lumut, Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, lima lelaki itu berusia antara 20 hingga 27 tahun ditahan 8 malam hasil risikan anggotanya.
Menurutnya, kumpulan itu aktif melakukan kegiatan curi kabel di sekitar kawasan Lumut, Ayer Tawar dan Sitiawan.
“Soal siasat yang dijalankan mendapati kumpulan itu sudah lama mencuri kabel dengan modus operandi melakukan kegiatan itu pada tengah malam dan membakar kabel pada awal pagi sebelum menjualnya kepada kedai besi buruk pada waktu pagi.
“Kita juga sudah mengenal pasti kedai yang menjadi lokasi kabel itu dijual dan tindakan lanjut juga akan diambil," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Manjung hari ini.
Katanya, penahanan kumpulan itu turut menyelesaikan tujuh kes kecurian kabel yang dipercayai didalangi ahli kumpulan itu di sekitar daerah ini.
“Bagaimanapun, siasatan akan diteruskan dan kita percaya masih ada lagi saki baki ahli kumpulan ini yang masih aktif dan kita sedang mengesan mereka.
“Lima lelaki itu masing-masing tidak berkerja dan ujian saringan air kencing turut mendapati mereka positif heroin," katanya.
Muhammad Hanif berkata, turut dirampas sebuah Proton Iswara, motosikal Yamaha Ego, peralatan yang digunakan untuk memotong kabel dan lebihan kabel yang sudah dibakar.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 431(A) Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat terhadap harta benda awam dan dengan penahanan kumpulan ini juga kita percaya dapat melumpuhkan kegiatan curi kabel," katanya.
Dalam perkembangan lain, Muhammad Hanif berkata, setakat ini sebanyak empat kes Macau Scam atau penipuan wang melalui telefon berlaku di Manjung sejak awal tahun ini.
"Semua mangsa berusia antara 30 hingga 50 tahun terdiri daripada pelbagai latar belakang membabitkan kerugian sebanyak RM114,240.
"Bagi kes penipuan pembelian atas talian sebanyak lima kes membabitkan pembelian barangan seperti telefon bimbit dan peralatan elektronik dilaporkan dengan jumlah kerugian sebanyak RM52,060 sejak awal tahun ini," katanya.
Beliau berkata, polis menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dan mempunyai rasa curiga supaya tidak mudah terpedaya biarpun ditawarkan dengan harga yang murah. | {
"qa": [
{
"question": "Siapakah yang ditahan oleh POLIS?",
"substring": "lima suspek Geng Oli"
},
{
"question": "Di mana kegiatan curi kabel dilakukan?",
"substring": "di lokasi berasingan di Kampung Pundut, Lumut"
},
{
"question": "Berapa lama lima lelaki itu ditahan?",
"substring": "ditahan 8 malam"
},
{
"question": "Apakah modus operandi kumpulan itu?",
"substring": "melakukan kegiatan itu pada tengah malam dan membakar kabel pada awal pagi sebelum menjualnya kepada kedai besi buruk pada waktu pagi"
},
{
"question": "Berapa jumlah kerugian bagi kes penipuan pembelian atas talian?",
"substring": "jumlah kerugian sebanyak RM52,060"
}
]
} |
Sungai Petani: Kemahiran meredah laluan sukar dan berbukit akan digunakan sepenuhnya pelumba D’nia Bike (gambar) yang akan memeriahkan saingan sukan basikal lasak Harian Metro Mountain Bike (HMMTB) Grand Prix 2016 Sirkit 1 di Kulim Hi-Tech Park, Kulim pada 30 Julai ini.
Ditubuhkan pada 2009 di Pinang Tunggal, di sini, D’nia Bike disertai ramai penggemar sukan basikal lasak sekitar Sungai Petani membabitkan golongan muda dan tua dengan sering terbabit dalam pelbagai pertandingan di utara tanah air.
Ketuanya, Dahlan Mohd Noh, 40, berkata memiliki lebih 50 ahli berusia 17 hingga 46 tahun, mereka mempunyai pengalaman luas dan sebahagian daripadanya pernah menyertai beberapa MTB termasuk anjuran Harian Metro sebelum ini.
Katanya, saingan kali ini, D’nia Bike bakal menampil 15 pelumba dan akan menyertai semua kategori kecuali wanita dengan pelumba dijangka memberi saingan sengit.
“Kami juga mempunyai beberapa pelumba muda berbakat untuk diketengahkan kali ini. Malah trek Kulim Hi Tech menjadi tapak pertandingan juga tidak asing bagi kami,” katanya.
Mokhtar berkata, beliau berharap pelumba D’nia Bike dapat memperbaiki pencapaian dengan menyasarkan kelompok 10 pelumba terbaik kerana tidak mustahil dicapai. | {
"qa": [
{
"question": "Apakah nama pasukan pelumba yang akan menyertai saingan HMMTB Grand Prix 2016 Sirkit 1?",
"substring": "pelumba D’nia Bike"
},
{
"question": "Di mana D’nia Bike ditubuhkan?",
"substring": "Ditubuhkan pada 2009 di Pinang Tunggal, di sini"
},
{
"question": "Berapa ramai ahli yang terdapat dalam pasukan D’nia Bike?",
"substring": "lebih 50 ahli"
},
{
"question": "Berapa banyak pelumba yang akan menrepresentasikan D’nia Bike dalam saingan?",
"substring": "15 pelumba"
},
{
"question": "Apakah pencapaian yang diharapkan oleh ketua pasukan D’nia Bike?",
"substring": "menyasarkan kelompok 10 pelumba terbaik"
}
]
} |
Kuala Lumpur: Dunia basikal negara kini ibarat kosong. Itu hakikat yang perlu diterima terutama ketika Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) digantung dengan pelumba muda semakin hilang hala tuju.
Jurulatih Johor, Mohd Firdaus Daud menegaskan perkara itu sudah dibawa ke pihak atas namun tiada sebarang tindakan diambil malah ketua jurulatih negara, John Beasley juga seakan berdiam diri.
Kata Firdaus, sejak Beasley menyandang jawatan ketua jurulatih hanya sekali iaitu Jumaat lalu beliau turun bertemu dengan jurulatih negeri.
Amat malang sekali kerana sikap tidak berminat itulah mengakibatkan Malaysia ketandusan atlet berbasikal trek mahupun lebuh raya.
Persaraan Rizal Tisin, Muhammad Edrus Md Yunos dan terbaru Josiah Ng menandakan harapan kini hanya disandarkan dibahu Azizulhasni Awang dalam mengalas cabaran basikal elit negara.
Persoalan dilontarkan oleh Firdaus dengan mengambil contoh seperti arena badminton negara. Penggantungan Datuk Lee Chong Wei bermakna, tiada siapa lagi boleh diharapkan untuk menyumbangkan pingat di Olimpik nanti.
Katanya, jurang terlalu jauh antara Chong Wei dengan pemain lain samalah seperti Azizul dengan pelumb alain.
“Tanpa Azizul siapa lagi yang kita harapkan. Sepatutnya kita sudah ada dua atau tiga pelumba pelapis menggantikan tempat dikosongkan pelumba senior. Sekarang ini lompong dan kosong.
“Pada saya hanya Mohd Shah Firdaus Shahrom dan Mohd Firdaus Zonis menonjol tapi jurangnya terlalu jauh antara junior dan senior.
“Sepatutnya di antara dua pelumba junior itu yang baru berusia 18 dan 19 tahun, ada satu kelompok lagi berusia 20an dalam kategori elit. Soalnya di mana mereka sekarang,” katanya.
Menurut Firdaus, pelumba seperti pemenang emas Sukan Malaysia (SUKMA) acara lebuh raya Hamdan Hamidun, pemenang dua pingat emas SUKMA dan ACC kategori junior dalam acara pecut Mohd Arfy Qhairant Amran, Mohd Fattah Amri Zaid, Azrul Taufik Anuar dan Mohd Fakhruddin Daud sepatutnya ada dalam skuad elit. | {
"qa": [
{
"question": "Siapakah ketua jurulatih negara dalam dunia basikal Malaysia?",
"substring": "ketua jurulatih negara, John Beasley"
},
{
"question": "Siapakah pelumba yang diharapkan untuk mengalas cabaran basikal elit negara?",
"substring": "Azizulhasni Awang"
},
{
"question": "Siapakah pelumba yang memenangi emas SUKMA dalam acara lebuh raya?",
"substring": "Hamdan Hamidun"
},
{
"question": "Siapakah pelumba yang memenangi dua pingat emas SUKMA dan ACC dalam acara pecut?",
"substring": "Mohd Arfy Qhairant Amran"
},
{
"question": "Apakah yang menjadi masalah dalam dunia basikal negara?",
"substring": "ketandusan atlet berbasikal trek mahupun lebuh raya"
}
]
} |
LELAKI berusia 24 tahun ditemui lemas ketika mandi bersama teman wanitanya di pantai Batu Feringghi, 7 pagi hari ini.
Mayat S Murali ditemui ahli keluarganya di persisiran pantai di belakang Hotel Golden Sand, Batu Feringghi selepas dia hilang.
Pengarah Maritim Daerah Maritim 2 Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM) Pulau Pinang, Kapten Maritim Rozali Mohd Said berkata, pihaknya menerima maklumat dari Pusat Operasi Wilayah Utara mengenai kehilangan mangsa ketika mandi di situ.
Beliau berkata, berdasarkan maklumat, mangsa dilaporkan hilang semasa mandi bersama teman wanitanya di pantai Batu Feringghi.
Katanya, hasil pemeriksaan mendapati teman wanita mangsa diselamatkan oleh budak pantai yang bertugas dan diberikan rawatan kecemasan.
"Mangsa dilaporkan hilang 4 petang semalam dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan sejurus laporan diterima," katanya. | {
"qa": [
{
"question": "Siapakah yang ditemui lemas ketika mandi bersama teman wanitanya di pantai Batu Feringghi?",
"substring": "Mayat S Murali"
},
{
"question": "Dimana mayat S Murali ditemui?",
"substring": "di persisiran pantai di belakang Hotel Golden Sand, Batu Feringghi"
},
{
"question": "Siapakah yang memberikan maklumat mengenai kehilangan mangsa ketika mandi di situ?",
"substring": "Pusat Operasi Wilayah Utara"
},
{
"question": "Siapakah yang diselamatkan oleh budak pantai yang bertugas dan diberikan rawatan kecemasan?",
"substring": "teman wanita mangsa"
},
{
"question": "Bilakah mangsa dilaporkan hilang?",
"substring": "4 petang semalam"
}
]
} |
KANGAR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun lima bulan cedera digigit anjing liar yang berkeliaran di kawasan kediaman mangsa di Taman Perlis di sini, pagi semalam.
Kejadian menimpa Mohamad Sufi Mohamad Nawfal Feng itu berlaku kira-kira jam 11 pagi, kurang seminggu selepas BH melalui Halaman Kota melaporkan isu berkaitan Taman Bakau Emas bersebelahan Taman Perlis, yang didakwa penduduk diganggu lebih 20 anjing liar.
Kedudukan lokasi kejadian dalam lingkungan kurang satu kilometer (km) dari Taman Bakau Emas mencetus persoalan kemungkinan kumpulan anjing sama turut berkeliaran di kawasan lain seperti dilaporkan BH pada 5 Oktober lalu.
Dalam kejadian pagi semalam, Muhammad Amirul dan abangnya, Muhammad Amirul Fathie Mohd Zaman, 8, diserang anjing liar ketika dalam perjalanan ke kedai kurang 100 meter dari rumah mereka.
MUHAMMAD Amirul Fathie Mohd Zaman (kiri) menunjukkan kesan darah di baju milik adiknya Muhammad Suhfi akibat digigit anjing liar di Taman Perlis, Kangar. - Foto Azhar Ramli
Mohamad Sufi digigit pada dahi manakala abangnya sempat menyelamatkan diri.
Menceritakan detik cemas itu, Muhammad Amirul berkata, dia membawa adiknya menggunakan kereta sorong bayi sebelum seekor anjing tiba-tiba menerkam adiknya.
"Saya takut dan lari sekejap sebelum menyergah haiwan itu. Saya lap darah adik menggunakan baju yang adik pakai sebelum menampal plaster di bahagian yang luka," katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Perlis, di sini.
Muhammad Amirul membawa wartawan dan jurugambar ke lokasi kejadian untuk menunjukkan anjing yang dipercayai menyerang serta menggigit adiknya.
Berdasarkan pemerhatian, sekurang-kurangnya lima anjing dikesan di kawasan itu.
Ibu mangsa, Hani Rashida Hashim, 32, bekerja di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) ketika kejadian sebelum dimaklumkan suaminya mengenai kejadian berkenaan.
"Kami bergegas membawa Mohamad Sufi ke hospital untuk menerima rawatan. Doktor mengesahkan anak saya digigit anjing sebelum memberi suntikan vaksin rabies," katanya.
Mengulas kehadiran kumpulan anjing berkenaan, Hani berkata, kawasan terbabit tidak mempunyai anjing liar sebelum ini.
"Saya berharap pihak berkaitan dapat melakukan sesuatu bagi mengelak lebih ramai menjadi mangsa kerana seorang pelajar dikatakan turut diserang anjing liar di taman perumahan berdekatan sebelum ini," katanya. | {
"qa": [
{
"question": "Siapakah mangsa digigit anjing liar?",
"substring": "Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun lima bulan"
},
{
"question": "Di manakah kejadian berlaku?",
"substring": "di Taman Perlis di sini"
},
{
"question": "Apakah isu yang dilaporkan BH pada 5 Oktober lalu?",
"substring": "isu berkaitan Taman Bakau Emas bersebelahan Taman Perlis, yang didakwa penduduk diganggu lebih 20 anjing liar"
},
{
"question": "Siapakah yang diserang bersama dengan mangsa?",
"substring": "abangnya, Muhammad Amirul Fathie Mohd Zaman, 8"
},
{
"question": "Berapa anjing yang dikesan di kawasan kejadian?",
"substring": "sekurang-kurangnya lima anjing dikesan di kawasan itu"
}
]
} |
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) melancarkan 10 buah basikal elektrik pertama di negeri ini hari ini sekaligus menjadikannya sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pertama di negara ini yang berbuat demikian.
Datuk Bandar MBPP, Datuk Yew Tung Seang berkata, pelancaran tersebut adalah sejajar dengan visi negeri ini menuju ke arah Pulau Pinang yang lebih pintar, hijau dan sihat dengan memudahkan anggota penguatkuasanya secara mesra alam.
"Ini merupakan satu lonjakan positif dari segi perkhidmatan Unit Rondaan Basikal (URB) di negeri ini di mana anggota MBPP dapat menjalankan tugas rondaan yang meliputi kawasan Tapak Warisan Dunia," katanya selepas majlis pelancaran unit rondaan menggunakan basikal itu di sini.
Katanya, basikal elektrik buatan tempatan itu dilengkapi bantuan pedal (pedal assist), alat pengesan Sistem Kedudukan Global (GPS), rakaman perjalanan (trip recorder), lampu, hon, sistem suspensi yang baik serta memiliki kelebihan ketika berada di atas permukaan yang rata mahupun berbukit.
"Dengan hasil teknologi yang lebih mesra alam ini, basikal ini juga menepati saranan kelajuan yang diluluskan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) iaitu 25 kilometer sejam melalui kayuhan bantuan pedal serta 80 ke 100 kilometer sejam melalui kayuhan automatik," katanya.
Menurutnya, basikal tersebut dilengkapi dengan sembilan jenis kelajuan menggunakan transmisi gear yang membolehkan penunggangnya mengubah kelajuan mengikut kesesuaian.
"Kelebihan lain, kita juga dapat memantau anggota ketika melakukan rondaan melalui kemudahan alat pengesan yang ada pada basikal itu.
"Di samping itu, kita hendak menggalakkan anggota untuk menggunakan pengangkutan yang mesra alam selain daripada menggunakan motosikal dan juga kereta ketika melakukan tugas-tugas rasmi bagi mengurangkan masalah pencemaran," katanya lagi.
Yew berkata, penggunaan basikal elektrik ini bukan sahaja digunakan bagi tugasan penguatkuasaan tetapi juga boleh digunakan bagi program lain.
"Ia bukan setakat untuk tugasan penguatkuasaan tetapi turut boleh digunakan untuk program yang lain dari Tapak Warisan Dunia. Kita nak lebih ramai penduduk di Pulau Pinang dan pelancong menggunakan kemudahan yang disediakan oleh MBPP," katanya.
Pengedar sah basikal elektrik tersebut merupakan sebuah syarikat tempatan iaitu Voltron Sdn Bhd yang mempunyai sijil MS2514 dan MS15194 dengan kos bagi sebuah basikal dianggarkan bernilai RM5,400 termasuk aksesori dan alat keselamatan.
-- Bernama | {
"qa": [
{
"question": "Siapakah yang melancarkan 10 buah basikal elektrik pertama di negeri ini?",
"substring": "Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)"
},
{
"question": "Apakah yang menjadikan MBPP sebagai PBT pertama di negara ini?",
"substring": "pelancaran 10 buah basikal elektrik"
},
{
"question": "Apakah visi negeri Pulau Pinang yang ingin dicapai melalui pelancaran basikal elektrik ini?",
"substring": "menuju ke arah Pulau Pinang yang lebih pintar, hijau dan sihat"
},
{
"question": "Siapakah pengedar sah basikal elektrik tersebut?",
"substring": "Voltron Sdn Bhd"
},
{
"question": "Berapakah kos bagi sebuah basikal elektrik yang dilengkapi dengan aksesori dan alat keselamatan?",
"substring": "RM5,400"
}
]
} |
KEJAM dan tidak berperikemanusiaan. Itu yang dapat disimpulkan ke atas penemuan mayat kanak-kanak perempuan, Siti Masyitah Ibrahim, 11, yang ditemui dalam keadaan tragis apabila tangan dan kakinya diikat selain beberapa organ dalamannya hilang.
Segalanya bermula apabila mayat kanak-kanak malang itu ditemui beberapa orang kampung di ladang kelapa sawit di Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan, 5 petang semalam, selepas mangsa dilaporkan hilang pada 30 Januari lalu.
Menurut ibu mangsa, Zaleha Abdullah, 35, dia dimaklumkan berhubung penemuan anaknya selepas waktu Asar sebelum dia dan suami Ibrahim Ali, 39, bergegas ke lokasi kejadian.
“Luluh dan berkecai hati saya apabila melihat keadaan anak saya seperti itu. Tangan dan kakinya diikat selain mayatnya ditemui dalam keadaan tidak sempurna dengan kepala sudah terpisah daripada badan.
“Beberapa organ dalamannya juga tidak dijumpai. Semasa dia hilang sejak 11 hari lalu kami sudah cari dia di kawasan ini tetapi tidak menjumpainya,” katanya kepada Harian Metro di Pekan, hari ini.
Zaleha berkata, dia mengecam mangsa adalah anaknya berdasarkan baju biru yang dipakai kanak-kanak itu sebelum dilaporkan hilang.
Menceritakan detik anaknya hilang, Zaleha berkata, dalam kejadian 5 petang 30 Januari lalu anaknya meminta duit RM1 untuk ke kedai dan berjanji akan pulang segera.
“Dia kata akan pulang awal namun selepas itu saya sudah tidak berjumpa dengannya. Laporan polis juga sudah dibuat di Balai Polis Pekan pada hari sama dan usaha mencarinya sekitar kampung ini dilakukan penduduk setiap hari.
“Dalam tempoh kehilangannya saya sentiasa berdoa supaya Allah SWT menemukan saya dengannya dalam apa juga keadaan... bila saya lihat mayatnya semalam saya jadi sedih, mengapa mereka memperlakukan anak saya sebegini,” katanya.
Zaleha menyifatkan Siti Masyitah yang juga anak ketiga daripada empat beradik itu sebagai anak yang periang dan ceria.
“Mengapa mereka (pembunuh) tergamak lakukan perkara yang sebegini kejam kepada anak saya, apa dosanya?” katanya.
Sementara itu, penduduk kampung, Mohd Rosli Mat Rasat, 38, berkata, dia antara yang terawal tiba di lokasi kejadian sebaik dimaklumkan rakannya berhubung penemuan mayat Siti Masyitah.
Katanya, kejadian pembunuhan kejam itu adalah yang pertama berlaku di kampung itu sejak 35 tahun lalu.
“Semasa dia hilang saya dan rakan-rakan mencarinya di seluruh pelusuk kampung termasuk di kawasan mayatnya di temui. Saya rasa dia dibunuh di tempat lain sebelum dibuang di kawasan ini,” katanya.
Mohd Rosli berkata, Bahagian Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang tiba ke lokasi kejadian pada 8 malam sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Amran Sidek, ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat itu. | {
"qa": [
{
"question": "Siapakah mangsa pembunuhan tersebut?",
"substring": "mayat kanak-kanak perempuan, Siti Masyitah Ibrahim, 11"
},
{
"question": "Di mana mayat mangsa ditemui?",
"substring": "di ladang kelapa sawit di Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan"
},
{
"question": "Apakah keadaan mayat mangsa?",
"substring": "dalam keadaan tragis apabila tangan dan kakinya diikat selain beberapa organ dalamannya hilang"
},
{
"question": "Siapakah ibu mangsa?",
"substring": "Zaleha Abdullah, 35"
},
{
"question": "Apakah yang dikatakan oleh ibu mangsa mengenai kejadian tersebut?",
"substring": "Luluh dan berkecai hati saya apabila melihat keadaan anak saya seperti itu."
}
]
} |
TULAR Telatah seorang wanita warga Korea sedang menggayakan kain samping yang biasanya dipakai kaum lelaki, menjadi tular apabila gambar-gambarnya dimuat naik di Facebook.
Kejadian berlaku di Bazar Ramadan di Hang Tuah Mall, Melaka apabila wanita berkenaan mengejutkan peniaga dan orang sekeliling dengan menggayakan samping berkenaan seperti memakai skirt.
Mereka yang berada di situ menganggap tindakan wanita itu sebagai lucu dan tidak pernah difikirkan sebelum ini.
"Dia datang memang dalam keadaan terujalah, dia punya 'excited' pun lain macam," kata Asiff Amiz mengenai kisah yang dikongsi ratusan pengguna Facebook itu.
Asiff, 29, atau lebih senang disapa Asip menceritakan semula bagaimana wanita berkenaan begitu berminat dengan kain samping yang dijual di salah sebuah kedai di bazar tersebut.
Asip bagaimanapun tidak menyangka wanita berkenaan, yang datang bersama suami dan dua anaknya lebih berminat untuk memakainya sebagai skirt.
"Dua hari lepas (Selasa) dia datang pakai skirt kembang, memang datang dalam keadaan terujalah, dia belek samping tu satu-satu.
"Bila tuan kedai tu datang, 'member' dah garu kepala macam mana nak 'explain' kepada wanita itu yang berulang kali angkat...letak samping tu, macam nak tanya sesuatu," katanya kepada mStar Online.
Asip yang merupakan salah seorang urusetia di bazar itu dan kebetulan berada di kedai berkenaan hanya melihat gelagat mereka dari jauh, tetapi sempat merakamkan gambar wanita warga asing itu.
Katanya, daripada pemerhatiannya, dia berpendapat pelanggan berkenaan mempunyai masalah untuk berkomunikasi dengan warga tempatan.
Asip turut rasa terkejut apabila wanita yang sama datang ke kedai itu sekali lagi pada malam berikutnya, kira-kira pukul 10 malam.
"Semalam (Rabu) dia datang balik pakai seluar pendek, sebab itulah dia boleh sarung terus, sampin tu ada getah, bukan jenis lipat. Memang 'kena' pula dia pakai, mungkin sebab dia cantik kot.
"Dia masukkan baju dalam samping, memang sesuai, saya rasa tak ada orang boleh fikir buat macam tu," katanya.
Menurut Asid, suami wanita itu juga sempat singgah ke khemah urusetia di sebelah kedai tersebut apabila menyedari isterinya menjadi perhatian.
"Dia cuba cakap tapi kami tak faham. Yang kami tahu dia cakap 'good...good' saja bila dia perasan kami ambil gambar isterinya, dia pun nampak suka dengan 'skirt' isterinya," katanya. | {
"qa": [
{
"question": "Siapakah wanita yang menggayakan kain samping tersebut?",
"substring": "Telatah seorang wanita warga Korea"
},
{
"question": "Di manakah kejadian tersebut berlaku?",
"substring": "di Bazar Ramadan di Hang Tuah Mall, Melaka"
},
{
"question": "Apakah yang membuat tindakan wanita tersebut menjadi tular di Facebook?",
"substring": "menggayakan samping berkenaan seperti memakai skirt"
},
{
"question": "Apakah yang dikatakan Asiff Amiz mengenai tindakan wanita tersebut?",
"substring": "\"Dia datang memang dalam keadaan terujalah, dia punya 'excited' pun lain macam,\""
},
{
"question": "Apakah yang dikatakan Asip mengenai gelagat wanita tersebut?",
"substring": "\"Dia masukkan baju dalam samping, memang sesuai, saya rasa tak ada orang boleh fikir buat macam tu,\""
}
]
} |
PRK SG KANDIS | Di tengah-tengah hiruk-pikuk Klang-Shah Alam wujud perkampungan kecil bernama Sungai Kandis, kampung Melayu dengan kira-kira 500 buah rumah yang dikelilingi kawasan hijau.
Semalam, kampung ini yang biasanya tenang penuh dengan aktiviti kerana dikunjungi seorang VVIP - bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Najib ke sana untuk berkempen bagi Datuk Lokman Noor Adam, calon BN dalam PRK Sungai Kandis.
Ketua Penerangan Umno Kota Raja Salina Mohd Ali berkata, ini kali pertama Najib ke kampung itu dan pihaknya hanya menerima makluman daripada ibu pejabat di saat akhir.
"Kami hanya diberitahu sehari sebelumnya. Saya terlalu sibuk membuat persediaan program sehingga tersilap baca mesej.
"Arahan adalah untuk pakai 'baju pilihan raya', tapi saya tertukar dengan 'baju raya'," katanya berseloroh, sambil menunjukkan baju kurung merah terangnya.
Tugasnya adalah untuk menyelaraskan lawatan Najib - diiringi Lokman - ke sepuluh buah rumah.
Program itu jauh berbeza dengan himpunan besar dan ucapan berapi-api yang menjadi ciri utama kempen Najib pada PRU ke-14.
'Jangan lupa undi BN'
Sepuluh rumah itu dipilih aktivis Umno dan kesemua penghuninya kelihatan teruja menyambut kunjungan Najib, walaupun kunjungan itu tidak lama.
Cara Najib adalah untuk berbual-bual kosong dan memerhati keadaan sekeliling sebelum menyatakan kata-kata penutup: "Jangan lupa undi BN".
Walaupun kekalahan mengejut BN pada PRU ke-14 sering dikaitkan dengan Najib, Umno Kota Raja yakin kehadirannya di Kampung Sungai Kandis akan banyak membantu kempen Lokman, termasuk di kalangan penyokong PAS.
Namun kebanyakan orang tempatan yang ditemui Malaysiakini tidak berkongsi pandangan yang sama.
Seorang kerani Pushpa Rani, 27, singgah sebentar untuk melihat Najib dan para pengiringnya dalam perjalanan ke tempat kerja. Dia berkata Najib kini kelihatan berbeza, berbanding ketika memegang kuasa.
"Dia nampak normal tetapi agak dingin," kata pengundi DUN Sungai Kandis itu kepada Malaysiakini. Dia tidak yakin imej sederhana baru yang ditampilkan Najib akan mampu menarik pengundi.
"Penduduk kampung ini kebanyakannya penyokong HARAPAN atau PAS."
Pushpa berkata anak Najib, Nooryana Najwa dan suaminya, Daniyar Kesikbayez turut menyertai program itu.
Katanya itu, melihat saja pasangan itu mengembalikan ingatannya kepada majlis perkahwinan gilang-gemilang mereka pada 2015.
Laluan sukar untuk BN
Ketika programnya itu, Najib melintasi sebuah kedai runcit. Pemiliknya Ahmad Rafi'e Sulaiman mengajak Najib, Rooryana dan Daniyar untuk mengambil gambar.
"Saya terkejut sebab sebelum ini hanya tengok di TV...Ini kali pertama dia berada di sini, tetapi tidak lagi sebagai perdana menteri.
"Lebih bagis jika dia singgah ketika masih jadi perdana menteri," kata lelaki berusia 33 tahun itu.
Rafi'e (gambar) berkata sudah berniaga selama lima tahun dan yakin kebanyakan penduduk kampung itu adalah penyokong HARAPAN, memberi kesukaran untuk BN menembusinya.
Salina yang bertanggungjawab terhadap kempen BN di media sosial sedar BN menyertai PRK kali ini sebagai 'underdog'.
"Matlamat kami mengurangkan majoriti. Sukar untuk menang," katanya.
Katanya lagi, jurukempen BN memberitahu sikap dan bahasa tubuh pengundi sudah berubah.
"Dulu mereka akan sambut anda. Saya rapat dengan mereka dan sudah banyak tahun berkerja bersama mereka, tetapi sekarang keadaan berbeza.
"Mereka akan pergi begitu saja kerana sudah menjadi penyokong HARAPAN," katanya lagi.
Aktivis veteran Umno Musalis Abdullah (gambar), 60, lebih optimis dan yakin kunci kejayaan adalah untuk memberi kesedaran kepada pengundi muda berhubung sumbangan Umno dan BN terhadap kampung dan DUN itu.
Katanya, presiden Umno sebelum ini Tun Dr Mahathir Mohamad - yang kini memimpin HARAPAN - pernah berkunjung ke Kampung Sungai Kandis dan parti itu memainkan peranan besar dalam membangunkan kawasan itu.
"Saya menghargai lawatan Najib. (Umno) ada sejarah yang panjang di kampung ini tetapi orang muda tidak tahu. Umno sudah banyak membantu orang kampung, memberi bantuan kepada sekolah tahfiz dan masjid.
"Kita boleh menang. Bilangan undi untuk kita akan naik semula," katanya lagi. | {
"qa": [
{
"question": "Siapakah VVIP yang berkunjung ke Kampung Sungai Kandis?",
"substring": "bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak"
},
{
"question": "Siapakah calon BN dalam PRK Sungai Kandis?",
"substring": "Datuk Lokman Noor Adam"
},
{
"question": "Berapa buah rumah yang terdapat di Kampung Sungai Kandis?",
"substring": "kira-kira 500 buah rumah"
},
{
"question": "Apakah pesan terakhir yang disampaikan oleh Najib Razak?",
"substring": "\"Jangan lupa undi BN\"."
},
{
"question": "Siapakah yang lebih optimis dan yakin kunci kejayaan adalah untuk memberi kesedaran kepada pengundi muda berhubung sumbangan Umno dan BN terhadap kampung dan DUN itu?",
"substring": "Aktivis veteran Umno Musalis Abdullah"
}
]
} |
MURID Tahun eEnam Sekolah Kebangsaan (SK) Datu' Hashim di Kota Bharu, sanggup ponteng sekolah kerana malu memakai baju lusuh.
Muhammad Irfan Abdullah, 12, berkata, dia berbuat demikian bukan kerana malas, sebaliknya berasa malu apabila setiap hari melihat rakannya berbaju baru dan kemas di sekolah.
Katanya, disebabkan tidak mempunyai wang untuk membeli pakaian baru, dia terpaksa memakai baju sekolah lama yang sudah lusuh.
"Saya malu hendak beritahu kepada ayah atau nenek kerana tidak mahu membebankan mereka dan dalam masa sama, kami juga bukan dalam kalangan orang senang," katanya ketika ditemui di rumahnya dalam Program Ziarah Cakna 2019 di Kampung Landak, Pengkalan Chepa, hari ini.
Hadir sama, Guru Besar SK Datu' Hashim, Hamidah Che Abdul Hamid, wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Timbalan Presiden Kelab Media Kelantan Darul Naim (KEMUDI), Shahnun Hanif Abdullah Suhaimi.
Dalam program itu, Hamidah menyerahkan pakaian sukan kepada Muhammad Irfan serta barang keperluan asas untuk meringankan beban keluarga ini.
KEMUDI turut menyampaikan sumbangan wang tunai.
Nenek Muhammad Irfan, Fatimah Said, 67, berkata, cucunya itu tinggal bersamanya sejak kecil.
“Segala keperluan keluarga disediakan sendiri menggunakan wang pencen arwah suami sebanyak RM200 sebulan selain perlu menyara dua lagi cucu.
"Bagi meringankan beban ini, mak cik hanya mengharapkan bantuan anak sulung yang bekerja sebagai tukang kebun di sekolah serta anak bongsu yang masih belum berkahwin yang kini bekerja di kedai makan dengan upah RM30 sehari," katanya.
Sementara itu, Hamidah berkata, dia mengetahui kesusahan keluarga ini selepas dimaklumkan guru, murid terbabit tidak hadir ke sekolah lebih seminggu.
"Sebagai guru yang cakna dan tidak mahu murid tercicir dalam pendidikan, saya bersama beberapa guru dan wakil PIBG datang menziarah keluarga ini untuk menyelami sendiri kesusahan mereka.
"Program ziarah dapat mengeratkan hubungan antara guru dan ibu bapa bagi bersama-sama menyelesaikan masalah keciciran murid,” katanya. | {
"qa": [
{
"question": "Siapakah murid yang ponteng sekolah?",
"substring": "Muhammad Irfan Abdullah"
},
{
"question": "Berapa umur Muhammad Irfan Abdullah?",
"substring": "12"
},
{
"question": "Mengapa Muhammad Irfan Abdullah ponteng sekolah?",
"substring": "kerana malu memakai baju lusuh"
},
{
"question": "Siapakah yang menyerahkan pakaian sukan dan barang keperluan asas kepada Muhammad Irfan Abdullah?",
"substring": "Guru Besar SK Datu' Hashim, Hamidah Che Abdul Hamid, wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Timbalan Presiden Kelab Media Kelantan Darul Naim (KEMUDI), Shahnun Hanif Abdullah Suhaimi"
},
{
"question": "Siapakah yang tinggal bersama Muhammad Irfan Abdullah?",
"substring": "Nenek Muhammad Irfan, Fatimah Said"
}
]
} |
KUALA TERENGGANU: Dua murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Marang yang kritikal akibat disengat tebuan kelmarin, kini dilaporkan dalam keadaan stabil.
Norwahidayah Ismail, 34, berkata anaknya, Mohd Alif Hakim Mohd Azmawi, 10, dan seorang lagi rakan sekelasnya, Muhammad Amirul Fikri Che Mazlin, 10, yang dirawat di Unit Jagaan Rapi Kanak-kanak (PICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, semakin baik dan memberikan reaksi positif.
Beliau yang ditemui di PICU HSNZ di sini, hari ini berkata, doktor memaklumkan dua kanak-kanak itu diberi pemantauan rapi sehingga hari ini, sebelum mereka boleh dipindahkan ke wad kanak-kanak biasa esok, bergantung kepada keadaan kesihatan mereka.
"Alhamdulillah kami bersyukur kerana kedua-dua mereka semakin pulih selepas diserang ratusan tebuan.
"Kami juga bersedih dengan pemergian sahabat baik mereka yang juga rakan sekelas, Ahmad Amirul Mustaqim Mohd Saibul, 10, yang paling banyak kecederaan akibat disengat tebuan," katanya ketika ditemui di PICU HSNZ di sini, hari ini.
Norwahidayah berkata, Mohd Alif Hakim ada memberitahu mulanya mereka menyangka tebuan berkenaan hanya menghurungi daun kering yang jatuh dari pohon berdekatan, namun kemudian mereka diserang tebuan itu.
"Mohd Alif Hakim juga ada beritahu nampak beberapa remaja lelaki yang dipercayai membaling batu pada sarang tebuan.
"Sebaik sedar diserang tebuan, mereka memecut basikal, namun tebuan terus mengejar dan menyerang mereka.
"Orang kampung yang menyedari kejadian kemudian membantu mereka pulang ke rumah Ahmad Amirul Mustakim, sebelum bapa arwah membawa mereka bertiga ke Klinik Kesihatan Marang sebelum dirujuk ke HSNZ," katanya.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang kelmarin, Ahmad Amirul Mustakim dikatakan ke kedai basikal berhampiran bersama dua sahabatnya, sebelum diserang ratusan tebuan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di Kampung Rhu Muda, Marang.
Kanak-kanak itu sempat menceritakan kejadian disengat tebuan sebaik tiba di rumah, sebelum keadaannya semakin serius lalu dihantar ke Klinik Kesihatan Marang dan dirujuk ke HSNZ untuk rawatan lanjut.
Doktor yang merawatnya memaklumkan pernafasannya semakin teruk, selain mengalami kencing berdarah sebelum disahkan meninggal dunia jam 10.40 malam kejadian. | {
"qa": [
{
"question": "Siapakah yang dilaporkan dalam keadaan stabil?",
"substring": "anaknya, Mohd Alif Hakim Mohd Azmawi, 10, dan seorang lagi rakan sekelasnya, Muhammad Amirul Fikri Che Mazlin, 10"
},
{
"question": "Di mana dua murid tersebut dirawat?",
"substring": "di Unit Jagaan Rapi Kanak-kanak (PICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini"
},
{
"question": "Apakah keadaan kesihatan dua murid tersebut?",
"substring": "semakin baik dan memberikan reaksi positif"
},
{
"question": "Siapakah yang meninggal dunia akibat disengat tebuan?",
"substring": "Ahmad Amirul Mustaqim Mohd Saibul, 10"
},
{
"question": "Apakah yang dilakukan beberapa remaja lelaki sebelum kejadian disengat tebuan?",
"substring": "membaling batu pada sarang tebuan"
}
]
} |
"YA Allah kecilnya bilik ini kak. Ini kata-kata spontan yang keluar daripada mulut empat pegawai Baitumal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang terkejut melihat keadaan bilik saya," cerita penyanyi Alina Hassan apabila menerima lawatan mereka yang mahu melihat situasi sebenar dirinya kepada Harian Metro.
Kunjungan yang berlangsung, semalam itu dibuat berikutan kisah juara program Sinaran Pasport Kegemilangan 1996 dan pemenang tempat ketiga Mentor Otai 2018 ini tular apabila menghuni bilik berkeluasan 1.5 meter X 2.4 meter di sebuah rumah kedai di Setapak, Kuala Lumpur sejak dua tahun lalu.
Alina, 52, berkata, dia menjelaskan kepada mereka keluasan bilik bukanlah ukuran, sebaliknya isu aurat menjadi kebimbangannya apabila bercampur dengan bukan muhrim yang turut menyewa bilik di rumah kedai sama.
"Saya dah bertahan dua tahun di bilik ini dan tak pernah mengeluh. Cuma apabila penyanyi Safura datang tengok, dia bersimpati dan mahu bantu saya.
"Saya cuma berkongsi cerita dengan pegawai ini berkenaan anak kedua saya, Mohd Alif, 19, yang menghidap autisme dan perlukan perhatian penuh daripada saya.
"Namun buat masa ini terpaksa tinggal dengan ayah dan ibu tirinya buat sementara kerana saya belum mampu ada rumah," katanya.
Menurutnya, menerusi perbincangan yang berlangsung, pihak Baitumal MAIWP memintanya menyewa rumah di bawah paras harga RM700 di Kuala Lumpur.
"Kalau sewa rumah lebih dari RM700, saya kena bayar sendiri bakinya. Saya diberikan borang untuk diisi dan sertakan dokumen yang perlu.
"Mereka kata bantuan wang Baitumal yang diterima saya setiap boleh dinaikkan lagi. Saya kena tunggu perkembangan selanjutnya dalam isu ini.
"Apapun saya berterima kasih kepada semua pihak terutamanya masyarakat yang mendoakan dan Baitumal MAIWP yang membantu," katanya.
Menurutnya, apa yang tergambar difikirannya sekarang ialah keseronokan membawa Mohd Alif tinggal bersamanya nanti.
Alina sebelum ini sudah lama memohon bantuan rumah daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) namun perlu menunggu giliran untuk mendapatkannya.
Sementara itu, Penolong Pegawai Baitumal MAIWP, Muhammad Ishak Zulkifly berkata, penilaian yang dibuat mereka mendapati bilik terbabit kurang sesuai buat Alina.
"Kami ada buat semakan dan mendapati dia memang penerima bantuan kewangan bulanan Baitumal sedia ada. Bahkan bilik yang disewanya juga Baitumal tolong bayarkan.
"Ada dua bantuan diberikan iaitu bantuan kewangan bulanan sekitar RM300 dan bayaran bilik RM250 yang dibayar terus kepada tuan rumah.
"Kami sempat beritahu dia, kalau jumpa bilik yang lebih selesa atau rumah yang lebih baik, Baitumal bersedia nak bantu untuk bayarkan," katanya.
Menurutnya, harga sewa yang diluluskan ialah sehingga RM700, manakala untuk deposit pula RM1600.
Ishak turut berkata, kebetulan bantuan yang diterima Alina sudah mencecah setahun pada bulan ini dan mereka menasihatkannya agar membuat penyambungan dengan Baitumal MAIWP.
Berita berkaitan
• Safura terkedu, tak boleh tidur lepas lihat bilik sewa Alina
• Alina Hassan kini menghuni bilik kecil
• 'Baru ada satu tawaran cuci rumah'
• Alina Hassan makan sekali sehari | {
"qa": [
{
"question": "Siapakah yang membuat kunjungan ke bilik Alina?",
"substring": "empat pegawai Baitumal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)"
},
{
"question": "Berapa keluasan bilik yang ditempati oleh Alina?",
"substring": "berkeluasan 1.5 meter X 2.4 meter"
},
{
"question": "Mengapa Alina bimbang tentang isu aurat?",
"substring": "apabila bercampur dengan bukan muhrim yang turut menyewa bilik di rumah kedai sama"
},
{
"question": "Apakah yang menjadi kebimbangan Alina tentang anaknya?",
"substring": "anak kedua saya, Mohd Alif, 19, yang menghidap autisme dan perlukan perhatian penuh daripada saya"
},
{
"question": "Berapa harga sewa rumah yang diluluskan oleh Baitumal MAIWP untuk Alina?",
"substring": "sehingga RM700"
}
]
} |
Kuala Lumpur: "Saya hanya menyakat anak," kata Muhamad Nuzulnudin Maad, 34, mengenai video kepetahan anaknya Arfah Airissa, 2, yang mendapat perhatian netizen sejak tiga hari lalu.
Menurutnya, video berdurasi satu minit 40 saat itu dirakam sekadar suka-suka oleh isterinya, Arfah Ismail, 35.
Katanya, ketika itu seorang lagi anaknya Arfah Adelia, 5, bermain gunting dan memotong rambutnya sendiri.
“Saya saja menyakat Airissa, sama ada dia yang buat atau tidak.
"Bagaimanapun, dia beria-ria mempertahankan dirinya sambil bersumpah. Kelakar dan geli hati melihat anak sendiri memberi reaksi seperti itu," katanya yang bekerja sebagai pengurus syarikat di Perling, Johor Bahru.
Menurutnya, ada netizen yang 'menghentam' penggunaan perkataan sumpah dalam video itu.
"Budak kecil tidak tahu apa-apa, dia cakap saja tanpa tahu makna. Manakala penggunaan penyangkut baju pula hanya untuk menggertak saja, bukan pukul.
"Selama ini, saya hanya menegur anak supaya mereka faham . Tidak pernah sayabmenggunakan kekerasan seperti pukul kerana mereka kecil lagi," katanya yang tidak mengambil kisah kecaman yang diterima daripada netizen.
Muhamad Nuzulnudin berkata, niatnya memuat naik video itu hanya untuk dikongsi dengan keluarga terdekat.
“Tak sangka daripada ahli keluarga kongsi video itu dan kini sudah tular," katanya.
Menurut Muhamad Nuzulnudin, anak kecil itu perlu diberi perhatian dan kerap berkomunikasi.
"Sejak berusia setahun lapan bulan lagi Airissa petah bercakap kerana saya dan isteri sering berkomunikasi dengannya," katanya.
Berikut petikan video berkenaan.
Bapa: Faham tak jangan main gunting?
Anak:Faham.hmmm
Bapa: Tangan turun
Anak: Faham.hmm
Bapa: Ni jangan main-main gunting rambut ni faham?
Anak: Faham
Bapa: Tengok sini, faham?
Anak: Faham
Bapa: Betul ke ni?
Anak: Betul
Bapa: Jangan buat lagi sumpah?
Anak: Sumpah
Bapa:Janji?
Anak: Janji
Bapa: Sumpah?
Anak: Tak ada
Bapa: Sumpah?
Anak: Tak ada
Bapa: Faham tak? jangan main gunting?
Anak: Faham. Jangan main gunting
Bapa: Siapa yang buat ni?
Anak: Kak del
Bapa: Dia yang gunting rambut?
Anak: Dia yang gunting rambut.
Bapa: Betul?
Anak:Ha..betul
Bapa: Tak tipu?
Anak: Ha.. tak tipu.
Bapa: Rotan boleh?
Anak:Boleh. Rotan
Bapa: Rotan adik ke rotan Adel?
Anak: Boleh
Bapa: Rotan awak boleh?
Anak: Rotan adik tak boleh
Bapa: Rotan adel boleh?
Anak: Ha..boleh
Bapa: Jangan main gunting eh.
Anak: Ha.. tak main gunting. | {
"qa": [
{
"question": "Siapakah yang membuat video kepetahan anak?",
"substring": "Muhamad Nuzulnudin Maad"
},
{
"question": "Berapa umur anak yang menjadi tumpuan dalam video tersebut?",
"substring": "Arfah Airissa, 2"
},
{
"question": "Apakah yang dilakukan anak yang lain semasa video itu dirakam?",
"substring": "Arfah Adelia, 5, bermain gunting dan memotong rambutnya sendiri"
},
{
"question": "Apakah yang menjadi perhatian netizen dalam video tersebut?",
"substring": "penggunaan perkataan sumpah"
},
{
"question": "Bagaimana Muhamad Nuzulnudin memperlakukan anak-anaknya?",
"substring": "tidak pernah sayabmenggunakan kekerasan seperti pukul kerana mereka kecil lagi"
}
]
} |
KUALA LUMPUR: “Memang tidak ada apa-apa perkembangan terkini mengenai bantuan daripada menteri atau pihak lain. Maknanya cerita (bantuan) itu senyap begitu saja,” kata atlet para, Shukor Farhan Suliman.
Pemenang pingat emas acara tiga kilometer kejar-mengejar berbasikal individu di Sukan Para Asean 2017 itu berkata, disebabkan itu fokusnya kini mencari pendapatan dengan mengusahakan kedai gunting rambut dan gerai jualan jambu.
Apatah lagi, katanya, isterinya, Norhasliza Zainal, 24, dijangka melahirkan anak sulung mereka pada 21 Februari ini menyebabkan dia perlu bertungkus lumus mengumpul wang untuk perbelanjaan keluarga.
“Dalam pertemuan dengan Syed Saddiq (Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman) di rumahnya bulan lalu, beliau maklumkan akan beri bantuan.
“Beliau kata akan cuba sedaya upaya untuk bantu kebajikan kami, tapi apa bantuannya memang tidak jelas. Malah, sampai sekarang tidak ada apa-apa berita mengenai bantuan itu dan saya tidaklah sampai nak menagih bantuan,” katanya kepada Arena Metro.
Sebelum ini dilaporkan, Syed Saddiq menemui Shukor Farhan, 23, yang juga bekas pelumba basikal para kebangsaan dan jurumudi pelumba basikal buta, Mohd Nur Syafiq Suhaimy, 27, yang tidak ditawarkan semula menjadi atlet sepenuh masa menerusi program Majlis Sukan Negara (MSN) dan bersedia membantu mereka.
Nasib mereka yang terpaksa berniaga jambu di tepi jalan berhampiran TTDI Jaya, Shah Alam, turut dikongsikan semula bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dalam media sosialnya kelmarin, ketika menolak idea kerajaan untuk menganjurkan kembali perlumbaan F1 di negara ini, sedangkan kebajikan atlet tidak terbela.
Mengulas lanjut, Shukor Farhan berkata, disebabkan masalah yang berlaku, dia kini meletakkan noktah untuk kembali mewakili negara dalam sukan lumba basikal para.
“Kalau ikutkan sebagai atlet memang niat saya untuk terus mewakili negara. Namun memandangkan apa dilakukan oleh MSN, saya jadi kecewa dan tawar hati.
“Bayangkan kontrak saya ditamatkan serta-merta pada Disember lalu dan saya dapat tahu pun pada waktu sama. Sebagai manusia biasa memang saya rasa kecewa dan tertekan punca pendapatan hilang begitu saja, dengan isteri hendak bersalin tidak lama lagi.
“Ketua pengarah ada tawar untuk masuk semula MSN, tapi saya cakap buat apa, nanti saya akan berada bersama orang yang sama dan lambat-laun, akan ditendang keluar juga apabila tidak disukai,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berharap pihak Kementerian Belia dan Sukan segera menambah baik isu kebajikan atlet agar mereka tidak mengalami masalah sama pada masa depan. | {
"qa": [
{
"question": "Siapakah yang mengeluarkan kenyataan dalam artikel ini?",
"substring": "Atlet para, Shukor Farhan Suliman."
},
{
"question": "Apakah yang menjadi fokus Shukor Farhan Suliman kini?",
"substring": "mencari pendapatan dengan mengusahakan kedai gunting rambut dan gerai jualan jambu."
},
{
"question": "Apabila anak sulung Shukor Farhan Suliman dijangka dilahirkan?",
"substring": "pada 21 Februari ini"
},
{
"question": "Siapakah yang menemui Shukor Farhan dan Mohd Nur Syafiq Suhaimy?",
"substring": "Syed Saddiq (Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman)"
},
{
"question": "Apakah yang dilakukan oleh MSN yang menyebabkan Shukor Farhan kecewa?",
"substring": "kontrak saya ditamatkan serta-merta pada Disember lalu"
}
]
} |
SEORANG lelaki berusia 30-an licik memperdaya dua pembantu kedai di dua lokasi berasingan di Kangar konon menuntut bayaran penyelenggaraan penghawa dingin menyebabkan kerugian RM1,800, Selasa lalu.
Kejadian itu berlaku di sebuah kedai perhiasan dalaman di Kompleks Kayangan Square dan kedai kosmetik Jalan Penjara.
Mangsa, Nurakma Izatie Rashid, 27, berkata, kejadian itu berlaku 12.50 tengah hari apabila lelaki terbabit datang menuntut bayaran selenggara penghawa dingin di kedai berkenaan.
Menurutnya, lelaki itu turut mengambil kad perniagaan premis terbabit berpura-pura menghubungi majikannya.
"Sebaik selesai bercakap di telefon lelaki itu meminta saya membayar RM950 dan menyerahkan resit bayaran perkhidmatan itu.
"Saya yang tidak mengesyaki apa-apa tambahan beranggapan majikan sudah dimaklum oleh lelaki itu kemudian menyerahkan wang dimintanya," katanya.
Dia berkata, dia juga diberi kepercayaan oleh majikannya untuk melunaskan sebarang bayaran menyebabkan tidak mengesyaki sesuatu yang pelik kerana lelaki itu memanggil pemilik kedai sebagai 'kakak' seolah-olah sudah lama kenal.
Dalam satu lagi kejadian, lelaki itu turut melesapkan wang tunai RM850 selepas memperdaya pembantu kedai perhiasan dalaman menggunakan modus operandi sama sedangkan majikan mereka tidak membuat sebarang urusan.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Perlis Deputi Superintendan Mohd Nor Daud berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
“Polis kini sedang menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk proses pengecaman suspek," katanya ketika dihubungi hari ini. | {
"qa": [
{
"question": "Siapakah yang memperdaya dua pembantu kedai?",
"substring": "SEORANG lelaki berusia 30-an licik memperdaya dua pembantu kedai di dua lokasi berasingan di Kangar"
},
{
"question": "Berapa kerugian yang disebabkan oleh penipuan tersebut?",
"substring": "menyebabkan kerugian RM1,800"
},
{
"question": "Di mana kedua kedai tersebut berada?",
"substring": "Kejadian itu berlaku di sebuah kedai perhiasan dalaman di Kompleks Kayangan Square dan kedai kosmetik Jalan Penjara."
},
{
"question": "Bagaimana modus operandi penipuan yang digunakan oleh lelaki tersebut?",
"substring": "menuntut bayaran penyelenggaraan penghawa dingin"
},
{
"question": "Apakah kesan tindakan penipuan tersebut?",
"substring": "kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan."
}
]
} |
Kepala Batas: Geng Awe Kelate yang sebelum ini diberkas polis kerana mencuri motosikal, terbukti berhati ‘kering’ apabila meneruskan jenayah sama semata-mata mahu ke di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam bagi menghadiri perbicaraan, pagi semalam.
Dua daripada anggota geng berkenaan datang dari Kelantan menaiki bas ekspres dan tiba di Terminal Sementara Penang Sentral, Butterworth, pagi semalam, sebelum mencuri motosikal Honda EX5 yang diletak di Flat Bagan Dalam, kira-kira 500 meter dari terminal bas berkenaan.
Mereka mencuri motosikal berkenaan kerana mahu menghadiri perbicaraan kes mencuri motosikal di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam selepas ditahan polis Seberang Perai Tengah, bulan lalu.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, suspek mencuri sebuah motosikal di Flat Bagan Dalam pada jam 6.20 pagi semalam, namun disedari polis yang membuat rondaan.
Beliau berkata, sepasukan polis diketuai Ketua Balai Polis Butterworth Inspektor M Thanabalan mengejar dan memintas suspek sebelum menahan mereka di sekitar Butterworth, 30 minit kemudian.
“Polis yang membuat pemeriksaan menemui beberapa alat digunakan untuk mencuri motosikal dalam raga dan hasil soal siasat, suspek berusia 20-an mendakwa mencuri motosikal untuk ke mahkamah di Bukit Mertajam.
“Motosikal berkenaan dirampas dan dibawa ke Balai Polis Butterworth untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang akhbar, di sini, semalam.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, polis SPU menumpaskan geng mencuri motosikal yang bergiat aktif sejak tiga tahun lalu dalam dua serbuan berasingan.
Abdul Rahman berkata, tangkapan pertama dilakukan jam 12.30 malam kelmarin, membabitkan seorang penunggang motosikal Yamaha 125 di Lingkaran Luar Butterworth menghala Sungai Dua.
Beliau berkata, pemeriksaan mendapati motosikal berkenaan menggunakan nombor plat palsu dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah SPU untuk siasatan lanjut.
“Hasil soal siasat terhadap suspek, sepasukan polis diketuai Pegawai Risikan dan Operasi D9 SPU Asisten Superintendan Mohd Yusof Ibrahim menyerbu sebuah rumah di Bukit Minyak, Bukit Mertajam dan menahan tiga lagi suspek.
“Polis turut menemui tiga motosikal dipercayai dicuri serta komponen yang sudah dileraikan untuk dijual,” katanya.
Beliau berkata, motosikal berkenaan dilaporkan dicuri di Butterworth, Perai, Seberang Jaya serta Tasek Gelugor dan semua motosikal serta komponen bernilai RM70,000 dirampas. | {
"qa": [
{
"question": "Siapakah yang mencuri motosikal di Flat Bagan Dalam?",
"substring": "Dua daripada anggota geng berkenaan"
},
{
"question": "Mengapa mereka mencuri motosikal?",
"substring": "kerana mahu menghadiri perbicaraan kes mencuri motosikal di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam"
},
{
"question": "Di mana polis menahan suspek pencurian motosikal?",
"substring": "di sekitar Butterworth"
},
{
"question": "Berapa nilai motosikal dan komponen yang dirampas oleh polis?",
"substring": "semua motosikal serta komponen bernilai RM70,000 dirampas"
},
{
"question": "Apakah yang dilakukan polis SPU dalam dua serbuan berasingan?",
"substring": "menumpaskan geng mencuri motosikal yang bergiat aktif sejak tiga tahun lalu dalam dua serbuan berasingan"
}
]
} |
BN sah akan meletakkan calon Orang Asli yang juga merupakan bekas pegawai polis, Ramli Mohd Noor pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands pada 26 Januari ini.
Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam tadi, kata sumber kepada Malaysiakini.
Menurut sumber, pemilihan Ramli mendapat persetujuan daripada semua komponen BN, termasuk MIC meskipun beliau bukan ahli Umno.
"MIC juga turut bersetuju untuk mempertaruhkan bekas pegawai polis itu," katanya.
Ramli adalah bendahari Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia.
Sumber itu juga memberitahu pemilihan Ramli dibuat kerana Umno mahu menarik sokongan masyarakat Orang Asli dan pengundi Melayu di Cameron Highlands.
"Beliau yang berasal dari kaum orang Asli dan beragama Islam dilihat menjadi satu kelebihan untuk menarik sokongan pengundi orang Asli dan masyarakat Melayu.
"Apatah lagi undi orang Asli menjadi penentu," katanya.
Ramli merupakan penduduk tempatan dari suku Semai, yang membentuk sebahagian besar daripada 22 peratus pengundi Orang Asli di kerusi parlimen itu.
Selain Orang Asli, pengundi di Cameron Highlands terdiri daripada kaum Melayu sebanyak 34 peratus, Cina 30 peratus, dan pengundi India sebanyak 15 peratus.
Sementara itu menurut sumber, MIC tidak akan meletakkan calon daripada parti itu kerana menghadapi masalah dana.
Pada pilihan raya umum lalu, naib presiden MIC C Sivarraajh memenangi kerusi itu dalam pertandingan lima penjuru, mengatasi M Manogaran dari DAP dengan kelebihan kira-kira 600 undi.
November lalu, Mahkamah Pilihan Raya membatalkan keputusan itu atas alasan berlaku amalan rasuah dan memutuskan pilihan raya perlu diadakan semula.
Pakatan Harapan telah menamakan Manogaran sebagai calon.
Semalam, Malaysiakini melaporkan MIC tidak akan bertanding di kerusi tradisionalnya itu dan menyerahkan kepada kepimpinan BN untuk menentukan calonnya. | {
"qa": [
{
"question": "Siapakah calon yang akan dipertaruhkan oleh BN pada Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands?",
"substring": "calon Orang Asli yang juga merupakan bekas pegawai polis, Ramli Mohd Noor"
},
{
"question": "Apakah alasan BN memilih Ramli Mohd Noor sebagai calon?",
"substring": "Umno mahu menarik sokongan masyarakat Orang Asli dan pengundi Melayu di Cameron Highlands"
},
{
"question": "Siapakah yang turut bersetuju untuk mempertaruhkan Ramli Mohd Noor sebagai calon?",
"substring": "MIC juga turut bersetuju untuk mempertaruhkan bekas pegawai polis itu"
},
{
"question": "Siapakah yang memenangi kerusi Cameron Highlands dalam pertandingan lima penjuru pada pilihan raya umum lalu?",
"substring": "naib presiden MIC C Sivarraajh memenangi kerusi itu dalam pertandingan lima penjuru"
},
{
"question": "Siapakah calon yang ditentukan oleh Pakatan Harapan untuk bertanding di Cameron Highlands?",
"substring": "Manogaran"
}
]
} |
RATU trek negara, Fatehah Mustapa tetap melihat secara positif walaupun gagal meraih pingat dalam acara kegemarannya, keirin di Kejohanan Lumba Basikal Asia, sebentar tadi.
Dia terpaksa akur menamatkan saingan final pada kedudukan terakhir dengan perlumbaan dimenangi jaguh dunia, Lee Wai Sze dari Hong Kong.
“Sedih kerana tidak meraih pingat, melihatnya secara positif dengan mengharapkan ACC ini menjadi pembakar semangat untuk saya menghadapi Sukan Komanwel dan Asia nanti.
“Ini satu pengajaran dan pembakar semangat,” jelasnya yang meraih gangsa dalam acara ujian masa 500 meter.
Bagaimanapun, prestasi pelumba kelahiran Terengganu berkenaan boleh dipuji pada aksi pecut individu apabila catatannya, 11.149 saat dalam aksi kelayakan menghampiri rekod kebangsaan, 11.108s yang dilakukan pada 2015. | {
"qa": [
{
"question": "Apakah acara kegemaran Fatehah Mustapa?",
"substring": "kegemarannya, keirin"
},
{
"question": "Siapakah jaguh dunia yang memenangi perlumbaan keirin?",
"substring": "Lee Wai Sze dari Hong Kong"
},
{
"question": "Apakah yang diharapkan oleh Fatehah Mustapa selepas kekalahan dalam acara keirin?",
"substring": "ACC ini menjadi pembakar semangat untuk saya menghadapi Sukan Komanwel dan Asia nanti."
},
{
"question": "Apakah yang menjadi pengajaran bagi Fatehah Mustapa setelah kekalahan dalam acara keirin?",
"substring": "Ini satu pengajaran dan pembakar semangat"
},
{
"question": "Apakah pencapaian yang boleh dipuji bagi Fatehah Mustapa dalam aksi pecut individu?",
"substring": "catatannya, 11.149 saat dalam aksi kelayakan"
}
]
} |
Foto Facebook
PENULIS Malaysia hidup untuk mengkritik orang. Sama saja fiksyen atau puisi, kerana dalam setiap metafora dan watak sebuah cerita, pasti ada isu masyarakat yang dikritik.
Sasterawan Negara (SN), Datuk Dr Anwar Ridhwan sendiri mengakui pengarang kita gemar melakukan 'kritikan terhadap kepemimpinan politik.'
Anwar tidak terkecuali. Kita sangka apabila sasterawan menulis makalah, beliau menampilkan sisi lebih intim, sederhana dan kaya dengan falsafah serta renungan hidup. Namun di ruang makalah, sasterawan kita enggan merehatkan penanya daripada mengkritik orang.
Potpuri: Budaya, Sastera & Seni terbitan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM), ialah siri tiga jilid yang mengumpulkan makalah Anwar.
Sebahagian besar ialah rencana yang pernah diterbitkan di BH dan majalah seperti Dewan Sastera (DS) dan Tunas Cipta (TC).
Selebihnya, teks ucapan, syarahan dan kata pengantarnya.
ITBM membahagikannya kepada lapan bahagian: Apresiasi Karyawan, Bahasa Melayu: Perkembangan dan Cabaran, Buku dan Khalayak, Dinamika Budaya dan Peradaban, Masyarakat Majmuk: Kesedaran Sosial, Budaya, dan Sastera, Renungan Sastera, Seni Visual dan Sudut Wajah dan Jiwa.
Hampir semua makalah terbit selepas 2010, sekali gus menjadikannya tulisan dan pendapat Anwar selepas menjadi SN.
Di buku pertama, kita menemui banyak tulisan tentang karyawan Malaysia. Sebahagiannya ialah perkongsian pengalaman, sementara sebahagian lagi ulasan buku. Antara tulisan penting ialah Arena Wati: Dua Manuskrip Novel Terakhir.
Detik akhir bersama Arena Wati
Anwar menceritakan detik-detik akhirnya bersama SN Arena Wati pada 2008 ketika beliau dirawat di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
Ketika Anwar dan isterinya sampai di hospital, beliau melihat Arena Wati memakai 'kain sarung, kemeja, dan baju panas' dan di tepi katilnya 'dipenuhi dengan manuskrip.'
Arena Wati menyerahkan manuskrip dua novel terakhirnya dan beliau kemudian meninggal dunia ketika Anwar masih dalam proses suntingan.
Pengalaman ini bukan saja menyedihkan, bahkan sangat bermakna buat kita yang tidak pernah mengenali Arena Wati secara dekat.
Pengalaman intim seperti ini ternyata hilang sama sekali apabila kita masuk ke buku kedua dan ketiga. Kita mula melihat sisi Anwar sebagai pemikir dan pengkritik budaya.
Antara isu yang disentuh ialah cabaran teknologi digital ke atas industri percetakan, ancaman bahasa pasar dan budaya popular kepada bahasa Melayu, masa depan sastera dan pendidikan dan tradisi kritikan sastera yang semakin pupus.
Kita faham Anwar ingin berkongsi pendapatnya sebagai sasterawan rakyat. Bagaimanapun, ada waktunya apa yang kita inginkan daripada tokoh sastera bukanlah nasihat dan penyelesaian kepada sesuatu masalah.
Kita ingin beliau meletakkan isu itu dalam konteks lebih besar dan menunjukkan sisi kemanusiaan yang mungkin kita lupa atau abaikan.
Esei selalunya lebih peribadi, sementara makalah sangat formal. Satu cara untuk menggambarkan makalah ialah membayangkan pentas kuliah di dalam dewan seminar.
Sasterawan berdiri di depan memegang mikrofon dan khalayak menunggu di kerusi dan meja masing-masing.
Sebenarnya suasana formal di dalam dewan seminar tidak patut menjadi beban kepada sasterawan sehingga beliau hilang sama sekali nilai humor dan sanggup mengabaikan karismanya sebagai penggubah kata-kata.
Namun sasterawan kita sering kali tunduk kepada tekanan formal ini. Akibatnya, tulisan mereka menjadi terlalu keras, mendatar dan berlebihan dalam 'menggurui' serta menasihat khalayak pembaca.
Susah temui sisi peribadi Anwar
Dalam konteks buku Anwar, apakah masalah ini berlaku kerana beliau terpaksa hadir di depan kita sebagai SN dan bukan sebagai seorang Anwar Ridhwan? Ini berbeza apabila kita membaca cerpen dan novel Anwar.
Di alam fiksyen, kita bukan saja susah hendak menemui sisi peribadi Anwar, bahkan sangat terpesona dan larut dalam arus ceritanya sehingga kita tidak kisah suara siapakah yang sedang bercerita kepada kita.
Peribadi Anwar sebenarnya sangat mirip dengan watak penglipur lara, iaitu Pak Hassan dalam novel Hari-hari Terakhir Seorang Seniman.
Kita merasai karisma dan kebijaksanannya sebagai pencerita, namun sebaik saja beliau berhenti bercerita dan bercakap secara langsung kepada kita, karisma itu hilang. Ibarat api pelita yang terpadam.
INFO
Potpurri: Budaya, Sastera & Seni
Jilid: 3
Penerbit: Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM)
Harga: RM33 (Jilid I dan II) dan RM28 (Jilid III)
Lokasi: Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2016 dan Kedai Buku 1Malaysia (KB1M) | {
"qa": [
{
"question": "Siapakah penulis artikel ini?",
"substring": "PENULIS Malaysia hidup untuk mengkritik orang."
},
{
"question": "Apakah judul buku yang dibincangkan dalam artikel ini?",
"substring": "Potpuri: Budaya, Sastera & Seni"
},
{
"question": "Berapa jumlah jilid buku Potpuri: Budaya, Sastera & Seni?",
"substring": "siri tiga jilid"
},
{
"question": "Apakah isu yang disentuh dalam buku kedua dan ketiga?",
"substring": "cabaran teknologi digital ke atas industri percetakan, ancaman bahasa pasar dan budaya popular kepada bahasa Melayu, masa depan sastera dan pendidikan dan tradisi kritikan sastera yang semakin pupus."
},
{
"question": "Di mana boleh membeli buku Potpuri: Budaya, Sastera & Seni?",
"substring": "Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2016 dan Kedai Buku 1Malaysia (KB1M)"
}
]
} |
Pemimpin Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos ingin mempelawa Rafizi Ramli untuk minum teh tarik dan makan roti canai ekoran kenyataan anggota Parlimen Pandan itu bahawa beliau (Jamal) layak menggantikan Khairy Jamaluddin Abu Bakar bagi jawatan ketua Pemuda Umno.
Kata Jamal, beliau akan turun ke kawasan Pandan untuk berbuat demikian sekiranya Rafizi sudi menerima kunjungannya.
“Saya mengalu-alukan saudara Rafizi dan ucap terima kasih pada beliau... saya nak belanja beliau teh tarik dan roti canai di kawasan beliau di Pandan.
“Saya nak belanja dia makan sebagai penghargaan sebab kata saya boleh jadi Ketua Pemua Umno sebagai tanda terima kasih.
“Kalau beliau serius (kata saya layak), saya pun serius. Bila-bila dia (Rafizi) free saya boleh datang ke Pandan, kita makan di kedai makan atau restoran,” katanya kepada Malaysiakini.
Semalam Rafizi berkata Jamal Yunos layak menggantikan Khairy bagi jawatan ketua Pemuda Umno.
Kata Rafizi, Jamal lebih berani daripada Khairy apabila berdemo dengan hanya bertuala di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) tidak lama dahulu.
Malah katanya, Jamal juga berani menyahut seruannya untuk berdebat bagi mempertahankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Sementara itu, Jamal berkata beliau telah mengadakan pertemuan dengan Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz semalam.
Katanya, pertemuan yang telah dirancang sejak sekian lama itu antara lain membincangkan isu politik tanah air serta menyentuh mengenai hasratnya untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno.
“Kami adakan perbincangan mengenai politik semasa dan beliau mengulas kenyataan saya ketika merasmikan Pemuda Umno di Sungai Besar untuk menawarkan diri menjadi calon, beliau tanya adakah saya serius, saya katakan apa yang sayaumumkan serius bukan main-main.
“Kalau serius beliau (Nazri) akan nyatakan sokongan pada saya,” katanya.
Jamal ketika ditanya mengenai hubungannya dengan Khairy buat masa ini berkata beliau menyanjungi menteri belia dan sukan itu kerana mempunyai karakter yang tersendiri.
“Saya tak ada masalah dengan YB Khairy dan saya menjunjung tinggi dia sebagai tokoh pemuda dengan karakternya yang tersendiri sebagai seorang yang cukup digemari terutamanya anak muda.
“Saya nak tawarkan diri sebagai Ketua Pemuda Umno Malaysia sekiranya beliau tak lagi kekal dengan jawatan sekarang,” katanya. | {
"qa": [
{
"question": "Siapakah yang ingin mempelawa Rafizi Ramli untuk minum teh tarik dan makan roti canai?",
"substring": "Pemimpin Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos"
},
{
"question": "Apa yang ingin ditawarkan oleh Jamal kepada Rafizi?",
"substring": "teh tarik dan roti canai"
},
{
"question": "Apakah kenyataan Rafizi tentang Jamal?",
"substring": "Jamal Yunos layak menggantikan Khairy bagi jawatan ketua Pemuda Umno."
},
{
"question": "Siapakah yang Jamal telah berbincang dengan mengenai hasratnya untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno?",
"substring": "Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz"
},
{
"question": "Apakah yang dikatakan oleh Jamal tentang hubungannya dengan Khairy?",
"substring": "Saya tak ada masalah dengan YB Khairy dan saya menjunjung tinggi dia sebagai tokoh pemuda dengan karakternya yang tersendiri sebagai seorang yang cukup digemari terutamanya anak muda."
}
]
} |
Kedatangan Syawal pasti dinantikan setiap umat Islam di negara ini lebih-lebih lagi kanak-kanak. Ibu bapa juga tidak ketinggalan membuat persiapan untuk anak mereka dan baju raya antara agenda utama yang sering dititikberatkan.
Ada yang sudah menempah pakaian sejak awal dan tidak kurang juga yang gemar membuat persiapan pada saat akhir. Itu tidak menjadi masalah kerana terdapat pelbagai pilihan yang disediakan bukan saja di butik atau pasar raya malah pembelian dalam talian turut menjadi pilihan.
Butik pakaian kanak-kanak, Textilisbaby turut menawarkan koleksi lebaran untuk digayakan si comel malah jika butik lain mempertaruhkan aneka gaya rekaan. Butik ini pula menawarkan satu rekaan eksklusif dengan variasi warna berbeza.
Diasaskan oleh Azizi dan Zhafarina, penubuhan Textilisbaby selepas mendapat cahaya mata pertama pada 2012 dengan hanya bermula menjual kain pasang secara sambilan dan secara suka-suka, mereka menghasilkan pakaian untuk kegunaan anak sendiri menggunakan kain lebihan atau perca dan mendapat banyak respons positif.
Akhirnya pada 2013, mereka memulakan perniagaan pakaian kanak-kanak secara serius dengan koleksi pertama Textilisbaby untuk kasual dan baju raya sehingga hari ini.
“Kami mementingkan penggunaan material fabrik yang digunakan, rekaan praktikal dengan sentuhan corak menarik dan paling penting keselesaan baju yang sesuai dipakai si comel sepanjang hari.
“Kebanyakan rekaan dipengaruhi pereka luar negara dan menjadikan ia sumber inspirasi untuk rekaan kami sendiri yang sesuai dengan budaya Malaysia.
“Butik kami terkenal dengan pengeluaran baju pelbagai warna untuk satu rekaan. Oleh itu, untuk koleksi lebaran 2017 Textilisbaby hanya mengeluarkan satu rekaan eksklusif dengan 10 pilihan warna yang menjadi gaya tahun ini,” katanya.
Menariknya, koleksi Textilisbaby menggunakan 100 peratus kapas yang dibuat prarawatan dari jenis ‘seer’ dan ‘soft twill’ yang sesuai dan selamat digunakan untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah kulit dan material selesa untuk kanak-kanak kuat berpeluh.
Menurut Azizi, bagi koleksi lebaran, pratempahan sudah dibuat sejak awal Mac dan tahun ini penerimaan terhadap produk ditawarkan amat menggalakkan dengan hampir 1,200 tempahan di Facebook dan Instagram.
Selain pelanggan tempatan, butik itu juga turut menerima permintaan daripada pelanggan luar negara seperti Singapura, Brunei dan Indonesia.
Koleksi lebaran Textilisbaby dijual pada harga antara RM99 hingga RM199 manakala koleksi kasual boleh didapati dengan harga antara RM49 ke RM99.
Selain melalui Facebook dan Instagram Textilisbaby, koleksi itu juga boleh didapati sepanjang Ramadan di Centre Court NU Sentral Shopping Centre, Kuala Lumpur. | {
"qa": [
{
"question": "Siapakah yang mendirikan Textilisbaby?",
"substring": "Diasaskan oleh Azizi dan Zhafarina,"
},
{
"question": "Apakah yang menjadi agenda utama ibu bapa dalam persiapan menyambut Syawal?",
"substring": "baju raya antara agenda utama yang sering dititikberatkan."
},
{
"question": "Apakah yang menjadi keistimewaan koleksi lebaran Textilisbaby?",
"substring": "penggunaan material fabrik yang digunakan, rekaan praktikal dengan sentuhan corak menarik dan paling penting keselesaan baju yang sesuai dipakai si comel sepanjang hari."
},
{
"question": "Berapa harga koleksi lebaran Textilisbaby?",
"substring": "Koleksi lebaran Textilisbaby dijual pada harga antara RM99 hingga RM199"
},
{
"question": "Di mana koleksi lebaran Textilisbaby boleh didapati selain melalui Facebook dan Instagram?",
"substring": "koleksi itu juga boleh didapati sepanjang Ramadan di Centre Court NU Sentral Shopping Centre, Kuala Lumpur."
}
]
} |
Pemeriksaan suhu badan di sekolah dan makan di dalam kelas pada waktu rehat antara kebiasaan baru bakal diamalkan oleh pelajar apabila sekolah dibuka kelak.
Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata garis panduan itu menetapkan pemeriksaan suhu badan dilakukan oleh guru setibanya pelajar di pintu pagar sekolah dan sekiranya mereka bergejala tindakan selanjutnya akan diambil.
"Kita juga sedar pelajar ini kadang-kadang ke sekolah berjalan kaki, ada yang naik basikal dan suhunya tinggi sedikit daripada 37.5 darjah celsius...pelajar ini akan diminta berehat dahulu bagi memastikan suhu badan mereka kembali normal dan suhu diperiksa sekali lagi.
"Setiap sekolah juga memang kena ada bilik isolasi iaitu jika pelajar menunjukkan sebarang gejala maka mereka akan dibawa ke sini dan pihak sekolah selain menghubungi ibu bapa, juga akan berhubung dengan Pusat Kesihatan berdekatan untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas lawatan kerja bagi persediaan pembukaan semula sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain, Semenyih, baru-baru ini.
Turut hadir Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Keselamatan Negara Mohd Rabin Basir dan Ketua Pengarah Pelajaran Dr Habibah Abdul Rahim.
Kebiasaan baru itu antara kandungan dalam Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang mula diedarkan kepada sekolah dan dimuat naik di laman sesawang kementerian itu hari ini.
Garis panduan setebal 34 muka surat itu dihasilkan secara terperinci dan menyeluruh bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Sementara itu, Mohd Radzi berkata ibu bapa tidak perlu bimbang mengenai aspek penjarakan sosial ketika anak mereka di kantin memandangkan waktu rehat dijalankan secara berperingkat dan semua pelajar perlu makan di dalam kelas masing-masing.
"Pelajar perlu membeli makanan berbungkus dan mereka akan beratur mengikut garisan yang ditetapkan dengan jarak satu meter antara satu sama lain sebelum pulang ke kelas masing-masing untuk makan.
"Jadi, keadaan di kantin lebih tersusun dan ibu bapa tidak perlu risau anak-anak berebut ke kantin kerana masa rehat akan dilaksanakan secara berperingkat untuk memastikan tidak semua pelajar berkerumun di kantin dalam satu-satu masa tertentu...kita akan menjarakkan waktu rehat," katanya.
Bagi memastikan penjarakan sosial antara pelajar terjaga, Mohd Radzi menjelaskan susunan meja bagi setiap kelas mesti dalam jarak satu meter dan sekiranya bilangan pelajar melebihi kapasiti meja disediakan, lebihan pelajar mesti ditempatkan di kelas lain.
Katanya, kedudukan pelajar di dalam makmal juga dijarakkan antara satu sama lain bagi membolehkan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan baik dan selamat.
Mengulas mengenai pergerakan pelajar dalam kawasan sekolah pula, beliau berkata arah laluan pelajar akan ditanda dengan anak panah bagi mengelakkan pertembungan berlaku.
Selain itu, katanya, guru-guru juga tidak perlu khuatir kerana mengikut garis panduan yang dikeluarkan, keselamatan dan kesihatan mereka turut dititikberatkan oleh kementerian.
"Guru-guru tidak perlu risau mereka akan bersesak-sesak dalam bilik guru, kerana pihak sekolah perlu memastikan terdapat penjarakan sosial walaupun dalam bilik guru. Guru-guru yang dipindahkan dari bilik guru asal akan ditempatkan di bilik bersesuaian termasuklah pusat sumber dan sebagainya," katanya.
Beliau berkata kementerian turut mengeluarkan garis panduan sama bagi pelajar tinggal di asrama iaitu katil mereka dijarakkan satu meter malah dewan makan yang disediakan turut menitikberatkan penjarakan sosial antara pelajar.
Menurut beliau, apabila sekolah dibuka pihaknya melihat pelaksanaan garis panduan itu dan sekiranya terdapat ruang untuk penambahbaikan, ia akan dilakukan bagi memastikan pelajar hadir ke sekolah mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam keadaan selamat.
"Kita amat berharap anak-anak nanti apabila datang pastikan penjarakan sosial itu sentiasa diamalkan di sekolah dan sepanjang perjalanan mereka datang dan balik dari sekolah," kata Mohd Radzi.
- Bernama | {
"qa": [
{
"question": "Apakah kebiasaan baru yang akan diamalkan oleh pelajar apabila sekolah dibuka kelak?",
"substring": "Pemeriksaan suhu badan di sekolah dan makan di dalam kelas pada waktu rehat"
},
{
"question": "Siapakah yang akan melakukan pemeriksaan suhu badan pelajar?",
"substring": "guru setibanya pelajar di pintu pagar sekolah"
},
{
"question": "Apakah tindakan yang akan diambil jika pelajar menunjukkan sebarang gejala?",
"substring": "dibawa ke sini dan pihak sekolah selain menghubungi ibu bapa, juga akan berhubung dengan Pusat Kesihatan berdekatan untuk tindakan selanjutnya"
},
{
"question": "Bagaimana penjarakan sosial akan dijaga di kantin?",
"substring": "semua pelajar perlu makan di dalam kelas masing-masing"
},
{
"question": "Bagaimana susunan meja bagi setiap kelas akan diatur?",
"substring": "dalam jarak satu meter"
}
]
} |
SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) Selangor hari ini membidas Kerajaan Selangor yang dianggap hanya memperjuangkan politik daripada masalah rakyat.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar, berkata ekoran sikap itu, rakyat Selangor yang terpaksa menanggung derita akibat sikap pentadbiran negeri yang sibuk memburuk-burukkan Kerajaan Persekutuan dengan menyebarkan fitnah.
"Isu air pun tak boleh nak selesaikan. Di tambah pula dengan masalah sampah dan pengurusan stadium. Langsung tak pandai mengurus," katanya kepada pemberita.
Noh berkata, beliau turut mendapat aduan daripada penduduk di luar bandar mengenai cara Kerajaan Selangor menguruskan bil di kawasan itu melalui Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS).
"Kalau dulu SYABAS pergi baca meter di rumah terus dapat bil. Sekarang SYABAS pergi membuat bacaan meter dan balik ke pejabat seterusnya menghantar bil melalui pos.
"Saya nak cakap kepada Kerajaan Negeri, bil pengguna di luar bandar ada yang tidak sampai terus ke rumah mereka. Bil akan dihantar di kedai, masjid dan surau.
"Disebabkan itu, mereka tidak dapat surat berkenaan. Tiba-tiba bekalan air mereka dah kena potong sebab tak bayar bil berikutan surat tak sampai," katanya.
Terdahulu Noh membuat lawatan turun padang dan menyampaikan bekalan air kepada penduduk Shah Alam di Tapak Pasar Malam Seksyen 17, di sini, hari ini.
Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari berkata, pihaknya prihatin dengan rintihan dan keluhan rakyat Selangor membabitkan ketiadaan bekalan air ketika ini.
"Mereka tak boleh mandi, masak, basuh baju dan membuat kerja-kerja lain. Peniaga pun terpaksa menutup kedai disebabkan tiada air," katanya
Pada masa sama, Azhari turut menegur Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang tidak meninjau kesusahan rakyat di kawasannya.
"Lihat sendiri bagaimana kesusahan rakyat Selangor bila tiada air. Ada penduduk yang ambil air dalam longkang berikutan tangki paip pecah dan menandah dalam itu. Menitis air mata saya melihat mereka.
"Bila dia cakap tiada apa yang berlaku (gangguan bekalan air) adalah tidak betul. Dia tak turun padang. Bila tak turun macam ni jadinya.
"Jangan kata 'Shah Alam Ok' sahaja. Turun padang lihat bagaimana rakyat beratur siang dan malam demi mendapatkan bekalan air," katanya.
Azhari berkata, Ahli Parlimen dan wakil Rakyat di Shah Alam juga dianggap sedang tidur lena daripada menyedari masalah yang dihadapi penggundi di kawasan itu.
"Bukan dia (Khalid) sahaja yang tidak turun (meninjau masalah rakyat), wakil rakyat Shah Alam, Yaakob Sapari (Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Anggerik) dan Rodziah Ismail (Batu Tiga) pun sama tidak turun langsung.
"Teruskan tidur lena anda dan mimpi seindah-indahnya. Nanti pilihan raya baru bangun," katanya. | {
"qa": [
{
"question": "Siapakah yang membidas Kerajaan Selangor?",
"substring": "Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar"
},
{
"question": "Apakah masalah yang dihadapi rakyat Selangor?",
"substring": "Isu air pun tak boleh nak selesaikan. Di tambah pula dengan masalah sampah dan pengurusan stadium."
},
{
"question": "Bagaimana cara Kerajaan Selangor menguruskan bil di kawasan luar bandar?",
"substring": "Kalau dulu SYABAS pergi baca meter di rumah terus dapat bil. Sekarang SYABAS pergi membuat bacaan meter dan balik ke pejabat seterusnya menghantar bil melalui pos."
},
{
"question": "Siapakah yang ditegur oleh Ketua UMNO Bahagian Shah Alam?",
"substring": "Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad"
},
{
"question": "Siapakah yang tidak turun padang untuk meninjau masalah rakyat di kawasannya?",
"substring": "Ahli Parlimen dan wakil Rakyat di Shah Alam"
}
]
} |
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Ampang, Kuala Lumpur atas pertuduhan meninggalkan negara ini tanpa melalui laluan yang sah, Mei lalu.
Beliau, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Firdaus Sadina.
Mengikut kertas pertuduhan, Jamal, 48 yang juga adalah ketua gerkana Baju Merah didakwa tanpa sebab yang munasabah meninggalkan Malaysia tanpa melalui laluan yang dibenarkan atau diwartakan dari Hospital KPJ Ampang Puteri pada 25 Mei lalu.
Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen (Pindaan) 2002. Pemimpin Umno itu boleh dihukum di bawah Seksyen 57 akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan itu.
Pada 31 Julai lalu, Mahkamah Majistret Ampang membatalkan perintah ikat jamin terhadap Jamal bagi dua pertuduhan menceroboh dua premis perjudian di Taman Kosas, di Kuala Lumpur, dua tahun lalu.
Bagi tuduhan menceroboh, Jamal didakwa bersama-sama empat lagi yang masih bebas didapati melakukan pencerobohan di Kedai Happy Toys, No. 23, Jalan Kosas 1/2, Taman Kosas, di Kuala Lumpur.
Dia juga didakwa bersama seorang yang telah dituduh dan seorang lagi yang masih bebas melakukan perbuatan sama di Kedai Starcom Trading and Services No 23 & 25, Jalan Kosas 13, di taman sama.
Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan antara 3.30 dan 3.40 petang, 29 Dis 2016 mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pada 5 Julai lalu, Jamal mengaku tidak bersalah atas tuduhan melarikan diri daripada jagaan pihak polis yang menahannya secara sah di sisi undang-undang mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. | {
"qa": [
{
"question": "Siapakah yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Ampang?",
"substring": "Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos"
},
{
"question": "Apakah pertuduhan yang dihadapi oleh Jamal?",
"substring": "pertuduhan meninggalkan negara ini tanpa melalui laluan yang sah"
},
{
"question": "Apakah hukuman yang boleh dikenakan ke atas Jamal jika sabit kesalahan?",
"substring": "hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya"
},
{
"question": "Apakah kesalahan yang didakwa kepada Jamal berkaitan dengan menceroboh?",
"substring": "tuduhan menceroboh dua premis perjudian di Taman Kosas"
},
{
"question": "Apakah kesalahan yang didakwa kepada Jamal berkaitan dengan melarikan diri daripada jagaan pihak polis?",
"substring": "tuduhan melarikan diri daripada jagaan pihak polis yang menahannya secara sah"
}
]
} |
ULASAN l Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor Star, Kedah. Masa itu negeri-negeri Melayu sedang dijajah oleh British. Negeri-negeri Melayu terima baik penjajahan British.
Yang tidak dapat dinafi ialah British membawa sistem pemerintahan yang lebih baik dan negeri-negeri mengalami sedikit sebanyak pembangunan.
British membuka ladang-ladang getah dan lombong bijih timah. Yang anehnya tidak ada orang Melayu yang bekerja dalam ladang dan lombong ini. Pekerja terdiri dari orang India dan Cina. Perniagaan kedai runcit dan aneka jenis tukang-tukang semuanya terdiri dari orang Cina.
Di manakah orang Melayu? Mereka bekerja dalam sawah padi mereka, dan ada sedikit yang menjadi nelayan. Sebilangan kecil dari mereka bekerja dengan kerajaan sebagai kerani.
Lebih kecil lagi ialah bilangan mereka yang memegang jawatan tinggi dalam kerajaan. Mereka ini semua berbangga kerana dibayar gaji tetap dan pencen.
Yang tidak terdapat ialah orang Melayu yang berniaga atau bekerja sebagai buruh kasar. Orang Melayu pandang hina bidang-bidang ini.
Oleh kerana sikap ini tidak terdapat ramai orang Melayu yang tinggal di bandar-bandar. Pada masa itu pun bandar-bandar didiri dan dipenuhi dengan kedai Cina. Tidak ada kedai Melayu. Ada beberapa buah kedai makan dan rempah cabai orang India.
Raja-Raja Melayu tidak iktiraf orang Cina dan India sebagai rakyat. Kepercayaan mereka ialah orang ini, akan kembali ke negara masing-masing apabila khidmat mereka tidak diperlu lagi.
Orang Cina biasanya berhijrah ke negara lain jika mereka nampak peluang mencari makan. Mereka berhijrah ke Amerika dan Australia dan ke negara-negara jajahan British. Melihat kestabilan pemerintahan British dan peluang kerja, mereka datang dengan ramai ke negeri-negeri Melayu.
Mereka sanggup bekerja keras. Dikenali sebagai kuli mereka sanggup buat kerja kotor, kerja berat dan merbahaya. Mereka sanggup menarik “langca”, dan apa sahaja yang memberi pendapatan kepada mereka. Ramai perempuan Cina yang menjadi “amah” di rumah pembesar Melayu, menjaga anak dan membersih rumah.
Orang Melayu berasa senang kerana kerja berat, kotor dan berbahaya serta perniagaan dilakukan oleh orang asing. Jika mereka lihat kekayaan dan kemajuan orang asing ini, mereka tidak berasa khuatir sedikit pun.
Kepercayaan mereka ialah negeri mereka kekal sebagai milik mereka. Itu yang saya lihat. Semasa saya muda di zaman British timbul keinginan melihat orang Melayu berniaga juga. Di Alor Star dibina Pekan Rabu, pekan sari di mana orang kampung boleh menjual sedikit sebanyak pisang dan buah-buahan bakul dan raga anyaman mereka.
Perniagaan mereka tidak menjadi besar. Mereka berniaga secara sambilan. Mereka tidak berniat pun untuk membesar perniagaan. Setakat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, itu sahaja.
Tetapi anggapan mereka meleset. Kerana mereka tidak sanggup bekerja kuat, tidak sanggup berniaga secara serius mereka terus miskin. Jarak antara mereka dengan kaum lain yang bekerja kuat dan berniaga menjadi semakin luas. Yang berlaku ialah yang sudah kaya menjadi lebih kaya dan orang Melayu yang miskin menjadi lebih miskin. Ini sudah ditakdir. Tak perlu buat apa-apa.
Sepatutnya orang Melayu sedar terhadap apa yang berlaku kepada mereka. Malangnya mereka tidak sedar. Sehingga sekarang pun orang Melayu masih tidak sedar. Mereka masih enggan bekerja.
Orang Melayu masih rela serah segala kerja kepada orang asing. Dan orang asing pun membanjiri negara kita. Tujuh juta orang asing masih berada di sini sekarang ini. Mereka bekerja.
Apakah akan terjadi kepada orang Melayu. Tentulah apa yang sudah jadi dahulu kepada negara dan orang Melayu, yang akan terus jadi. Ada yang dakwa orang Melayu adalah Tuan. Tuan apa? Orang miskin, orang yang tidak ada kebolehan, orang yang bergantung kepada belas kasihan orang lain, Tuankah?
Nasib kita di tangan kita. Memarahi orang lain tak akan menyelesai masalah kita. Bilangan kita dikatakan bertambah. Tetapi jumlah besar orang yang miskin tidak dapat bersaing dengan jumlah kecil orang yang kaya.
DR MAHATHIR MOHAMAD ialah perdana menteri Malaysia dan pengerusi Pakatan Harapan serta Bersatu.
Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang redaksi Malaysiakini. Tulisan ini disiarkan lebih awal di blog chedet.cc. | {
"qa": [
{
"question": "Siapakah penulis artikel ini?",
"substring": "DR MAHATHIR MOHAMAD ialah perdana menteri Malaysia dan pengerusi Pakatan Harapan serta Bersatu."
},
{
"question": "Apakah keadaan di Alor Star semasa penulis berumur belasan tahun?",
"substring": "Masa itu negeri-negeri Melayu sedang dijajah oleh British. Negeri-negeri Melayu terima baik penjajahan British."
},
{
"question": "Siapakah yang bekerja dalam ladang-ladang getah dan lombong bijih timah?",
"substring": "Pekerja terdiri dari orang India dan Cina."
},
{
"question": "Apakah yang tidak terdapat pada orang Melayu pada masa itu?",
"substring": "Orang Melayu tidak berniaga atau bekerja sebagai buruh kasar."
},
{
"question": "Apakah anggapan yang meleset mengenai orang Melayu?",
"substring": "Anggapan mereka meleset. Kerana mereka tidak sanggup bekerja kuat, tidak sanggup berniaga secara serius mereka terus miskin."
}
]
} |
Selepas lebih 30 tahun berlalu, Daud Abdullah, 76, adalah satu-satunya 'pengumpul kotak' yang masih mencari rezekinya di sekitar Sungai Besar.
Dia tinggal di sebuah rumah teres satu tingkat usang di hujung Lorong 5, Taman Seri Sentosa, yang sarat dengan timbunan kotak kadbod melebihi lima kaki tinggi.
Satu-satunya ruang yang terdapat dalam rumah itu adalah di bilik tidur yang dikongsinya bersama anak lelakinya dan enam kucing mereka.
"Apabila hujan, bocor di merata tempat,” kata Daud walaupun mengakui sudah biasa dengan kehidupan yang sukar.
Timbunan besi buruk, tin aluminium berkarat, botol plastik dan bahan-bahan kitar semula lain juga bertaburan di laman rumahnya.
Sebulan sekali, dia akan memanggil pemborong barangan kitar semula untuk datang mengambil timbunan itu dan memperoleh beberapa ratus ringgit.
Apabila ditanya sama ada jiran-jirannya pernah mengadu dengan timbunan sampah sarap itu, katanya tiada apa bagi mereka untuk berbuat demikian terhadap seorang tua yang cuba mencari rezeki yang halal.
"Nak buat aduan apa? Kalau mereta tak puas hati, bagi saya sedikit makanan.
"Saya orang miskin tapi saya tak mencuri. Saya cari rezeki yang halal," kata Daud.
Setiap pagi, Daud akan menaiki basikal roda tiga ke ke bandar untuk mencari kotak kadbod dari lorong-lorong belakang kedai-kedai dan pasar raya utama.
"Sekarang ini tinggal saya seorang selepas kawan saya Ali meninggal dunia. Sebelum ini, dia satu-satunya yang dibenarkan mengutip kotak dari Seri Kassim," katanya kepada Malaysiakini ketika mengangkat beberapa kotak ke atas basikal tua itu.
Seri Kassim adalah rantaian popular kedai dan restoran yang mempunyai beberapa cawangan lain.
Hentian lain Daud termasuk pasar berdekatan, di mana beliau akan mengumpul botol plastik dan mengikatnya di belakang basikal.
"Basikal tua saya ini jenis chopper. Saya pernah bawa anak saya bersama-sama, kadang-kadang sampai ke Tanjung Malim.
"Basikal ini saya beli dengan harga RM30. Dah tak boleh dapat lagi sekarang ini lagi,” katanya yang sering meronda di sekitar kawasan Sungai Besar.
Namun kehadiran Daud seringkali tidak mendapat perhatian masyarakat setempat. Malah dia juga mengeluh masih belum menerima kunjungan daripada mana-mana calon yang bertanding pada pilihan raya Sungai Besar, Sabtu ini.
"Mereka (calon) lebih daripada dialu-alukan untuk datang... Tetapi setakat ini tiada.
"Kalu boleh saya mahu minta mesin pemotong logam berkuasa, petrol" katanya.
Ditanya siapa yang dia berhasrat untuk meminta, Daud berkata, "sesiapa sahaja yang menang".
"Saya tidak iri hati dengan sesiapa... Semua rezeki datang dari Allah SWT.
"Setiap malam saya berdoa mereka yang membantu saya dimurahkan rezeki mereka,” katanya.
[Baca berita penuh] | {
"qa": [
{
"question": "Di mana Daud Abdullah tinggal?",
"substring": "Dia tinggal di sebuah rumah teres satu tingkat usang di hujung Lorong 5, Taman Seri Sentosa"
},
{
"question": "Apa yang terdapat dalam rumah Daud Abdullah?",
"substring": "timbunan kotak kadbod melebihi lima kaki tinggi"
},
{
"question": "Bagaimana Daud Abdullah mencari rezekinya?",
"substring": "mencari kotak kadbod dari lorong-lorong belakang kedai-kedai dan pasar raya utama"
},
{
"question": "Apa yang terdapat di laman rumah Daud Abdullah?",
"substring": "timbunan besi buruk, tin aluminium berkarat, botol plastik dan bahan-bahan kitar semula lain"
},
{
"question": "Siapa yang Daud Abdullah berharap akan memberinya mesin pemotong logam berkuasa?",
"substring": "sesiapa sahaja yang menang"
}
]
} |
Rawang: Remaja lelaki berusia 13 tahun nyaris menjadi mangsa culik dalam kejadian di Bandar Tasik Puteri, di sini, semalam.
Dalam kejadian 7.10 malam, remaja itu pada mulanya bermain basikal di kawasan perumahan berkenaan sebelum terdengar suara lelaki memanggilnya.
Menurut datuk mangsa, Roshmi Ahmad,58, cucunya yang tinggal berhampiran dengan rumahnya itu memberitahu, lelaki tidak dikenali yang menaiki van hitam itu kemudian mendekatinya dan menarik cucunya ke dalam van berkenaan.
"Bagaimanapun, cucu saya melawan sehingga bajunya terkoyak dan berjaya melepaskan diri sebelum ke rumah rakannya untuk meminta bantuan," katanya.
Menurutnya, dia bersama bapa mangsa membawa mangsa yang trauma membuat laporan polis di Balai Polis Tasik Puteri.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad mengesahkan menerima laporan kejadian dan pihaknya masih menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 365/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan culik. | {
"qa": [
{
"question": "Di mana kejadian hampir culik berlaku?",
"substring": "Rawang: Remaja lelaki berusia 13 tahun nyaris menjadi mangsa culik dalam kejadian di Bandar Tasik Puteri, di sini, semalam."
},
{
"question": "Berapa umur remaja lelaki yang hampir diculik?",
"substring": "Remaja lelaki berusia 13 tahun"
},
{
"question": "Apa yang dilakukan remaja lelaki sebelum hampir diculik?",
"substring": "pada mulanya bermain basikal di kawasan perumahan berkenaan"
},
{
"question": "Siapakah yang menarik remaja lelaki ke dalam van?",
"substring": "lelaki tidak dikenali yang menaiki van hitam itu"
},
{
"question": "Apakah tindakan cucu datuk setelah hampir diculik?",
"substring": "berjaya melepaskan diri sebelum ke rumah rakannya untuk meminta bantuan"
}
]
} |
Dasar-dasar ekonomi negara yang gagal menangani kadar kemiskinan negara memang perlu dikaji semula memandangkan masalah kenaikan kos sara hidup di Malaysia ini adalah serius, kata pakar ekonomi Prof Nazari Ismail dari Universiti Malaya.
Bagaimanapun, Nazari berpendapat rakyat tidak sewajarnya menuding jari terhadap kerajaan sahaja kerana masyarakat juga harus mengubah gaya hidup yang gemar berbelanja.
“Kerajaan banyak membuat skim membasmi kemiskinan tetapi oleh kerana sistem kewangan tidak berubah malah tahap berhutang di dalam masyarakat terus meningkat.
“Maka masalah kenaikan kos sara hidup semakin serius dan juga masalah kemiskinan.
“Oleh itu, kita tak boleh salahkan kerajaan sahaja kerana punca utama ialah sistem kewangan kita dan juga sikap masyarakat yang `consumerist' (sangat suka berbelanja) dan tidak mengukur baju di badan sendiri dan oleh itu suka berhutang dengan bank,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.
Pada 7 September, Presiden PKR Anwar Ibrahim menggesa supaya kerajaan terutamanya Menteri Hal Ekonomi Mohamed Azmin Ali dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mengkaji semula dan mengenal pasti dasar-dasar ekonomi yang gagal menangani masalah kemiskinan.
Ia susulan dapatan Pelapor Khas Kemiskinan dan Hak Asasi Manusia PBB, Philip Alston mengenai kadar kemiskinan negara pada bulan lalu.
Alston berkata kadar kemiskinan sebenar di Malaysia adalah kira-kira 15 peratus dan menyifatkan kadar kemiskinan negara sebanyak 0.4 peratus pada 2016 adalah tidak realistik kerana meletakkan penanda aras yang rendah.
Nazari berkata, faktor utama merupakan sistem kewangan negara yang berpaksikan kepada industri perbankan.
“Apabila bank membuat pinjaman, jumlah wang di dalam sistem kewangan bertambah dan ini mengurangkan nilai mata wang.
“Pada masa yang sama oleh kerana banyak organisasi bersaing dengan cara berhutang, tekanan untuk menurunkan kos membuat upah tidak naik.
“Ini menyebabkan pendapatan menjadi tidak mencukupi dan membuat ramai jatuh miskin,” katanya.
Tambahnya, kerajaan juga banyak berhutang dan sukar menaikkan gaji kakitangan awam.
Selain daripada sistem kewangan negara, antara faktor lain katanya, merupakan kurangnya sikap saling membantu terhadap golongan miskin dalam masyarakat yang menyebabkan jurang perbezaan antara kaya dan miskin amat besar.
“Untuk menyelesaikan masalah dalam jangka panjang memerlukan perubahan sikap masyarakat supaya kurang berhutang kepada sistem perbankan, dan juga suka bantu membantu dan bersedekah,” katanya. | {
"qa": [
{
"question": "Siapakah pakar ekonomi yang memberikan pandangan mengenai masalah kemiskinan di Malaysia?",
"substring": "Nazari Ismail dari Universiti Malaya"
},
{
"question": "Apakah pendapat Nazari mengenai tanggungjawab masyarakat dalam menangani kemiskinan?",
"substring": "rakyat tidak sewajarnya menuding jari terhadap kerajaan sahaja kerana masyarakat juga harus mengubah gaya hidup yang gemar berbelanja"
},
{
"question": "Siapakah yang menggesa kerajaan untuk mengkaji semula dasar-dasar ekonomi yang gagal menangani kemiskinan?",
"substring": "Presiden PKR Anwar Ibrahim"
},
{
"question": "Apa yang dikatakan oleh Pelapor Khas Kemiskinan dan Hak Asasi Manusia PBB mengenai kadar kemiskinan di Malaysia?",
"substring": "kadar kemiskinan sebenar di Malaysia adalah kira-kira 15 peratus"
},
{
"question": "Apakah faktor utama yang menyebabkan masalah kemiskinan di Malaysia?",
"substring": "sistem kewangan negara yang berpaksikan kepada industri perbankan"
}
]
} |
HARGA bawang merah masih tidak berubah RM6 sekilogram berbanding RM3 sebelum ini, sekali gus memberi kesan kepada pengguna.
Maklumat itu berdasarkan tinjauan Harian Metro di Pasar Cheras dan Kajang yang menjadi antara lokasi tumpuan pengguna membeli keperluan berkenaan.
Peniaga di Pasar Cheras, M Nadarajah, 63, berkata, buat masa ini, dia hanya menjual bawang merah yang diimport dari Pakistan, Thailand dan China kerana tidak menerima bekalan dari India disebabkan banjir di negara terbabit.
Bagaimanapun, katanya, kualiti bekalan bawang dari negara terbabit terutama China tidak begitu memuaskan dan kurang digemari pelanggan.
“Bawang India tidak dibawa masuk sebab banjir. Yang ada dari Pakistan, Thailand dan China, tetapi kebanyakannya tak elok, ada yang busuk.
“Pelanggan pun tak suka bawang dari China kerana besar. Ada pilihan lain lebih murah iaitu bawang Belanda yang dijual dengan harga RM3 sekilogram tetapi kebanyakan pelanggan lebih suka bawang India kerana rasanya lebih sedap.
“Tengok macam mana nanti, saya jangka harga kembali seperti dulu (turun) dalam masa sebulan dua lagi,” katanya yang menjalankan perniagaan di Pasar Cheras sejak 30 tahun lalu.
Peniaga di Pasar Kajang, M. Muthu, 51, berkata, pelanggan ada menyuarakan rungutan berhubung kenaikan harga bawang merah, namun dia tidak dapat berbuat apa-apa.
Ini kerana, katanya kebanyakan peniaga berdepan masalah sama.
Justeru, dia tiada pilihan kecuali menjual bawang diimport dari Pakistan dengan harga RM6 sekilogram.
“Segelintir pelanggan yang datang ke kedai ada bertanya kenapa harga bawang terlalu mahal sekarang.
“Mereka tidak berpuas hati tetapi perkara ini di luar kawalan saya. Setahu saya, berlaku bencana banjir di India yang menyebabkan bawang tidak dieksport ke sini.
“Kesannya harga bawang naik dan diharap keadaan kembali seperti sedia kala,” katanya.
Suri rumah yang mahu dikenali sebagai Asha, 49, berkata, dia menyedari peningkatan harga bawang merah sejak dua bulan lalu.
Menurutnya, dia terkesan dengan keadaan itu dan berharap kerajaan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan masalah berkenaan tidak berpanjangan.
“Dahulu sekilogram bawang merah dijual dengan harga RM3 tetapi kini agak tidak munasabah apabila naik sehingga RM6.
“Saya harap harganya turun semula kerana bimbang juga jika kos perbelanjaan bertambah jika berterusan begini,” katanya. | {
"qa": [
{
"question": "Apakah harga bawang merah sekarang?",
"substring": "HARGA bawang merah masih tidak berubah RM6 sekilogram berbanding RM3 sebelum ini"
},
{
"question": "Mengapa peniaga hanya menjual bawang merah yang diimport dari Pakistan, Thailand dan China?",
"substring": "dia hanya menjual bawang merah yang diimport dari Pakistan, Thailand dan China kerana tidak menerima bekalan dari India disebabkan banjir di negara terbabit."
},
{
"question": "Apakah keluhan pelanggan berhubung kenaikan harga bawang merah?",
"substring": "pelanggan ada menyuarakan rungutan berhubung kenaikan harga bawang merah"
},
{
"question": "Mengapa peniaga tidak dapat berbuat apa-apa berhubung kenaikan harga bawang merah?",
"substring": "Ini kerana, katanya kebanyakan peniaga berdepan masalah sama."
},
{
"question": "Apakah harapan suri rumah Asha berhubung kenaikan harga bawang merah?",
"substring": "Saya harap harganya turun semula kerana bimbang juga jika kos perbelanjaan bertambah jika berterusan begini"
}
]
} |
Sebelum 25 Mei, dunia tidak mengenali lelaki bernama George Floyd. Tiada siapa juga menyangka kematiannya bakal memberi impak yang besar kepada sejarah Amerika Syarikat (AS). Negara itu mengalami pergolakan kaum dan rusuhan lebih dahsyat selepas rusuhan pembunuhan Martin Luther King pada 1968.
Semuanya bermula pada tarikh itu apabila Floyd, 46, dikatakan pergi ke sebuah kedai dan dipercayai cuba membeli rokok dengan menggunakan wang palsu AS$20. Pekerja kedai melaporkan insiden itu kepada polis, sebelum sebuah kereta peronda tiba di lokasi.
Beberapa rakaman video yang diperoleh oleh The New York Times yang digabungkan menunjukkan secara jelas insiden berkenaan. Kereta peronda pertama tiba di tempat kejadian kira-kira 17 minit kemudian, sebelum seorang polis mengarahkan Floyd keluar dari kereta itu.
Seorang daripada pegawai polis kulit putih yang kini dikenal pasti sebagai Derek Chauvin, 44, dilihat menekan leher Floyd menggunakan lututnya selama hampir sembilan minit. Dia dilihat tetap berbuat demikian meskipun Flyod berulang kali menyatakan I can't breathe (Saya tidak boleh bernafas). Apa yang mengejutkan pegawai polis itu tetap menekan leher lelaki itu biarpun lelaki itu jelas sudah tidak bernyawa.
Rakaman video lain menunjukkan orang awam yang melihat kejadian berulang kali meminta polis untuk memeriksa nadi Floyd, tetapi ia sama sekali tidak diendahkan oleh Chauvin. Ketika kejadian, Chauvin dibantu tiga lagi rakan setugasnya iaitu Tou Thao, 34, J Alexander Kueng, 26, dan Thomas Lane, 37.
Chauvin juga dilihat tidak mengalihkan lututnya di leher mangsa sehingga anggota paramedik tiba di tempat kejadian. Ketika itu, video jelas menunjukkan Floyd sudah terkulai dan tidak sedarkan diri. Dia kemudian disahkan meninggal dunia akibat kejadian itu.
Susulan rakaman kejadian yang tular di media sosial, ribuan penunjuk perasaan mengabaikan perintah berkurung di puluhan bandar utama di AS apabila keluar menyertai demonstrasi bagi membantah apa yang disifatkan sebagai insiden keganasan polis dan perkauman.
Jalan raya yang dulunya lengang susulan kawalan pergerakan dibanjiri penunjuk perasaan. Demonstrasi tercetus di sekurang-kurangnya 75 bandar di negara itu, sehingga memaksa Pengawal Kebangsaan dihantar ke lokasi bagi mengawal keadaan.
Akibat marah dan terkesan dengan video insiden berkenaan, rakyat negara itu seakan-akan tidak gentar terhadap ancaman penularan Covid-19. Presiden Donald Trump pula dikatakan mengakui ada 'memeriksa' kubu bawah tanah di White House, selepas rusuhan turut tercetus di Washington.
Rayuan Floyd I can't breathe kini menjadi tagline kepada demonstrasi berkenaan. Ia sebenarnya perkataan sama yang pernah diucapkan oleh seorang lelaki Afrika-Amerika, Eric Garner, sebanyak 11 kali ketika lehernya dipegang oleh polis. Ketika kejadian, Polis New York City memegang lehernya sebelum dia mati.
Kes berprofil tinggi lain termasuk insiden lelaki Philando Castile ditembak tujuh kali dari jarak dekat ketika memberhentikan kenderaannya, juga berlaku di Minnesota. Ketika kejadian, lelaki itu baru sahaja memberitahu pegawai polis, Jeronimo Yanez, bahawa dia membawa senjata api.
Bagaimanapun, Yanez dilepaskan daripada semua tuduhan berhubung kematian mangsa. Insiden itu juga tular
di media sosial selepas teman wanita Castile menyiarkan sebahagian insiden itu secara langsung di Facebook.
Satu lagi insiden yang membangkitkan kemarahan orang awam adalah apabila polis menembak mati seorang lelaki, Alton Sterling di luar sebuah kedai di Louisiana.
Minggu lalu, empat anggota polis yang terbabit dalam insiden kematian Floyd sudah didakwa di mahkamah. Suspek utama, Chauvin, didakwa atas tuduhan membunuh darjah ketiga. Tiga rakan setugasnya pula didakwa bersubahat dengan Chauvin.
Bagi majoriti rakyat Amerika, soal sama ada Floyd cuba membeli rokok dengan duit palsu sudah tidak penting. Apa yang pasti nama lelaki itu akan tercatat sebagai satu lagi rentetan siri keganasan polis di AS.
Penulis Penolong Pengarang Berita Harian Metro | {
"qa": [
{
"question": "Siapakah George Floyd?",
"substring": "Sebelum 25 Mei, dunia tidak mengenali lelaki bernama George Floyd."
},
{
"question": "Apakah yang menyebabkan kematiannya?",
"substring": "Floyd, 46, dikatakan pergi ke sebuah kedai dan dipercayai cuba membeli rokok dengan menggunakan wang palsu AS$20."
},
{
"question": "Siapakah Derek Chauvin?",
"substring": "Seorang daripada pegawai polis kulit putih yang kini dikenal pasti sebagai Derek Chauvin, 44, dilihat menekan leher Floyd menggunakan lututnya selama hampir sembilan minit."
},
{
"question": "Berapa banyak bandar di AS yang mengalami demonstrasi susulan kematiannya?",
"substring": "Demonstrasi tercetus di sekurang-kurangnya 75 bandar di negara itu"
},
{
"question": "Siapakah yang telah didakwa di mahkamah susulan kematiannya?",
"substring": "Minggu lalu, empat anggota polis yang terbabit dalam insiden kematian Floyd sudah didakwa di mahkamah."
}
]
} |
Putrajaya disaran membuat garis panduan untuk perkhidmatan rumah ke rumah bagi mengelakkan peniaga meletakkan harga sesuka hati, terutamanya selepas Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) diperkenal.
Isteri perdana menteri Rosmah Mansor berkata tanpa kawalan harga, pengguna khususnya suri rumah akan terbeban.
“Kita ini suri rumah tangga sering menjadi mangsa kepada orang yang seperti ini.
“Dulu kita buat baju kurung RM500 boleh dapat, sekarang itu pun dah mahal,” kata Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI).
Rosmah berkata demikian dalam majlis penerangan GST anjuran BAKTI di pejabat badan itu di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau juga berkongsi pengalamannya sendiri berdepan kos mahal, seperti perkhidmatan penjagaan diri rumah ke rumah.
“Kalau sekarang ini bila saya nak cat rambut dekat rumah dia (pendandan) sudah caj RM1,200. Amboi mahalnya!
“Kalau di kedai dia kata harganya berbeza. Dia (pendandan) kata mahal sebab home service,” kata Rosmah.
Malah katanya mendandan rambut seakan-akan sesuatu yang mewah bagi suri rumah sepertinya.
“Inilah perkara yang merisaukan kita suri rumah tangga yang tidak berduit dan yang tidak berpendapatan,” katanya.
Tiada pemantauan khusus sekarang
Sementara itu, Bernama melaporkan, taklimat GST itu disampaikan oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan. Kira-kira 50 anggota Bakti hadir pada sesi itu.
Ahmad berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi
dan Kepenggunaan (KPDNKK) perlu mengambil perhatian hal yang dibangkitkan itu.
Menurut Ahmad, tiada pemantauan khusus dibuat terhadap perkhidmatan ke rumah ketika ini.
"Khidmat yang dimaksudkan termasuk khidmat solekan, tukang paip, tukang elektrik, upah jahit baju dan sebagainya," jelas beliau.
Timbalan Menteri itu berkata aduan perkhidmatan seumpama itu yang mengenakan harga semakin tinggi tanpa kawalan boleh membebankan pelanggan terutama suri rumah.
GST akan dimulakan pada 1 April depan bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). | {
"qa": [
{
"question": "Siapakah yang mengusulkan agar Putrajaya membuat garis panduan untuk perkhidmatan rumah ke rumah?",
"substring": "Disaran membuat garis panduan untuk perkhidmatan rumah ke rumah"
},
{
"question": "Apakah yang menjadi kebimbangan Rosmah Mansor?",
"substring": "tanpa kawalan harga, pengguna khususnya suri rumah akan terbeban."
},
{
"question": "Apakah yang dikongsi oleh Rosmah Mansor mengenai kos mahal?",
"substring": "pengalamannya sendiri berdepan kos mahal, seperti perkhidmatan penjagaan diri rumah ke rumah."
},
{
"question": "Apakah yang menjadi tumpuan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan dalam taklimat GST?",
"substring": "Khidmat yang dimaksudkan termasuk khidmat solekan, tukang paip, tukang elektrik, upah jahit baju dan sebagainya"
},
{
"question": "Bila GST akan dimulakan?",
"substring": "GST akan dimulakan pada 1 April depan bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)."
}
]
} |
Bukan mudah untuk mendapatkan pilihan busana bagi ibu dan anak di bawah satu bumbung yang menyediakan semua keperluan lengkap.
Berusaha membantu wanita penggemar fesyen yang bukan saja mahu tampil cantik malah pada masa sama dapat membeli busana rekaan khas untuk yang tersayang terutama buat si kecil menjadikan jenama fesyen tempatan Casalwa berusaha merealisasikan impian itu.
Bermula daripada jubah, gaun labuh, baju kurung pelbagai rekaan termasuk kurung mini, blaus dan pilihan baju kanak-kanak, semuanya direka khas bagi memastikan si pemakai tampil anggun ketika menggayakannya.
Pengasasnya, Datin Sharifah Salwa Syed Shafie berkata, semua koleksi Casalwa yang beroperasi di Pusat Perniagaan D’Vida, Bukit Jelutong, Shah Alam itu direka terhad bagi menjamin nilai eksklusif dalam setiap rekaannya.
“Koleksi kami terhad dalam kuantiti lima pasang bagi setiap warna bagi memastikan tiada insiden beberapa orang memakai busana yang sama terutama ketika menghadiri sesuatu majlis.
“Saya sendiri yang membuat rekaan dan mencari idea kerana saya mahukan semua koleksi di sini eksklusif dan tidak sama dengan jenama lain,” katanya.
Menurut Sharifah Salwa, pihaknya juga menggunakan fabrik berkualiti tinggi yang diimport khas dari Korea, Vietnam, Thailand dan Indonesia.
“Kami banyak menggunakan fabrik seperti kapas terutama untuk koleksi kanak-kanak selain sutera, sifon dan spandex yang bersesuaian dengan cuaca di Malaysia.
“Kami juga menyasarkan wanita yang mementingkan aspek keselesaan dan kualiti namun saya yakin koleksi kami sesuai untuk pelbagai golongan usia bermula daripada kanak-kanak hingga dewasa,” katanya. | {
"qa": [
{
"question": "Apakah jenis busana yang disediakan oleh Casalwa?",
"substring": "Bermula daripada jubah, gaun labuh, baju kurung pelbagai rekaan termasuk kurung mini, blaus dan pilihan baju kanak-kanak"
},
{
"question": "Di mana Casalwa beroperasi?",
"substring": "Casalwa yang beroperasi di Pusat Perniagaan D’Vida, Bukit Jelutong, Shah Alam"
},
{
"question": "Bagaimana koleksi Casalwa direka?",
"substring": "Koleksi kami terhad dalam kuantiti lima pasang bagi setiap warna bagi memastikan tiada insiden beberapa orang memakai busana yang sama terutama ketika menghadiri sesuatu majlis."
},
{
"question": "Apakah jenis fabrik yang digunakan oleh Casalwa?",
"substring": "pihaknya juga menggunakan fabrik berkualiti tinggi yang diimport khas dari Korea, Vietnam, Thailand dan Indonesia."
},
{
"question": "Siapakah pengasas Casalwa?",
"substring": "Pengasasnya, Datin Sharifah Salwa Syed Shafie"
}
]
} |
TINJAUAN | Beras keluaran Thailand yang diseludup ke Kelantan kini dijual dengan harga lebih tinggi selepas perintah kawalan pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu.
Ia susulan bekalan beras itu sukar diperoleh selepas penguatkuasaan dan kawalan sempadan Malaysia-Thailand melalui pangkalan haram di Rantau Panjang-Golok yang diperketatkan oleh pihak berkuasa kedua-dua negara.
Sebagai rekod, kebiasaannya beras Siam menjadi pilihan rakyat Kelantan secara berleluasa kerana harga yang berpatutan dan berkualiti tinggi serta mudah diperoleh dalam pasaran tempatan.
Tinjauan Malaysiakini mendapati rata-rata pengguna merungut susulan kenaikan harga secara mendadak.
Kebiasaannya harga beras Siam seludup itu, bagi setiap kampit lima kilogram dijual antara RM11 hingga RM15 bergantung kepada jenama dan gred.
Juala atas talian di Facebook
Namun, sejak pelaksanaan PKP ini harganya meningkat kepada RM20 hingga RM28 bagi setiap kampit lima kilogram.
Antara jenama yang berada di pasaran negeri ini seperti cap mangga, pisang, basikal, dan serindit.
Selain itu, pemerhatian di kedai-kedai runcit juga mendapati stok beras Siam itu sukar diperoleh.
Seorang peniaga yang mahu dikenali sebagai Che Mat, 56, berkata, bekalan beras itu kini sukar diperoleh daripada pembekal menyebabkan harga meningkat secara mendadak.
"Kita peniaga pun pening. Sampai saya terpaksa hentikan penjualan beras Siam. Kasihan pada orang ramai.
"Jadi saya jual harga beras tempatan sahaja buat masa sekarang.
"Keadaan ini kali pertama berlaku, sebelum ini kalau ada kenaikan pun masa musim perayaan. Tetapi tidak terlalu tinggi," katanya.
Jualan atas talian
Sementara itu, tinjauan juga mendapati modus operandi peniaga beras Siam kini beralih kepada jualan atas talian termasuk melalui media sosial.
Semakan di Facebook mendapat banyak iklan-iklan beras Siam disiarkan dengan pelbagai tawaran harga termasuk perkhidmatan penghantaran ke rumah.
Sementara itu seorang peniaga yang mahu dikenali sebagai Idris, 32, berkata, harga beras Siam sepanjang tempoh PKP ini kerana stok berkurang.
Katanya, ia disebabkan kesukaran untuk pembekal membawa masuk ke pasaran di Kelantan susulan kawalan ketat oleh pihak berkuasa.
"Sebenarnya sekatan jalan raya dan penutupan (kawalan) di sempadan ini menyebabkan bekalan terputus.
"Permintaan di Kelantan ini tinggi sebab kebanyakan rakyat Kelantan mengguna beras Siam.
"Kesempatan ini juga diambil oleh peniaga untuk menaikan harga. Macam saya cuma jual secara sambilan, bantu kawan-kawan dan sanak-saudara untuk dapatkan bekalan," jelasnya ketika dihubungi.
Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini. | {
"qa": [
{
"question": "Apakah faktor yang menyebabkan harga beras Siam meningkat selepas PKP?",
"substring": "bekalan beras itu sukar diperoleh selepas penguatkuasaan dan kawalan sempadan Malaysia-Thailand melalui pangkalan haram di Rantau Panjang-Golok yang diperketatkan oleh pihak berkuasa kedua-dua negara."
},
{
"question": "Bagaimana harga beras Siam yang diseludup dijual sebelum PKP?",
"substring": "bagi setiap kampit lima kilogram dijual antara RM11 hingga RM15 bergantung kepada jenama dan gred."
},
{
"question": "Bagaimana harga beras Siam yang diseludup dijual selepas PKP?",
"substring": "harganya meningkat kepada RM20 hingga RM28 bagi setiap kampit lima kilogram."
},
{
"question": "Apakah jenama beras Siam yang berada di pasaran negeri ini?",
"substring": "jenama yang berada di pasaran negeri ini seperti cap mangga, pisang, basikal, dan serindit."
},
{
"question": "Bagaimana modus operandi peniaga beras Siam kini?",
"substring": "beralih kepada jualan atas talian termasuk melalui media sosial."
}
]
} |
[email protected]
Penyanyi Syura ralat kerana menangguhkan rawatan sakit misteri yang menghantuinya sehingga menjejaskan persembahan konsert separuh akhir Gegar Vaganza musim keempat (GV), Ahad lalu.
Menurut ibu tunggal itu, ibunya menggesanya segera berubat namun dia mengambil mudah perkara itu.
Ini kerana dia berasakan penyakitnya itu tidak melarat sehingga mengganggu urusan kerja dan hidupnya.
“Saya rasa ralat sangat dan sebaik saja selesai GV4, saya akan berubat.
“Sukar untuk saya jelaskan penyakit ini, tapi apa yang pasti ia menyebabkan suara saya hilang pada sebelah pagi dan ada semula selepas tengah hari.
“Saya tak mahu menuduh angkara siapa kerana apa yang penting sekarang adalah berubat sampai sembuh. Saya mahu cari rezeki untuk anak,” kata Syura yang mengakui sebelah kiri badannya selalu rasa kebas.
Mengulas kerjaya seni, Syura atau nama sebenarnya, Zuraidah Badron akan menghasilkan single bergenre irama tradisional.
“Saya mahu terus hidupkan irama tradisional. Menurut pandangan rakan pun, suara saya sesuai membawakan lagu irama ini.
“Jadi, tidak perlu saya bereksperimentasi dengan muzik baru jika sudah tahu ia kurang sesuai dengan vokal dan imej saya,” katanya.
Sambung Syura, single baru itu dilancarkan dalam masa terdekat dan berharap ia dapat diterima ramai.
“Saya mohon peminat doakan cepat sembuh seperti sedia kala.
“Kekuatan penyanyi terletak pada suaranya, macam mana saya nak cari rezeki kalau ada masalah suara,” katanya. | {
"qa": [
{
"question": "Apakah yang menyebabkan Syura menangguhkan rawatan sakitnya?",
"substring": "Penyanyi Syura ralat kerana menangguhkan rawatan sakit misteri yang menghantuinya sehingga menjejaskan persembahan konsert separuh akhir Gegar Vaganza musim keempat (GV), Ahad lalu."
},
{
"question": "Mengapa Syura mengambil mudah perkara itu?",
"substring": "Ini kerana dia berasakan penyakitnya itu tidak melarat sehingga mengganggu urusan kerja dan hidupnya."
},
{
"question": "Apakah yang menyebabkan suara Syura hilang pada sebelah pagi?",
"substring": "Ini kerana dia berasakan penyakitnya itu tidak melarat sehingga mengganggu urusan kerja dan hidupnya."
},
{
"question": "Apakah genre lagu yang akan dihasilkan oleh Syura?",
"substring": "Syura atau nama sebenarnya, Zuraidah Badron akan menghasilkan single bergenre irama tradisional."
},
{
"question": "Apabila single baru Syura akan dilancarkan?",
"substring": "Sambung Syura, single baru itu dilancarkan dalam masa terdekat dan berharap ia dapat diterima ramai."
}
]
} |
MUNICH menjadi agak kecoh sedikit apabila dua kanak-kanak menembak Raja Maha Vajiralongkorn Bodindradebayavarangkun dengan pistol mainan.
Jurucakap pendakwa di Lanshut, Thomas Rauscher, berkata insiden itu berlaku ketika Raja Thai itu menaiki basikal di Erding, dekat Munich, pada petang 10 Jun lalu.
Menurutnya, kejadian berkenaan baru diketahui semalam.
Rauscher berkata, dua kanak-kanak lelaki, masing-masing berusia 13 dan 14 tahun itu turut menembak kereta raja itu tetapi tidak diperincikan pula sama ada raja itu cedera atau tidak.
Rauscher berkata, pejabat pendakwa raya kini sedang meneliti insiden berkenaan dan melakukan siasatan ke atas budak 14 tahun kerana disyaki cuba mencederakan raja itu.
Bagaimanapun, katanya, budak 13 tahun tidak disiasat kerana di bawah umur.
Menurutnya, Raja Thai itu tidak membuat laporan kejadian berkenaan. | {
"qa": [
{
"question": "Apakah yang berlaku di Munich?",
"substring": "MUNICH menjadi agak kecoh sedikit apabila dua kanak-kanak menembak Raja Maha Vajiralongkorn Bodindradebayavarangkun dengan pistol mainan."
},
{
"question": "Siapakah yang ditembak dengan pistol mainan?",
"substring": "dua kanak-kanak menembak Raja Maha Vajiralongkorn Bodindradebayavarangkun dengan pistol mainan."
},
{
"question": "Bilakah kejadian tersebut berlaku?",
"substring": "pada petang 10 Jun lalu."
},
{
"question": "Siapakah yang sedang menyiasat insiden tersebut?",
"substring": "pejabat pendakwa raya kini sedang meneliti insiden berkenaan dan melakukan siasatan ke atas budak 14 tahun kerana disyaki cuba mencederakan raja itu."
},
{
"question": "Adakah Raja Thai itu cedera dalam insiden tersebut?",
"substring": "tetapi tidak diperincikan pula sama ada raja itu cedera atau tidak."
}
]
} |
Walaupun berkemungkinan berdepan cabaran empat penjuru pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Datuk Annuar Tan Abdullah yakin beliau akan mempertahankan kerusi yang dimenangi sejak 1999 itu.
Beliau turut menolak anggapan bahawa pengundi khususnya kaum Cina akan beralih arah malah sebaliknya yakin mereka menerima baik pentadbiran PAS selama 27 tahun di negeri Kelantan.
"Pengundi kaum Cina di Kelantan berbeza dengan negeri-negeri lain. Mereka sudah terdidik dengan cara pemerintahan PAS yang memberi layanan adil sejak zaman (bekas menteri besar) Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Di tempat lain mungkin mereka terpengaruh dengan DAP, tapi di Kelantan tidak. Rakyat Kelantan juga benci Tun Dr Mahathir (Mohamad) yang memerintah Malaysia selama 22 tahun, " katanya kepada Malaysiakini, di Kota Bharu semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cabaran yang bakal dihadapinya selepas Pakatan Harapan (HARAPAN) yang diketuai Dr Mahathir sebagai pengerusi dan berkemungkinan meletakkan calon daripada DAP pada PRU14 akan datang bagi kerusi tersebut.
Selain musuh tradisi iaitu BN dan HARAPAN, DUN Kota Lama juga bakal menjadi taruhan Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang baru-baru ini mengumumkan untuk turut bertanding di kawasan itu.
DUN Kota Lama yang terletak di parlimen Kota Bharu menjadi tumpuan susulan mempunyai ramai pengundi kaum Cina berbanding kawasan lain di Kelantan walaupun tidak mencapai tahap majoriti.
Layanan lebih adil
Annuar yang juga exco kerajaan negeri berkata, pengundi Kelantan khususnya hanya akan membuat dua penilaian antara PAS dan BN walaupun HARAPAN menyatakan hasrat untuk turut mencuba nasib.
"Baguslah lagi meriah, bendera-bendera pun akan banyak. Kedai-kedai pun jadi lebih laku.
"Kita tak rasa apa-apa risiko. Pengundi di sini hanya akan buat dua pilihan iaitu PAS atau BN. Dengan parti serpihan kita tak bimbang.
"Dan mereka sendiri (pengundi) sedia maklum prestasi BN yang menghadapi pelbagai krisis berbanding PAS yang memberi layanan lebih adil," katanya sambil mengakui majoriti dimenangi mungkin merosot susulan lebih banyak persaingan.
Tambah beliau, perkembangan semasa menunjukkan masyarakat Cina di kawasan itu tetap memberi sokongan kepada PAS berdasarkan komitmen mereka menghadiri program-program anjuran parti dan kerajaan negeri.
"Contohnya baru-baru ini kita buat majlis perasmian Pintu Gerbang Dataran Cheng Ho dan Pesta Tanglung menyaksikan ribuan kaum Cina turut serta," katanya merujuk program yang dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Ahamad Yakob pada 5 Okt lalu.
Dalam program itu penganjur turut menyediakan pelbagai acara tarikan termasuk cabutan bertuah dengan hadiah motosikal, peti sejuk, mesin basuh dan basikal.
PRU14 dijangka bakal menyaksikan pertembungan sekurang-kurangnya tiga penjuru di Kelantan termasuklah dari calon Parti Amanah Negara (AMANAH) yang merupakan parti serpihan PAS pascamuktamar 2015. | {
"qa": [
{
"question": "Siapakah ADUN Kota Lama?",
"substring": "Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Datuk Annuar Tan Abdullah"
},
{
"question": "Bagaimana pandangan Annuar Tan Abdullah terhadap kemungkinan kekal sebagai ADUN Kota Lama?",
"substring": "Datuk Annuar Tan Abdullah yakin beliau akan mempertahankan kerusi yang dimenangi sejak 1999 itu."
},
{
"question": "Bagaimana pandangan Annuar Tan Abdullah terhadap pengundi Cina di Kelantan?",
"substring": "\"Pengundi kaum Cina di Kelantan berbeza dengan negeri-negeri lain."
},
{
"question": "Siapakah yang bakal menjadi cabaran bagi Annuar Tan Abdullah pada PRU14?",
"substring": "Selain musuh tradisi iaitu BN dan HARAPAN, DUN Kota Lama juga bakal menjadi taruhan Parti Sosialis Malaysia (PSM)"
},
{
"question": "Apakah program yang dirujuk oleh Annuar Tan Abdullah yang turut dihadiri oleh kaum Cina?",
"substring": "Contohnya baru-baru ini kita buat majlis perasmian Pintu Gerbang Dataran Cheng Ho dan Pesta Tanglung menyaksikan ribuan kaum Cina turut serta"
}
]
} |
Tanggapan menjual kasut terpakai atau bundle tidak menguntungkan perlu diubah kerana ada dalam kalangan peniaga ini yang memperoleh keuntungan hingga belasan ribu ringgit sebulan.
Zulkiflie Aminuddin, 31, yang menjual kasut terpakai di sekitar ibu negara pada harga RM35 sepasang membuktikan perniagaan itu sememangnya menguntungkan apabila berjaya meraih pendapatan bersih RM23,000 sebulan, hasil jualan kasut terpakai berkenaan.
Bagaimanapun katanya, jumlah itu bukanlah diperoleh setiap bulan dan kebiasaannya, purata pendapatan bulanannya ialah RM 11,500.
"Peniagaan kasut bundle ini memang dilihat tidak eksklusif pada mata peniaga besar di luar sana. Tetapi sebenarnya, kasut terpakai ini mempunyai pengikutnya tersendiri terutamanya mereka yang ingin bergaya dengan kasut berjenama yang asli pada harga berpatutan.
"Pada musim perayaan, pemintaan kasut terpakai amat memberangsangkan kerana kasut yang saya jual mempunyai kualiti yang baik dan masih elok dipakai. Ada antara pelanggan saya akan membeli hingga lima pasang kasut dalam satu-satu masa," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Zulkiflie yang menceburi bidang peniagaan itu sejak tujuh tahun lepas berkata hasrat menjual kasut terpakai ini bermula sejak kecil lagi apabila sering mengikut bapanya ke kedai pakaian dan kasut terpakai di Lorong Haji Taib, Chow Kit, Kuala Lumpur.
"Pada awal pembabitan, saya hanya mempunyai 150 pasang kasut terpakai yang dibeli dari Kemboja melalui orang tengah dan menjualnya dengan meminjam kereta rakan bagi membawa kasut itu sebelum dihamparkan di kawasan kaki lima yang menjadi tumpuan orang ramai.
"Alhamdullilah selepas tujuh tahun, daripada 150 pasang kini saya mempunyai lebih 3,000 pasang kasut yang dijual di beberapa lokasi antaranya di Chow Kit, Gombak dan Ampang dengan menaiki tiga van milik saya, namun saya masih mengekalkan konsep jualan di kaki lima jalan dengan harga sama sejak mula berniaga iaitu RM35 sepasang," katanya yang pernah bekerja sebagai buruh kasar.
Katanya antara kasut terpakai berjenama antarabangsa yang dijual dan sering mendapat pemintaan pelanggan adalah Clarks, Adidas, Reebok, Nike, Vans dan Birkinstock.
Sementara itu, seorang pelanggan, Mohd Salehien Abdul Rahman, 25, berkata menyarung kasut terpakai lebih berbaloi daripada membeli produk tiruan pada harga mahal.
“Meskipun kasut ini kualiti terpakai, namun ia lebih baik daripada yang dijual di pasar larut malam. Harga di sana mahal dan semestinya bukan ‘original’,” katanya.
Bagi Nawawi Nordin, 27, faktor pekerjaan yang lasak menyebabkan dia memilih kasut terpakai berbanding membeli kasut baharu di butik.
“Saya bekerja sebagai juruteknik, apa yang saya lakukan memang lasak. Jadi dengan memakai kasut terpakai ini, tidak ralat jika rosak kerana harganya murah berbanding di butik.
“Bagaimanapun kebanyakan masyarakat skeptikal dengan kasut terpakai ini, ada yang beranggapan kualitinya amat teruk dan menggelikan hanya kerana ia sudah dipakai pemilik asal. Tetapi kalau kita pandai pilih, kasut bundle ini pun nampak seperti baharu,” katanya.
- Bernama | {
"qa": [
{
"question": "Siapakah Zulkiflie Aminuddin?",
"substring": "Zulkiflie Aminuddin, 31, yang menjual kasut terpakai di sekitar ibu negara pada harga RM35 sepasang"
},
{
"question": "Berapa pendapatan bersih yang berjaya diperoleh oleh Zulkiflie Aminuddin?",
"substring": "hasil jualan kasut terpakai berkenaan."
},
{
"question": "Apakah kualiti kasut terpakai yang dijual oleh Zulkiflie Aminuddin?",
"substring": "kasut yang saya jual mempunyai kualiti yang baik dan masih elok dipakai."
},
{
"question": "Apakah jenama kasut terpakai yang sering mendapat pemintaan pelanggan?",
"substring": "antara kasut terpakai berjenama antarabangsa yang dijual dan sering mendapat pemintaan pelanggan adalah Clarks, Adidas, Reebok, Nike, Vans dan Birkinstock."
},
{
"question": "Mengapa Nawawi Nordin memilih kasut terpakai berbanding membeli kasut baharu di butik?",
"substring": "Bagi Nawawi Nordin, 27, faktor pekerjaan yang lasak menyebabkan dia memilih kasut terpakai berbanding membeli kasut baharu di butik."
}
]
} |
Pemuda Umno Sabah pagi ini membuat laporan polis berhubung dakwaan pelanggaran akta pilihan raya oleh parti Warisan Sabah dalam satu majlis sambutan perayaan Krismas di Membakut.
Laporan polis telah dibuat oleh Ketua Pemuda Umno Beaufort, Mohd Fadzli Miskeh di ibu pejabat polis daerah Beaufort pagi tadi.
Menurut laporan polis yang dibuat Fadzli dia mendakwa telah berlaku kesalahan pilihan raya oleh parti Warisan yang memberi hamper dan hadiah seperti motosikal, kipas dan barangan lain dalam satu majlis rasmi.
"Saya sesungguhnya percaya bahawa telah berlaku satu kesalahan pilihan raya seperti mana yang terkandung di dalam akta kesalahan pilihan raya 1954.
"Saya menggesa pihak polis menjalankan penyiasatan dan mengambil tindakan sewajarnya tanpa sebarang layanan istimewa sejajar dengan konsep 'rule of law'," katanya di Beaufort , hari ini.
Kelmarin, Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan berkata beliau akan meminta bilik gerakan BN untuk membuat laporan berhubung apa yang didakwa sebagai pelanggaran Akta Pilihan Raya oleh parti kerajaan ketika kempen pilihan raya kecil (PRK) Kimanis.
Katanya, ia berkaitan dengan cabutan bertuah berupa sebuah motosikal dan barangan lain pada sambutan Krismas yang diadakan di pekan Membakut ketika kempen PRK Kimanis bermula.
Bagaimanapun semalam, seorang pemimpin Kadazan Dusun Murut (KDM) menafikan dakwaan Mohamad yang mengaitkan majlis sambutan Krismas dan tahun baru 2020 di Membakut dengan kempen PRK Kimanis yang sedang berlangsung.
Pengerusi jawatankuasa penganjur program itu, Peter Chang, mewakili Gereja Membakut berkata program itu, yang antara lain menawarkan hadiah cabutan bertuah, tidak mempunyai kaitan dengan Warisan.
Jelas belia, Presiden Warisan Shafie Apdal hadir sebagai tetamu kehormat sebagai penghargaan kepadanya atas kapasiti ketua menteri Sabah yang memberikan cuti dua hari di negeri itu.
"Majlis Krismas dan sambutan tahun baru yang dianjurkan di Membakut semalam bukanlah anjuran Warisan atau pun KDM Malaysia, ia adalah anjuran masyarakat Membakut yang beragama Kristian," kata Peter.
Sementara itu Fadzli berkata, pemberian makanan dan hadiah adalah jelas bertentangan dengan larangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
"Saya berharap pihak berkuasa dapat menyiasat kes ini dengan sewajarnya," katanya. | {
"qa": [
{
"question": "Siapakah yang membuat laporan polis berhubung dakwaan pelanggaran akta pilihan raya oleh parti Warisan Sabah?",
"substring": "Pemuda Umno Sabah"
},
{
"question": "Di mana laporan polis dibuat?",
"substring": "ibu pejabat polis daerah Beaufort"
},
{
"question": "Apakah yang didakwa sebagai pelanggaran Akta Pilihan Raya oleh parti kerajaan ketika kempen pilihan raya kecil (PRK) Kimanis?",
"substring": "cabutan bertuah berupa sebuah motosikal dan barangan lain pada sambutan Krismas yang diadakan di pekan Membakut"
},
{
"question": "Siapakah yang menafikan dakwaan Mohamad yang mengaitkan majlis sambutan Krismas dan tahun baru 2020 di Membakut dengan kempen PRK Kimanis?",
"substring": "seorang pemimpin Kadazan Dusun Murut (KDM)"
},
{
"question": "Apakah yang jelas bertentangan dengan larangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menurut Fadzli?",
"substring": "pemberian makanan dan hadiah"
}
]
} |
ULASAN Ketika duduk di beranda pangsapuri saya di SS2, Petaling Jaya, minggu lalu, kopi panas yang saya hirup hampir tumpah. Saya nampak satu pasangan asyik buat seks di anak tangga pangsapuri bertentangan.
Lelaki itu berbogel dari kaki ke bawah dan perempuan itu pula kain baju kurungnya diangkat.
Ketika saya bercakap perkara ini dengan anak-anak saya, mereka tidak pun terkejut. Sebenarnya ia sentiasa berlaku dari dulu hingga sekarang di kawasan kejiranan kami.
Mengenang kembali kejadian terkenal di Bangsar South tidak lama dulu, apabila satu pasangan dirakam mengadakan hubungan seks di beranda di tengah-tengah cerah waktu siang, saya fikir insiden sebegini tidak begitu mengejutkan lagi, seperti yang kita fikir.
Saya pasti ramai daripada kita pernah lihat “wayang percuma” di taman-taman dan panggung wayang – saya rasa sesetengah orang tidak rasa malu buat seks oral di tempat awam.
Tidak hairanlah ramai orang sampai jatuh kerusi menonton rakaman lelaki telanjang memuaskan diri sendiri di depan boneka pakaian di pusat beli-belah.
Kejadian sebegini berlaku di seluruh dunia. Semakan rawak di Internet menemukan saya dengan pelbagai kes “menarik” berkaitan seks terbuka di seluruh dunia – dalam jamban, 7-Eleven, kedai permainan Toys “R” Us, dalam kapal terbang, kolam dan dalam perpustakaan (saya harap mereka tidak bising).
Sebenarnya, mengadakan hubungan seks di tempat awam adalah fantasi seksual ramai orang.
Ia membangkitkan kepuasan atas pelbagai sebab. Ada orang suka dilihat ketika “aksi itu”. Ada orang suka hanya dengan kemungkinan dilihat. Yang lain didorong oleh idea tertangkap. Sebahagian lagi hanya mahu melengkapkan senarai seks mereka.
Apa pun alasan diberikan, seks terbuka dilihat nakal dan salah. Tetapi itulah yang membuatkan pelakunya seronok. Ia sebenarnya berkaitan pemberontakan tersembunyi, seronok jika mereka dapat lari daripada sesuatu.
Kejujurannya, saya tidak fikir salah untuk berseronok sedikit-sedikit. Malah, setiap perhubungan perlukan kegiatan “seronok” untuk menceriakan keadaan, terutamanya apabila keadaan menjadi bosan. Bagaimanapun, mempunyai kehidupan seks yang menarik tidak bermakna boleh menjadi tidak bertamadun.
Ada banyak lagi cara untuk mencapai keseronokan seks tanpa buat perangai seperti si bebal yang tidak bertamadun.
Kamu boleh saja sesuaikan cermin-cermin dalam bilik tidur dan anggap pantulannya sebagai orang lain yang memerhatikan.
Kamu boleh saja rakam aksi seksual sendiri dan tonton bersama pasangnya sambil makan bertih jagung.
Kamu boleh saja tempah hotel dengan cermin gelap dan menikmati keasyikannya melihat orang asing lalu-lalang tanpa dilihat.
Atau kamu boleh tempah bilik peribadi dengan taman-taman, pantai atau kolam renang tertutup supaya kamu dan pasangan boleh menikmati seks secara bebas tanpa diperhatikan orang.
Ya, kesemua cadangan ini memerlukan wang ringgit, yang mungkin menjadi masalah bagi sesetengah pasangan.
Tetapi sekali lagi, jika kewangan kamu tidak stabil, mungkin kamu patut fikir bagaimana hendak raih lebih banyak duit untuk masa depan kamu dan pasangan, daripada membazir masa bergomol dengan pasangan untuk tayangan umum.
Bagi yang mahu mengamalkan seks terbuka atas alasan lebih menyeronokkan, mungkin lebih baik kamu tahu bahawa untuk kepuasan jasmani, badan kita perlu mengeluarkan hormon adrenalin dan dopamin.
Lebih menarik, badan kita juga boleh mengeluarkan adrenalin dan dopamin selepas berlari sebatu atau selepas dikejar anjing gila.
Untuk mencapai tahap ini, kata saintis, badan manusia tidak akan dapat membezakan antara takut atau keadaan terangsang.
Secara teknikalnya, daripada berdepan risiko tertangkap di tempat awam dengan kelakuan tidak senonoh, kenapa tidak biarkan anjing gila berkhidmat untuk kamu? Tiada risiko.
Terlintas juga di fikiran, ditangkap polis dan didakwa di mahkamah atas kegiatan tidak senonoh cuma boleh mencetuskan pengeluaran adrenalin dan dopamin.
Mungkin lain kali bila saya lihat “wayang percuma” daripada beranda, mungkin saya boleh tolong mereka dengan menelefon polis. Ini pun boleh puaskan mereka kan!
[Baca tulisan awal]
Tulisan ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini. | {
"qa": [
{
"question": "Di mana penulis melihat pasangan yang sedang berhubungan seks?",
"substring": "Ketika duduk di beranda pangsapuri saya di SS2, Petaling Jaya, minggu lalu"
},
{
"question": "Apakah reaksi anak-anak penulis terhadap kejadian tersebut?",
"substring": "Ketika saya bercakap perkara ini dengan anak-anak saya, mereka tidak pun terkejut."
},
{
"question": "Apakah fantasi seksual yang sering dikaitkan dengan seks terbuka?",
"substring": "Ia membangkitkan kepuasan atas pelbagai sebab. Ada orang suka dilihat ketika “aksi itu”."
},
{
"question": "Apakah cadangan penulis bagi pasangan yang ingin mencapai keseronokan seks tanpa melakukan seks terbuka?",
"substring": "Kamu boleh saja sesuaikan cermin-cermin dalam bilik tidur dan anggap pantulannya sebagai orang lain yang memerhatikan."
},
{
"question": "Apakah hormon yang dikeluarkan oleh badan manusia untuk mencapai kepuasan jasmani?",
"substring": "Untuk mencapai tahap ini, kata saintis, badan manusia tidak akan dapat membezakan antara takut atau keadaan terangsang."
}
]
} |
Tukang gunting di Jakarta, Indonesia dilaporkan terkejut apabila dimaklumkan lelaki yang selesai menggunting rambut di kedainya adalah ahli politik buruan dari Malaysia.
Lelaki dikenali sebagai Yudi yang berkhidmat di Alexandro Barber itu berkata dia pada mulanya tidak syak langsung ada perkara yang tidak kena dengan pelanggannya itu.
Malah, katanya, Datuk Seri Jamal Mohd Yunos bersikap bersahaja dan tidak menunjukkan sebarang kerisauan.
"Ketika dia (Jamal) masuk, saya tahu dia orang dari Malaysia berdasarkan tutur katanya yang mahu menggunting rambut, tetapi tidak tahu pula dia dikehendaki polis.
"Saya cuma tahu dia dikehendaki polis apabila sekumpulan lelaki berpakaian biasa menahannya di hadapan kedai sejurus selesai menggunting rambut," beliau dipetik sebagai berkata oleh BH Online.
Jamal, pemimpin gerakan Baju Merah dan bekas pemimpin akar umbi Umno itu ditangkap polis Indinesia petang semalam dan akan dihantar pulang ke negara ini.
Jamal, 48, sebelum ini melarikan diri dari sebuah hospital di Ampang selepas didakwa melakukan mudarat awam dengan memecahkan sejumlah botol arak, tahun lalu.
Jamal mendakwa berlaku salah faham berhubung proses ikat jaminnya di hospital.
Polis mengeluarkan waran tangkap mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan kerana melarikan diri daripada tahanan yang sah. | {
"qa": [
{
"question": "Siapakah lelaki yang selesai menggunting rambut di kedai tukang gunting di Jakarta?",
"substring": "Lelaki dikenali sebagai Yudi yang berkhidmat di Alexandro Barber"
},
{
"question": "Bagaimana reaksi tukang gunting apabila mengetahui pelanggannya adalah ahli politik buruan dari Malaysia?",
"substring": "Tukang gunting di Jakarta, Indonesia dilaporkan terkejut"
},
{
"question": "Siapakah Datuk Seri Jamal Mohd Yunos?",
"substring": "Datuk Seri Jamal Mohd Yunos bersikap bersahaja dan tidak menunjukkan sebarang kerisauan."
},
{
"question": "Apakah kesalahan yang dilakukan oleh Jamal sebelum ini?",
"substring": "Jamal, pemimpin gerakan Baju Merah dan bekas pemimpin akar umbi Umno itu ditangkap polis Indinesia petang semalam dan akan dihantar pulang ke negara ini."
},
{
"question": "Mengikut Seksyen berapa Kanun Keseksaan, polis mengeluarkan waran tangkap terhadap Jamal?",
"substring": "Polis mengeluarkan waran tangkap mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan kerana melarikan diri daripada tahanan yang sah."
}
]
} |
“KASIHAN atuk, susah payah kumpul wang untuk beli baju sekolah saya, hari ini semua kelengkapan itu hangus,” kata Ilham Iskandar Mohd Khairul, 9, selepas rumah datuknya musnah dalam kebakaran di Kampung Kuala Abang, Dungun, hari ini.
Dalam kebakaran 4.20 petang itu, rumah yang disewa Hanifah Abdullah, 64, hangus menyebabkan dia, isteri dan cucunya itu tinggal sehelai sepinggang.
Ilham berkata, ketika kejadian, dia bersama datuk serta neneknya, Habsah Ibrahim, 59, berada di Paka untuk mengutip tayar terpakai.
“Atuk dan nenek kutip tayar buruk untuk dijual kepada pekebun dan ketika berada di Paka... atuk menerima panggilan rumah kami terbakar.
“Dalam perjalanan pulang, sampai di Bandar Dungun, van atuk pula rosak sebelum penduduk kampung datang ambil kami di situ,” katanya.
Ilham berkata, setibanya di rumah dia sangat sedih melihat rumah sewa mereka terbakar sepenuhnya.
“Kelmarin, atuk habis RM300 beli baju, seluar, kasut, buku dan beg sekolah saya, namun semuanya hangus dalam kebakaran ini,” katanya.
Sementara itu, Hanifah berkata, dia menyewa rumah itu pada kadar RM200 sebulan.
Katanya, selepas kejadian mereka menumpang di rumah tuan rumah itu yang bersimpati dengan nasib mereka.
“Saya menjaga Ilham selepas ibu dan bapanya berpisah dan kini saya harus berusaha mencari wang untuk membeli kelengkapan sekolahnya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Saifuddin Mohamad berkata, pihak bomba menerima panggilan mengenai kejadian jam 4.25 petang.
Beliau berkata, susulan itu, 10 anggota dengan sebuah jentera dikejarkan ke lokasi.
Katanya, sebaik tiba, api marak membakar keseluruhan rumah papan terbabit.
Menurutnya, api dapat dikawal daripada merebak ke rumah bersebelahan tidak lama kemudian.
“Ketika kejadian, penghuni rumah terbabit tiada di rumah dan punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya. | {
"qa": [
{
"question": "Siapakah yang mengalami kerugian dalam kebakaran tersebut?",
"substring": "rumah yang disewa Hanifah Abdullah, 64, hangus menyebabkan dia, isteri dan cucunya itu tinggal sehelai sepinggang."
},
{
"question": "Berapa umur Ilham Iskandar Mohd Khairul?",
"substring": "Ilham Iskandar Mohd Khairul, 9,"
},
{
"question": "Di mana ketika kejadian?",
"substring": "ketika kejadian, dia bersama datuk serta neneknya, Habsah Ibrahim, 59, berada di Paka untuk mengutip tayar terpakai."
},
{
"question": "Berapa kadar sewa rumah yang disewa oleh Hanifah Abdullah?",
"substring": "Hanifah berkata, dia menyewa rumah itu pada kadar RM200 sebulan."
},
{
"question": "Siapakah yang harus mencari wang untuk membeli kelengkapan sekolah Ilham?",
"substring": "Hanifah berkata, selepas kejadian mereka menumpang di rumah tuan rumah itu yang bersimpati dengan nasib mereka.\n\n“Saya menjaga Ilham selepas ibu dan bapanya berpisah dan kini saya harus berusaha mencari wang untuk membeli kelengkapan sekolahnya,” katanya."
}
]
} |
Susulan pelaksanaan undang-undang syariah (hudud) di Brunei, PAS mengajak umat Islam agar tidak mengkritik keputusan kerajaan negara itu.
Anggota parlimen Kuala Terengganu Ahmad Amzad Hashim berkata, masyarakat Islam antarabangsa khususnya Malaysia perlu menyokong usaha untuk melaksanakan hukum Allah itu.
"Kita mendoakan agar lima tahun tempoh persediaan yang dibuat akan menatijahkan perlaksanaan yang baik dan menjamin keadilan.
"Marilah kita bersikap dengan sikap muslim yang sebenar iaitu dengan wajib percaya akan keperluan dan keindahan pelaksanaan undang-undang syariah tersebut.
"Tidak sewajarnya kita orang Islam pula memberikan kritikan yang menghina undang-undang syariah ini," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Terdahulu media melaporkan, hukuman hudud melibatkan rejam sampai mati untuk zina dan seks sejenis di Brunei akan bermula 3 April iaitu Rabu depan, kata pihak berkuasa negara itu.
Hukuman itu hanya akan dikenakan kepada mereka yang beragama Islam, mengikut undang-undang syariah yang digubal empat tahun lalu tetapi ditangguh pelaksanaannya, menurut laporan agensi berita AFP.
Semalam, badan hak asasi Amnesty International menggesa negara itu "segera menghentikan" pelaksanaan hukuman baru itu dengan menyifatkannya sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Sementara itu, Ahmad Amzad berkata pada 22 Oktober 2013, kerajaan Brunei mewartakan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013 (PKHJS 2013) untuk melaksanakan hukuman hudud dan qisas di negara itu.
Katanya, sejak Mei 2014, undang-undang itu dilaksanakan secara berperingkat, bermula dengan kesalahan-kesalahan ta’zir.
"Sebagai contoh, umat Islam yang melakukan kesalahan hamil luar nikah, tidak solat Jumaat dan mempromosikan kepercayaan lain selain Islam, boleh dikenakan denda atau penjara jika disabit bersalah.
"Dalam tempoh tersebut, peruntukan-peruntukan undang-undang yang sedia ada termasuk kanun keseksaan telah berjalan seperti biasa dan kes-kes itu dibicarakan oleh Mahkamah Sivil. Hal ini kerana kerja-kerja mengemaskini undang-undang berkaitan seperti tatacara jenayah, undang-undang keterangan dan lain-lain masih belum selesai," katanya.
Beliau turut memuji langkah berani Brunei yang konsisten dan tegas mahu melaksanakan undang-undang syariah meskipun mendapat tentangan yang kuat daripada pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa. | {
"qa": [
{
"question": "Siapakah yang mengajak umat Islam agar tidak mengkritik keputusan kerajaan Brunei?",
"substring": "Anggota parlimen Kuala Terengganu Ahmad Amzad Hashim"
},
{
"question": "Apakah yang perlu dilakukan oleh masyarakat Islam antarabangsa khususnya Malaysia?",
"substring": "menyokong usaha untuk melaksanakan hukum Allah itu"
},
{
"question": "Apakah hukuman hudud yang akan dilaksanakan di Brunei?",
"substring": "rejam sampai mati untuk zina dan seks sejenis"
},
{
"question": "Siapakah yang akan dikenakan hukuman hudud?",
"substring": "hanya akan dikenakan kepada mereka yang beragama Islam"
},
{
"question": "Apakah yang dikatakan oleh badan hak asasi Amnesty International tentang pelaksanaan hukuman hudud di Brunei?",
"substring": "\"segera menghentikan\" pelaksanaan hukuman baru itu dengan menyifatkannya sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan"
}
]
} |
Suatu ketika dulu, nama Zarol Zarif pernah dikaitkan dengan kontroversi membabitkan masalah rumah tangga pelawak Along Cham dengan penyanyi Zila Seeron.
Sewaktu kontroversi terbabit timbul, Zarol menyertai Akademi Fantasia (AF) 2016 sebelum tersingkir pada konsert separuh akhir program realiti itu.
Biarpun khabar angin kurang enak itu mencalarkan imejnya, anak kelahiran Johor ini mengakui ia sedikit sebanyak membantu menaikkan namanya.
“Kes itu sudah senyap sekarang, namun tidak menafikan khabar angin terbabit mempopularkan nama saya.
“Sejak kejadian itu, saya mengelak berduet dengan wanita sudah berumah tangga di Smule agar isu sama tidak timbul,” katanya.
Selepas tamat AF2016, Zarol memberitahu sudah jarang menyanyi di aplikasi karaoke Smule kerana sibuk dengan karier seninya.
“Dulu sebelum menyertai AF, saya aktif di Smule sampai nyanyi sehingga empat lagu sehari.
“Sekarang, dalam sebulan dua atau tiga kali saja, itu pun saya kerap mendapat permintaan daripada peminat untuk kembali aktif seperti dulu,” katanya.
Bercerita mengenai kerjaya nyanyiannya, Zarol berkata, dia belum merancang mengeluarkan single ketiga dan masih mempromosikan lagu Bidadari yang dilancarkan September lalu.
“Single pertama, Kehilangan diperkenalkan sewatu di AF, namun lagu itu tidak berjaya mungkin sebab kurang promosi.
“Namun, saya tidak berputus asa dan mengeluarkan Bidadari selepas bernaung di bawah syarikat pengurusan DR Irma Entertainment.
“Alhamdulillah, single itu diterima baik pendengar dan video muzik bakal menyusul di YouTube tidak lama lagi,” katanya.
Cari idea untuk tular
Entah di mana silapnya, Zarol masih sukar menempa nama dalam industri muzik tanah air.
Melihat beberapa artis berjaya popular kerana tular di media sosial, penyanyi itu menyatakan hasrat untuk mengikut jejak langkah mereka.
“Saya perlu fikirkan sesuatu untuk tular di media sosial supaya orang dapat mengenali saya.
“Cara itu didapati berkesan berdasarkan pencapaian beberapa artis dan menggunakan strategi sedemikian untuk menjadi terkenal,” katanya.
Bagaimanapun, Zarol berkata, dia mahu mencetuskan isu tular yang positif dan bukan mensia-siakan sehingga menjadi kecaman netizen.
Selain menyanyi, Zarol turut melebarkan sayapnya menceburi bidang baru dengan menguruskan portal MakanMana.TV yang disiarkan menerusi Facebook.
“Portal melawat dan mengulas hidangan di kedai makanan sekitar Johor Bahru dikendalikan bersama sepupu.
“Seronok juga membuat program ini kerana dibuat secara santai dan pada masa sama memperkenalkan tempat menjamu selera menarik kepada penonton,” katanya. | {
"qa": [
{
"question": "Apakah kontroversi yang pernah dikaitkan dengan nama Zarol Zarif?",
"substring": "Suatu ketika dulu, nama Zarol Zarif pernah dikaitkan dengan kontroversi membabitkan masalah rumah tangga pelawak Along Cham dengan penyanyi Zila Seeron."
},
{
"question": "Apakah yang dilakukan Zarol setelah kontroversi tersebut?",
"substring": "Sejak kejadian itu, saya mengelak berduet dengan wanita sudah berumah tangga di Smule agar isu sama tidak timbul,” katanya."
},
{
"question": "Apakah yang dilakukan Zarol selepas tamat AF2016?",
"substring": "Selepas tamat AF2016, Zarol memberitahu sudah jarang menyanyi di aplikasi karaoke Smule kerana sibuk dengan karier seninya."
},
{
"question": "Apakah single terbaru Zarol dan bagaimana penerimaannya?",
"substring": "Alhamdulillah, single itu diterima baik pendengar dan video muzik bakal menyusul di YouTube tidak lama lagi,” katanya."
},
{
"question": "Apakah bidang baru yang diceburi oleh Zarol?",
"substring": "Selain menyanyi, Zarol turut melebarkan sayapnya menceburi bidang baru dengan menguruskan portal MakanMana.TV yang disiarkan menerusi Facebook."
}
]
} |
Kuala Lumpur: Rata-rata penduduk di Semenyih kesal apabila terus dibelenggu dengan gangguan bekalan air akibat pencemaran bau di Sungai Semenyih yang didakwa menjadi punca berlakunya gangguan berkenaan.
Penduduk yang juga pesara kerajaan, Jauhari Abdul Aziz,64, berkata, sejak kebelakangan ini penduduk kerap menghadapi gangguan bekalan air selain catuan air di daerah ini.
"Macam mana mahu hidup, susahlah kalau keadaan begini berpanjangan. Sudahlah penduduk tidak dimaklumkan mengenai notis pemberitahuan berhubung gangguan bekalan air ini dan tiba-tiba tidak ada air.
"Jadi, ia akan mengundang kemarahan penduduk yang rata-ratanya sukar untuk melakukan aktiviti harian," katanya ketika ditemui Harian Metro, di sini, petang tadi.
Katanya, pihaknya dimaklumkan mengenai sebuah kilang kitar semula minyak enjin kenderaan yang ditutup didakwa punca berlakunya pencemaran sehingga menyebabkan loji rawatan air Semenyih ditutup.
"Kita pun tak pasti adakah kilang berkenaan (yang menyebabkan pencemaran) kerana di sepanjang Sungai Semenyih terdapat banyak kilang sama ada berlesen atau tidak. Jadi, mungkin ada banyak kilang lain yang beroperasi tanpa lesen.
"Sebelum ini pun, penduduk di sini kerap terhidu dengan bau busuk kerana ada kilang membuang sampah yang kini sudah pun ditutup malah lori sampah juga sudah tidak dibenarkan melalui kawasan di sini tetapi bau busuk itu masih ada," katanya.
Surirumah, Norsiah Majid, 60, berkata, bekalan air di Semenyih tidak konsisten sehingga menyukarkan dia dan keluarga melakukan aktiviti harian.
"Pernah dalam seminggu dua hari tidak ada air, esok ada tetapi kemudiannya tidak ada. Jadi, menyukarkan untuk saya memasak, melakukan kerja rumah dan sebagainya.
"Hari ini ada tapi air hanya sedikit. Kami juga kerap menghidu bau busuk, tidak pasti dari mana datangnya bau berkenaan kadang dalam seminggu tiga hari kami akan menghidu bau berkenaan," katanya.
Sementara itu, Norlailah Majid, 50, gangguan bekalan air itu menyukarkan anak-anaknya untuk bersekolah serta menjalankan aktiviti harian sehingga menyebabkan dia terpaksa mengangkut bekalan air dari sungai berhampiran rumahnya.
"Anak-anak bangun pagi untuk ke sekolah tiba-tiba tiada air. Keadaan itu menyukarkan mereka terutama untuk mandi.
"Saya juga susah untuk memasak, basuh pinggan, basuh baju sebagainya," katanya.
Katanya, dia terpaksa tampung air hujan selain mengangkut air dari sungai berdekatan rumahnya.
"Air yang ada juga berwarna kuning dan berkarat. Kalau basuh baju anak-anak nampak perbezaan warna itu selain berbau. Takut juga mahu menggunakan air itu untuk minum selain terpaksa membeli air mineral di luar," katanya.
Semalam, sebuah kilang kitar semula minyak enjin kenderaan ditutup serta merta didakwa menjadi punca berlakunya pencemaran bau di Semenyih.
Pencemaran itu juga menyebabkan loji rawatan air Semenyih ditutup mengakibatkan lebih 200 kawasan di daerah Hulu Langat, Kuala Langat, Petaling dan Sepang mengalami gangguan bekalan air.
Tinjauan Harian Metro di premis itu turut mendapati ia sudah tidak beroperasi dan pihak berkaitan sedang giat menjalankan kerja-kerja mengangkut barangan yang disita selepas ia turut didapati menjalankan operasi tanpa lesen.
Bagaimanapun, loji rawatan air Sungai Semenyih kembali beroperasi, hari ini.
Menurut Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), proses penyaluran bekalan air ke kolam takungan sedang berlangsung dan dijangka mencapai tahap optimum pada 4 petang tadi.
Syabas menasihatkan pengguna untuk mendapatkan jadual pemulihan dan status terkini di www.syabas.com.my atau menerusi aplikasi mySyabas di Google Play Store atau Apple App store. | {
"qa": [
{
"question": "Apakah punca gangguan bekalan air di Semenyih?",
"substring": "pencemaran bau di Sungai Semenyih yang didakwa menjadi punca berlakunya gangguan berkenaan."
},
{
"question": "Siapakah yang mengalami gangguan bekalan air di daerah Semenyih?",
"substring": "lebih 200 kawasan di daerah Hulu Langat, Kuala Langat, Petaling dan Sepang mengalami gangguan bekalan air."
},
{
"question": "Bagaimana penduduk di Semenyih menghadapi gangguan bekalan air?",
"substring": "penduduk kerap menghadapi gangguan bekalan air selain catuan air di daerah ini."
},
{
"question": "Apakah tindakan yang diambil terhadap kilang kitar semula minyak enjin kenderaan yang didakwa menjadi punca pencemaran?",
"substring": "Semalam, sebuah kilang kitar semula minyak enjin kenderaan ditutup serta merta didakwa menjadi punca berlakunya pencemaran bau di Semenyih."
},
{
"question": "Bagaimana penduduk di Semenyih mengatasi kekurangan bekalan air?",
"substring": "dia terpaksa tampung air hujan selain mengangkut air dari sungai berdekatan rumahnya."
}
]
} |
Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador menyifatkan cadangan kerajaan untuk menaikkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda maksimum RM150,000 dalam kes melibatkan pemandu mabuk adalah memadai.
Beliau berkata pihaknya pernah mencadangkan agar hukuman penjara mandatori dikenakan terhadap kelompok berkenaan bagi mengurangkan kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk di negara ini.
"Sekiranya Parlimen meluluskan pindaan ke atas Akta Pengangkutan Jalan 1987 itu yang membabitkan peningkatan jumlah denda dan tempoh hukuman penjara, saya amat mengalu-alukan,” katanya kepada Bernama selepas majlis penyerahan sumbangan kasut oleh Syarikat Bata Primavera Sdn Bhd, di Bukit Aman hari ini.
Media sebelum ini melaporkan Menteri Pengangkutan Dr Wee Ka Siong sebagai berkata kerajaan akan mengusulkan agar pemandu mabuk dikenakan hukuman lebih berat iaitu penjara maksimum 20 tahun dan denda sehingga RM150,000 menerusi pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Wee berkata pindaan juga mencadangkan mereka yang disabitkan kesalahan boleh digantung lesen memandu sehingga 20 tahun.
Pindaan akta itu dijadualkan dibentang pada persidangan Parlimen yang sedang berlangsung.
Terdahulu pada majlis berkenaan, Polis Diraja Malaysia menerima 60,000 pasang kasut dianggar bernilai RM3.6 juta daripada syarikat berkenaan.
Mengulas sumbangan itu, Abdul Hamid berkata kasut terbabit akan diagihkan kepada warga polis dan ahli keluarga mereka sebagai penghargaan kepada mereka yang bertugas memerangi penularan pandemik Covid-19.
Pihak Bata juga memaklumkan warga polis akan menikmati potongan sebanyak 20 peratus bagi sebarang pembelian kasut jenamanya di semua kedai syarikat itu di seluruh negara, katanya.
-Bernama | {
"qa": [
{
"question": "Siapakah yang menyifatkan cadangan kerajaan untuk menaikkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda maksimum RM150,000 dalam kes melibatkan pemandu mabuk adalah memadai?",
"substring": "Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador"
},
{
"question": "Apakah cadangan yang pernah dicadangkan oleh pihak polis untuk mengurangkan kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk?",
"substring": "mencadangkan agar hukuman penjara mandatori dikenakan terhadap kelompok berkenaan"
},
{
"question": "Siapakah yang mengusulkan agar pemandu mabuk dikenakan hukuman lebih berat iaitu penjara maksimum 20 tahun dan denda sehingga RM150,000 menerusi pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987?",
"substring": "Menteri Pengangkutan Dr Wee Ka Siong"
},
{
"question": "Apakah yang dicadangkan dalam pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987?",
"substring": "penjara maksimum 20 tahun dan denda sehingga RM150,000"
},
{
"question": "Siapakah yang memberikan sumbangan kasut bernilai RM3.6 juta kepada Polis Diraja Malaysia?",
"substring": "Syarikat Bata Primavera Sdn Bhd"
}
]
} |
ULASAN | Mutakhir ini, terdapat banyak pihak melontarkan pandangan kritikal dan sinis terhadap institusi Raja-raja di negara ini, khususnya menerusi media sosial.
Antara yang popular ialah aktivis Fadiah Nadwa Fikri yang menulis artikel 'Jangan Engkau Cium Tangan yang Memukulmu' yang telah pun mengundang pelbagai reaksi tidak berapa lama dahulu.
Dalam tulisan itu Fadiah berkata:
"Satu kesimpulan jelas: bukan sahaja monarki anti demokrasi, malah ia serangan langsung ke atas martabat kita sebagai manusia. Tatkala penyokong peninggalan kuno ini menghujahkan bahawa monarki sebagaimana wujudnya pada hari ini hanyalah perhiasaan perlembagaan yang neutral, realiti menunjukkan sebaliknya. Kita harus melihat melampaui apa yang tertulis di dalam Perlembagaan untuk memahami politik yang diamalkan institusi ini, kepentingan siapa yang ia wakili, dan di pihak mana ia berada."
Lazimnya, pengkritik sebegini sering menjadikan keluarga diraja Johor sebagai contoh menjustifikasikan rasa tidak bersetujunya dengan institusi Raja-raja. Tidak pula disebut keluarga diraja dari negeri-negeri Melayu lain di Malaysia.
Raja-raja meraikan demokrasi
Benar, tiada satu sistem pun yang sempurna dalam mengurus tadbir pemerintahan, namun sehingga hari ini sistem monarki berperlembagaan dan demokrasi berparlimen adalah yang terbaik untuk negara.
Di Malaysia, kuasa Raja-raja diikat dengan Perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri, yang mana setiap Raja hendaklah bertindak setakat mana yang dibenarkan undang-undang. Tiada sesiapa pun boleh mengatasi undang-undang yang tertulis.
Jika benar monarki itu anti-demokrasi, bagaimana mungkin rakyat boleh memilih Pakatan Harapan membentuk kerajaan bagi menggantikan Barisan Nasional. Raja-raja meraikannya dan melantik perdana menteri daripada Pakatan Harapan.
Politik yang diamalkan oleh monarki di Malaysia adalah politik membela agama Islam, orang Melayu dan menjaga kepentingan sah kaum lain. Semuanya disebut dalam Perlembagaan dan udang-undang tubuh negeri.
Negara maju ada raja
Pada penulis tiada salahnya dengan monarki. Banyak negara lain membuktikan monarki memartabatkan kebebasan rakyatnya diselangi dengan kemakmuran dan keadilan sosial.
Lihat sahaja Belanda, Belgium, Sweden, Norway, Denmark, Sepanyol, Jepun dan Qatar. Negara-negara berkenaan cukup maju meliputi hampir semua aspek, di mana ketua negaranya adalah Raja.
Sewajarnya, rakyat negara ini perlu tahu, bukan sahaja secara literal tetapi mendalami sebab-musababnya yang tersirat mengapa wujud Raja-raja di Malaysia.
Jika pengkritik menggunakan hujah nilai kebebasan untuk rakyat, percayalah rakyat Malaysia yang marhaen jauh lebih bebas daripada batang tubuh yang menjadi Raja-raja.
Contoh mudah, rakyat bebas berkunjung ke pusat beli-belah dan membawa keluarga berjalan-jalan. Malah hendak duduk mencangkung sambil menikmati durian pun tiada masalah.
Penulis tidak fikir Raja-raja di negara ini mampu berbuat seperti rakyat di bawah. Itulah harga yang terpaksa dibayar Raja-raja. Tiada kebebasan mandiri seperti rakyat kerana terlalu terikat dengan protokol dan peraturan istana.
Keistimewaan dan beban tanggungjawab
Pengkritik juga mempersoalkan mengapa golongan Raja-raja yang darahnya merah mempunyai keistimewaan berbanding rakyat yang darahnya juga berwarna merah.
Bagi penulis, Raja-raja mempunyai beban tanggungjawab yang jauh lebih berat berbanding keistimewaan dan kemuliaan yang dinikmati.
Apa hebatnya hak istimewa jika terpaksa menanggung dosa satu negeri dan setiap rakyatnya? Apa bagusnya hak istimewa jika hendak memeluk kawan sepermainan pun ditegah pembesar istana? Apa bagusnya hak istimewa jika makan roti canai di kedai mamak sambil memakai baju pagoda pun akan diumpat sekalian rakyat jelata?
Sedangkan rakyat yang darahnya merah, semerah darah Raja-raja dan dipaksakan patuh itu pula bebas menikmati kemakmuran negeri yang diperintah Raja-raja, yang mana langsung tidak menikmati kebebasan seperti rakyatnya sendiri.
Pada penulis, setiap manusia dilahirkan berbeza-beza, sama ada mengikut jantina, kaum, warna kulit, darjat, agama dan kerakyatan.
Ini supaya kita boleh saling belajar dan berkenalan. Pada akhirnya, Allah SWT juga yang menghakimi kedudukan kita sebenar-benarnya. Wallahualam.
SENDUKSIKU KELUANG sedang giat menyelidik kearifan tempatan berkaitan mistik, tulah, kuasa dan daulat Raja-raja dan pembesar-pembesar memerintah.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini. | {
"qa": [
{
"question": "Siapakah aktivis yang menulis artikel 'Jangan Engkau Cium Tangan yang Memukulmu'?",
"substring": "Antara yang popular ialah aktivis Fadiah Nadwa Fikri yang menulis artikel 'Jangan Engkau Cium Tangan yang Memukulmu'"
},
{
"question": "Apakah kesimpulan yang dinyatakan oleh Fadiah dalam tulisannya?",
"substring": "Satu kesimpulan jelas: bukan sahaja monarki anti demokrasi, malah ia serangan langsung ke atas martabat kita sebagai manusia."
},
{
"question": "Negara-negara manakah yang menjadi contoh bahawa monarki memartabatkan kebebasan rakyatnya?",
"substring": "Lihat sahaja Belanda, Belgium, Sweden, Norway, Denmark, Sepanyol, Jepun dan Qatar."
},
{
"question": "Apakah politik yang diamalkan oleh monarki di Malaysia?",
"substring": "Politik yang diamalkan oleh monarki di Malaysia adalah politik membela agama Islam, orang Melayu dan menjaga kepentingan sah kaum lain."
},
{
"question": "Apakah beban tanggungjawab yang dimiliki oleh Raja-raja?",
"substring": "Bagi penulis, Raja-raja mempunyai beban tanggungjawab yang jauh lebih berat berbanding keistimewaan dan kemuliaan yang dinikmati."
}
]
} |
ALOR SETAR: Kementerian Kesihatan akan mengambil langkah yang lebih sistematik untuk mengatasi masalah kekurangan doktor pakar terutama di kawasan pedalaman.
Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, sehingga kini hanya terdapat 5,098 doktor pakar kerajaan yang majoritinya bertugas di kawasan bandar.
“Masalah ini tidak boleh diselesaikan sekelip mata, kita perlu perancangan yang lebih rapi dan sistematik untuk menambah bilangan mereka, jenis kepakaran dan menghantar mereka bertugas di kawasan pedalaman atau kampung.
“Pada masa yang sama, kita mahu menggantikan doktor pakar warga asing yang berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan dengan doktor pakar tempatan biarpun bilangan mereka tidak ramai iaitu hanya kira-kira 10 orang saja,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Makan Malam anjuran Persatuan Doktor Perubatan Swasta (PMPS) Kedah/Perlis di sebuah hotel di sini, malam tadi.
Mengulas lanjut, Dr Lee berkata antara langkah yang diambil kerajaan untuk mengatasi masalah itu adalah dengan memberi peluang kepada 1,000 doktor untuk melanjutkan pelajaran peringkat ijazah sarjana dalam bidang berkaitan di Universiti Awam (UA) setiap tahun.
Bagaimanapun, pihaknya turut mengalu-alukan pembabitan doktor pakar swasta bagi memberi rawatan secara sukarela di kawasan pedalaman selepas beliau difahamkan PMPS giat melakukan kerja sukarelawan di kawasan pedalaman Sabah, Sarawak dan Pahang.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata pihak kementerian memberi amaran kepada pengusaha restoran 24 jam yang menggunakan pekerja asing supaya mengutamakan kebersihan bagi mengelak berlakunya kejadian keracunan makanan.
Katanya, Kementerian Kesihatan akan meningkatkan pemantauan terhadap premis terbabit supaya mereka mematuhi cara pengendalian makanan dan penyelenggaraan persekitaran yang baik lagi bersih.
“Restoran seperti ini juga berisiko, petugas dan tukang masak mesti bebas daripada penyakit berjangkit, sekiranya mereka gagal mematuhi peraturan mengikut Akta Makanan, mereka boleh diambil tindakan.
“Kita perlu mengambil iktibar daripada kes keracunan makanan yang dialami 85 mangsa termasuk dua maut dipercayai akibat memakan laksa dari sebuah kedai di Baling, Kedah,” katanya. | {
"qa": [
{
"question": "Berapa jumlah doktor pakar kerajaan yang terdapat sehingga kini?",
"substring": "sehingga kini hanya terdapat 5,098 doktor pakar kerajaan"
},
{
"question": "Apakah langkah yang diambil kerajaan untuk menambah bilangan doktor pakar?",
"substring": "memberi peluang kepada 1,000 doktor untuk melanjutkan pelajaran peringkat ijazah sarjana dalam bidang berkaitan di Universiti Awam (UA) setiap tahun"
},
{
"question": "Berapa bilangan doktor pakar tempatan yang akan menggantikan doktor pakar warga asing?",
"substring": "hanya kira-kira 10 orang saja"
},
{
"question": "Apakah tindakan yang akan diambil oleh Kementerian Kesihatan terhadap pengusaha restoran 24 jam yang menggunakan pekerja asing?",
"substring": "meningkatkan pemantauan terhadap premis terbabit supaya mereka mematuhi cara pengendalian makanan dan penyelenggaraan persekitaran yang baik lagi bersih"
},
{
"question": "Apakah yang dilakukan oleh Persatuan Doktor Perubatan Swasta (PMPS) Kedah/Perlis di kawasan pedalaman?",
"substring": "giat melakukan kerja sukarelawan di kawasan pedalaman Sabah, Sarawak dan Pahang"
}
]
} |
Ahad yang indah buat anda semua harapnya, semoga semua pembaca kolum Muahciked dalam Selebriti Metro Ahad ini ceria dan gembira selalu. Kepada yang tengah marah tu, harap dapat berubah gembira selepas membaca coretan adik.
Apapun, adik rasa banyak isu hangat diperkatakan dalam akhbar dan media sosial sejak kebelakangan ini. Antaranya isu membabitkan dakwaan penipuan syarikat pajakan kenderaan yang berlaku terhadap lebih 1,500 kereta.
Isu ini mendapat perhatian ramai tetapi bukan ini yang mahu adik ulas kerana ia bukan bidang adik. Terus terang, adik tidak mahir isu berkaitan perjanjian sewa beli atau pajakan kereta.
Cuma apa yang adik ingin kongsikan dalam penulisan minggu ini adalah isu membabitkan penipuan dalam perniagaan. Sebenarnya, kita sudah lali dengan situasi penipuan dalam perniagaan. Secara sedar atau tidak, kebanyakan kita selalu tertipu ketika urusan berjual beli.
Tak kiralah sama ada membeli produk atau menggunakan sesuatu perkhidmatan. Penipuan dalam perniagaan tidak mengenal masa dan tempat.
Begitu juga penipuan dalam talian yang adik dapati sekarang amat berleluasa. Kasihan kita selaku pembeli.
Tidak dinafikan peniaga mempunyai banyak cara untuk menarik perhatian pembeli yang juga bertindak sebagai pengguna.
Antara cara yang sering digunakan ialah dengan membuat promosi potongan harga yang tinggi hingga mencecah 80 peratus. Ada juga yang meletakkan potongan harga sebanyak 70 peratus termasuk ganjaran sampingan seperti beli satu percuma satu dan banyak lagi.
Apapun, ini ingatan adik supaya jangan mudah tertipu kerana kadang-kadang apa yang ditulis sebagai potongan itu adalah harga yang sebenar.
Namun, peniaga yang menipu dalam menyediakan perkhidmatan pula lebih licik. Ini berdasarkan pengalaman sendiri apabila kereta adik rosak.
Ketika itu adik kesuntukan masa, apatah lagi untuk meninggalkan kereta di bengkel. Jadi, ia memberi ruang kepada peniaga kedai servis kereta itu mengambil kesempatan dengan mengenakan harga tinggi termasuk cuba menukar alat ganti yang tidak sepatutnya.
Adik pula memang langsung tidak tahu mengenai alat ganti kereta. Oleh itu, adik terpaksalah hadap saja.
Apapun, pada pendapat adik, antara faktor utama seseorang itu dapat memperoleh kejayaan dalam perniagaan adalah jujur. Sikap jujur perlu ada dalam diri peniaga terutama ketika memberi penjelasan tertentu kepada pelanggan.
Menjadi peniaga yang jujur lebih senang sebenarnya daripada memilih untuk menjadi peniaga yang menipu. Tak perlu bersusah-susah nak hafal skrip atau berlakon, ‘kan? Apapun, silakan tepuk dada dan tanya selera.
Penipuan dalam perniagaan berlaku apabila peniaga nampak wujudnya peluang untuk mengambil kesempatan terhadap pelanggan. Sebagai pelanggan pula, jangan dengan mudah kita menunjukkan muka terdesak atau betul-betul menginginkan sesuatu barangan itu.
Dalam soal ini, pelanggan perlu sentiasa berjaga-jaga pada setiap keputusan sebelum menerima tawaran yang dibuat oleh peniaga.
Bukan bersangka buruk terhadap mereka selaku peniaga tetapi ia sekadar untuk berwaspada. Umpama pepatah sediakan payung sebelum hujan. Nanti kalau dah hujan, habis basah baju raya kita. Betul tak?
Kalau nampak pula tawaran yang luar biasa, cuba fikirkan sebaik-baiknya dahulu. Jangan terus beli walaupun di pusat belah-belah atau dalam talian.
Setiap perniagaan memang memerlukan pelanggan. Ini kerana pelanggan adalah aset penting dalam memastikan perniagaan diusahakan itu mampu terus maju dan berkembang dengan baik.
Biasalah, kalau pelanggan tidak sanggup keluar duit untuk membeli macam mana pula nak terus berniaga? Jadi, dalam soal ini kita cuma perlu memberikan hak mereka sebagai peniaga mengikut perjanjian yang ditetapkan.
Rasa adik, kalau nak dibincangkan lebih lanjut mengenai topik ini memamg banyak cerita boleh kita kongsikan bersama.
Contohnya, tip untuk mengelakkan penipuan, jenis penipuan dalam talian dan banyak lagi hingga boleh penuh satu suratkhabar.
Apapun, akhir sekali, adik hendak beritahu semua pembaca mengenai peraduan Drama Lirik Hot yang memberi peluang kepada anda untuk menang hadiah RM500.
Untuk jumlah wang terkumpul pula, anda boleh teka tajuk lagu dan nama penyanyi dalam sketsa pendek yang dilakonkan oleh adik, Redza Rosli, Mira Filzah dan Hafiz Roshdi.
Bagi maklumat ini, adik jamin sangat tepat dan betul! Tak tipu. Justeru, tahniah adik ucapkan kepada pemenang minggu pertama nanti!
Ingat, jangan lupa untuk selalu luangkan masa menunggu isyarat panggilan seterusnya daripada penyampai radio Hot FM, ya!
#KakiPusing | {
"qa": [
{
"question": "Apa isu yang sedang hangat diperkatakan dalam akhbar dan media sosial?",
"substring": "Antaranya isu membabitkan dakwaan penipuan syarikat pajakan kenderaan yang berlaku terhadap lebih 1,500 kereta."
},
{
"question": "Apakah yang ingin disampaikan penulis dalam penulisan minggu ini?",
"substring": "Cuma apa yang adik ingin kongsikan dalam penulisan minggu ini adalah isu membabitkan penipuan dalam perniagaan."
},
{
"question": "Apakah faktor utama seseorang dapat memperoleh kejayaan dalam perniagaan menurut penulis?",
"substring": "Pada pendapat adik, antara faktor utama seseorang itu dapat memperoleh kejayaan dalam perniagaan adalah jujur."
},
{
"question": "Apakah yang harus dilakukan oleh pelanggan untuk mengelakkan penipuan dalam perniagaan?",
"substring": "Dalam soal ini, pelanggan perlu sentiasa berjaga-jaga pada setiap keputusan sebelum menerima tawaran yang dibuat oleh peniaga."
},
{
"question": "Apakah peraduan yang disampaikan oleh penulis dalam penulisan ini?",
"substring": "Akhir sekali, adik hendak beritahu semua pembaca mengenai peraduan Drama Lirik Hot yang memberi peluang kepada anda untuk menang hadiah RM500."
}
]
} |
Sebuah karya yang ditarik balik daripada satu pameran Rabu lalu, dipercayai kerana mengandungi konotasi tidak baik, sebaliknya mendapat pujian dalam katalog rasminya sebagai suatu pembelajaran tentang kegelinciran makna dalam mentafsir tanda-tanda budayadan bahasa visual.
Menurut katalog rasmi peraduan Bakat Muda Sezaman (BMS'13) yang membariskan finalis pertandingan seni perdana itu, menganggapnya sebagai sebagai "satu contoh aksi kajian budaya".
Karya Izat Arif Saiful Bahri yang bertajuk 'Insert#' memaparkan
baju-T sutera memaparkan huruf jawi 'fa' dan 'qof' digantung dengan penyangkut baju di rak. Ia pada asalnya bermula sebagai "satu bentuk gurauan".
"Dengan 'memakai' karyanya sebagai suatu bentuk seni aksi di beberapa lokasi dan dengan meletakkan karyanya di sebuah ruang kedai geleri, Izat telah menjadikan aksinya suatu pembelajaran tentang kegelinciran makna dalam mentafsir tanda-tanda budaya dan bahasa visual.
"Tanpa perlu bergantung pada karya ringkas ini sebagai satu-satunya sumber makna, perhatian kita telah dianjak kepada diri kita sendiri sebagai audien dan pembaca aktif tanda-tanda dan bahasa visual," katalog itu dipetik.
Menurut katalog itu lagi, kegelinciran makna sebegini semakin ketara apabila kita sentiasa dikelilingi oleh pertembungan semiotik pasca-strukturalisme masyarakat pelbagai budaya.
"Makna sentiasa bertukar ganti bergantung pada ruang serta konteks yang sering berubah.
"Tanpa perlu bergantung pada karya ringkas ini sebagai satu-satunya sumber makna, perhatian kita telah dianjak kepada diri kita sendiri sebagai audien dan pembaca aktif tanda-tanda dan bahasa visual," tegasnya.
Dalam kes ini, menurut katalog itu lagi, aksi Izat berkait dengan budaya pemakaian baju-T di kalangan hipster urban yang muda.
Katanya, penggunaan bebas krip Jawi boleh dianggap sebagai cerminan terhadap sikap tidak ambil berat dan tidak sensitif di kalangan segelintir hipster muda Melayu dari latar belakang kelas pertengahan berpendidikan Barat.
"Dari segi yang lain pula ia boleh juga dianggap sebagai satu bentuk penyegaran semula tulisan Jawi masakini, terutama untuk mempopularkannya di kalangan generasi muda yang gemar memakai baju-T," tambahnya.
[Baca berita penuh] | {
"qa": [
{
"question": "Apakah karya yang ditarik balik dari satu pameran Rabu lalu?",
"substring": "Sebuah karya yang ditarik balik daripada satu pameran Rabu lalu,"
},
{
"question": "Siapakah pembuat karya tersebut?",
"substring": "Karya Izat Arif Saiful Bahri yang bertajuk 'Insert#'"
},
{
"question": "Apa yang dianggap katalog rasmi peraduan Bakat Muda Sezaman tentang karya tersebut?",
"substring": "menganggapnya sebagai sebagai \"satu contoh aksi kajian budaya\"."
},
{
"question": "Apa yang dijelaskan oleh katalog tentang kegelinciran makna dalam mentafsir tanda-tanda budaya dan bahasa visual?",
"substring": "\"Dengan 'memakai' karyanya sebagai suatu bentuk seni aksi di beberapa lokasi dan dengan meletakkan karyanya di sebuah ruang kedai geleri, Izat telah menjadikan aksinya suatu pembelajaran tentang kegelinciran makna dalam mentafsir tanda-tanda budaya dan bahasa visual."
},
{
"question": "Bagaimana karya tersebut berkait dengan budaya pemakaian baju-T di kalangan hipster urban yang muda?",
"substring": "Dalam kes ini, menurut katalog itu lagi, aksi Izat berkait dengan budaya pemakaian baju-T di kalangan hipster urban yang muda."
}
]
} |
ULASAN | Kepayahan ekonomi menekan semua insan. Apatah lagi golongan berpendapatan rendah dan warga miskin, tanpa mengira keturunan dan agama.
Kita telah melihat gambar orang ramai beratur panjang di luar kedai pajak gadai pada hari pertama perintah kawalan pergerakan (PKP) dilonggarkan setelah sebulan dikuatkuasakan dengan tegas.
Tidak kiralah mereka ke sana untuk menggadai atau menebus barang kemas masing-masing, yang pasti ia berkait dengan ‘pilihan pembiayaan terakhir’ sebelum ada antara mereka yang akan terpaksa mengambil langkah seterusnya untuk meminjam dengan ah long.
Saya faham keperitan ini.
Ibu saya pernah menjual tiket loteri selepas bapa saya mengalami kerugian besar dalam perniagaan kecilnya. Ketika saya berusia antara 12 hingga 14 tahun, saya juga menjual tiket loteri di jalanan.
Kerana kebanyakan jualan tiket itu dibuat di tempat-tempat makan, musim tengkujuh dan hujan berpanjangan di hujung tahun yang membuatkan orang tinggal di rumah turut bererti jualan kami tidak begitu baik, dan keluarga kehilangan punca pendapatan. Dan kami tidak ada penampan (buffer).
Apabila saya terkenang kembali saat-saat itu, saya bersyukur kerana kami hanya hilang pendapatan satu minggu. Ya kami menderita, tapi saya lebih resah memikirkan kesan ekonomi yang ditanggung begitu ramai rakyat Malaysia ekoran terkurung selama hampir 50 hari lantaran PKP.
Terbayang rumah dikelilingi kubur
Rakyat di tingkat bawah kelas ekonomi - terutamanya yang bekerja dalam sektor tidak formal seperti ibu bapa saya - selalunya lebih rentan dan terpaksa bergelut untuk kembali hidup seperti sedia kala.
Krisis ekonomi terburuk negara berlaku pada 1985. Tetapi keluarga saya juga tidak begitu selesa pada waktu-waktu kemakmuran ekonomi di dekad 1990-an.
Bersusah-payah mendapatkan tunai RM50 bagi melunaskan cek RM10,000 yang dikeluarkan lebih awal kepada agensi pemborong yang mengedarkan tiket loteri kepada kami adalah antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Pada hari-hari yang malang - ketika wang tunai RM50 itu tidak sempat diperolehi - terpaksalah kami berkunjung ke kedai pajak gadai sebagai pilihan terakhir; yang melibatkan barang kemas perkahwinan ibu saya.
Sehingga hari ini saya bersyukur ibu bapa saya tidak terpaksa meminjam ah long, walaupun idea itu ada dipertimbangkan apabila keadaan betul-betul mendesak.
Saya turut berasa lega kerana kami tidak pernah terpaksa berpindah dari rumah batu setingkat di tengah bandar, walaupun bapa saya memberitahu bahawa kalau keadaan bertambah buruk, kami mungkin perlu pulang ke rumah keluarganya di kampung.
Sebagai seorang budak, hal itu melekat di fikiran saya berbulan lamanya. Rumah itu dikelilingi kubur di tanah perkuburan di belakang Istana Negara lama.
Ada sekali, sewaktu saya berusia 11 tahun (1988), kami putus duit untuk membeli beras selama seminggu. Bapa saya bekerja di negeri lain pada waktu itu.
Jadi saya dan ibu memikul stok sabun mandi dan sabun baju dari sebuah perniagaan multilevel markerting (pemasaran pelbagai peringkat) yang kami sertai.
Nasib rakyat sebelum keuntungan
Kami berjalan sejauh tiga kilometer menaiki bukit ke kawasan perumahan banglo berdekatan, menekan loceng setiap rumah untuk menjual barangan kami, demi mendapatkan wang sebanyak mungkin.
Sakitnya saya rasa sehingga ke hari ini.
Ibu bapa saya bekerja keras sepanjang hidup mereka. Kadang-kadang kami berasa seperti hujan pun turut memusuhi kami; kerana keadaan kami yang tidak mempunyai jaring keselamatan.
Kegetiran itu menjadi inspirasi untuk saya terlibat dalam politik. Saya tidak mahu orang lain melalui kesusahan seperti yang dilalui ibu bapa saya.
Tiga puluh tahun kemudian, Malaysia dan seluruh dunia terkurung akibat wabak Covid-19. Dalam tempoh PKP ini, saya resah memikirkan nasib anak-anak berusia 12 tahun yang datang dari latar keluarga berpendapatan rendah.
Kita harus sentiasa beringat bahawa pekerjaan informal tidak bermula dengan ekonomi gig yang begitu trendy sejak beberapa tahun lalu. Untuk kebanyakan daripada kita, ibu bapa dan datuk nenek terpaksa melalui saat sukar bertahun-tahun lamanya, sebelum istilah ekonomi gig itu tercipta.
Saya merayu kepada mereka yang berkuasa - kepada kerajaan - lakukanlah apa sahaja yang termampu. Utamakan rakyat sebelum keuntungan.
Dalam soal menjamin pekerjaan, tempat tinggal dan makanan, walaupun mungkin berisiko untuk melakukannya secara berlebihan, tolonglah. Lakukan sahaja.
Para kuasawan mungkin tidak pernah mengalami kehidupan yang terdesak, tetapi tunjukkan sifat empati dan bertindak atas sifat itu.
Pada musim wabak itu, kita kembali kepada perkara asas: jamin peluang pekerjaan, perumahan dan makanan, serta penjagaan kesihatan.
LIEW CHIN TONG ialah anggota Dewan Negara dan bekas timbalan menteri pertahanan.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini. | {
"qa": [
{
"question": "Apakah yang dilakukan orang ramai pada hari pertama perintah kawalan pergerakan dilonggarkan?",
"substring": "Kita telah melihat gambar orang ramai beratur panjang di luar kedai pajak gadai pada hari pertama perintah kawalan pergerakan (PKP) dilonggarkan setelah sebulan dikuatkuasakan dengan tegas."
},
{
"question": "Bagaimana keadaan golongan berpendapatan rendah dan warga miskin semasa kepayahan ekonomi?",
"substring": "Apatah lagi golongan berpendapatan rendah dan warga miskin, tanpa mengira keturunan dan agama."
},
{
"question": "Apakah yang dilakukan penulis dan keluarganya semasa mengalami kesulitan ekonomi?",
"substring": "Ibu saya pernah menjual tiket loteri selepas bapa saya mengalami kerugian besar dalam perniagaan kecilnya."
},
{
"question": "Apakah yang menjadi inspirasi penulis untuk terlibat dalam politik?",
"substring": "Kegetiran itu menjadi inspirasi untuk saya terlibat dalam politik."
},
{
"question": "Apakah yang disyorkan penulis kepada kerajaan dalam menangani kesukaran ekonomi semasa wabak Covid-19?",
"substring": "Saya merayu kepada mereka yang berkuasa - kepada kerajaan - lakukanlah apa sahaja yang termampu."
}
]
} |
Memasang impian melihat lebih ramai wanita memilih jubah sebagai pakaian harian mendorong Nur Syamimi Mohd Nizam, 23, memberi tumpuan kepada jualan persalinan itu sejak September tahun lalu.
Jubah yang diimport khas dari Mesir itu mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding lambakan pilihan yang sudah ada di pasaran tempatan.
Ia menampilkan fabrik daripada kain kapas poliester yang berkilat tetapi tidak panas, malah selesa untuk untuk dipakai di negara ini.
Nur Syamimi berkata, lari daripada kebiasaan, jubah berkenaan tidak tertumpu kepada warna hitam sebaliknya menampilkan warna ceria namun pada masa sama, tetap sederhana.
Katanya, rekaan jubah berkenaan yang ringkas membuatkannya sesuai digayakan oleh golongan remaja dan wanita matang iaitu dalam kalangan mereka yang berusia antara 20 hingga 40 tahun.
“Saya mahu mengubah persepsi ramai bahawa jubah ini selalunya dipakai pada majlis istimewa saja sedangkan ia sebenarnya pakaian sopan yang boleh digayakan ke mana saja termasuk ke pasar.
“Biarpun ringkas, ia tetap diperindahkan dengan sulaman bermotif flora bagi menaikkan seri pemakai, tidak kira pada majlis atau menjalankan urusan harian.
“Semua jubah yang dibawa masuk ini sangat eksklusif kerana hanya ada satu rekaan untuk setiap satu jubah yang dijual. Namun pada masa depan, saya akan membawa masuk jubah yang sama rekaan dan saiz, tetapi hanya ada dua helai saja bagi mengekalkan tahap eksklusifnya,” katanya.
Jubah berpotongan A itu tidak mengikut tubuh dan selesa untuk mereka yang berbadan besar kerana saiz yang ditawarkan antara S hingga XXL.
Ia dijual pada harga antara RM60 hingga RM90 dan setiap koleksi terbaru boleh dilihat di laman Instagram/@berenicecouture dan Facebook/ Berenice Couture. | {
"qa": [
{
"question": "Apakah keistimewaan jubah yang diimport dari Mesir yang dijual oleh Nur Syamimi?",
"substring": "Jubah yang diimport khas dari Mesir itu mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding lambakan pilihan yang sudah ada di pasaran tempatan."
},
{
"question": "Apakah bahan fabrik yang digunakan untuk jubah yang dijual oleh Nur Syamimi?",
"substring": "Ia menampilkan fabrik daripada kain kapas poliester yang berkilat tetapi tidak panas, malah selesa untuk untuk dipakai di negara ini."
},
{
"question": "Bagaimana rekaan jubah yang dijual oleh Nur Syamimi?",
"substring": "Katanya, rekaan jubah berkenaan yang ringkas membuatkannya sesuai digayakan oleh golongan remaja dan wanita matang iaitu dalam kalangan mereka yang berusia antara 20 hingga 40 tahun."
},
{
"question": "Berapakah harga jubah yang dijual oleh Nur Syamimi?",
"substring": "Ia dijual pada harga antara RM60 hingga RM90"
},
{
"question": "Di mana boleh melihat koleksi terbaru jubah yang dijual oleh Nur Syamimi?",
"substring": "setiap koleksi terbaru boleh dilihat di laman Instagram/@berenicecouture dan Facebook/ Berenice Couture."
}
]
} |
Deretan pakaian bersih di ampaian yang beralun ditiup angin sambil disinari terik matahari satu pemandangan yang menenangkan.
Ia mungkin kelihatan perkara remeh, tetapi apakah perasaannya jika kita melihat terdapat sebakul pakaian kotor yang melimpah di rumah?
Pakaian yang bersih dan berbau harum mampu membuatkan seseorang rasa lebih segar dan mengubah mood menjadi lebih ceria.
Mencuci pakaian mungkin nampak mudah dengan penggunaan mesin basuh, tetapi sebenarnya ia mempunyai beberapa panduan yang perlu
diikuti.
Ini bagi menjaga kualiti fabrik supaya tidak rosak dan memastikan pakaian benar-benar bersih tanpa kesan yang mencacatkan.
Dengan pelbagai fabrik
di pasaran, penting untuk kita mencuci mengikut cara yang sudah dinyatakan pada setiap label pakaian supaya kita tidak kerugian sekiranya ia rosak.
Berikut antara langkah yang boleh dilakukan
supaya kerja mencuci lebih mudah dan terurus, selain pakaian dapat bertahan lebih lama.
1. Pertama sekali, periksa label pada pakaian untuk mengenal pasti cara betul mencucinya. Terdapat label menunjukkan bentuk mesin basuh dengan titik di dalamnya. Jika ia menunjukkan satu titik, basuh ia dengan air sejuk, jika dua titik air suam, tetapi jika ada tiga titik, cuci dengan air panas. Jika ada tanda pangkah pula, hantar ke kedai untuk cucian kering.
Tanda peluntur adalah segi tiga, jika ia ada tanda pangkah, jangan masukkan ia dalam peluntur. Imej empat segi dengan bulatan di tengahnya menunjukkan cara pakaian perlu dikeringkan. Semakin banyak titik, kapanasan yang digunakan untuk mengeringkannya juga meningkat.
2. Pisahkan pakaian berwarna dan putih,
serta mengikut kumpulan warnaya. Ini bagi mengelakkan ada warna yang meluntur dan merosakkan pakaian berwarna lain. Basuh mengikut jenis kumpulan warna, misalnya warna lembut, putih, hitam dan garang.
3. Pastikan tidak ada tisu, kertas atau sebarang objek asing dalam poket seluar dan baju. Tutup zip untuk mengelak ia tersekat dan terbalikkan pakaian
yang mempunyai
perincian menonjol supaya ia tidak rosak. Masukkan fabrik lembut seperti pakaian dalam ke dalam beg kain untuk dicuci.
4. Menggunakan air sejuk untuk mencuci kain yang terdiri daripada pakaian lembut seperti baju panas, denim dan pakaian yang mungkin akan mengecil jika dicuci air panas. Ia juga melindungi warna pakaian daripada luntur dan terkena pakaian lain.
5. Air suam sesuai digunakan untuk mencuci pakaian berwarna putih dan cerah. Digabungkan dengan sabun, air suam boleh membantu menyingkirkan bakteria dan pada masa sama lebih efektif mencuci pakaian daripada kesan kotor.
6. Bagi pakaian yang terlalu kotor ataupun terkena jangkitan, tuala mandi dan tuala mengelap muka, cara terbaik adalah mencucinya dengan air panas. Ia dapat mengeluarkan kekotoran degil dan mematikan kuman.
7. Penggunaan peluntur warna sesuai untuk semua jenis pakaian termasuk yang berwarna dan membersihkannya daripada kotoran.
8. Peluntur klorin membantu mencerahkan lagi warna pakaian berwarna putih dan tidak seharusnya dipakai pada pakaian berwarna. Jika mesin basuh tidak mempunyai tempat untuk memasukkan peluntur, pastikan mencairkan dulu peluntur dengan air sebelum dicampur pada pakaian yang sedang dicuci.
9. Pelembut fabrik digunakan bagi memastikan tuala lembut dan mengelak elektrik statik pada pakaian.
10. Keringkan dengan
cara menjemur adalah kaedah terbaik mengeringkan pakaian terutama bagi jenis kain tebal, kain kapas, poliester, sutera dan fabrik yang tidak meregang. Bagi pakaian
yang dikait atau baju panas kain bebiri, ia perlu dikeringkan pada permukaan rata.
11. Jika menggunakan mesin pengering, masukkan tuala bersih yang kering ke dalamnya. Tuala itu akan menyerap lembapan dan membantu pakaian kering dengan lebih cepat.
12. Jika pakaian kering, tetapi berkedut kerana dibiarkan dalam pengering terlalu lama, masukkan tuala bersih yang lembap
dan keringkan semula pakaian yang ada selama
15 minit untuk bantu kedutan hilang. | {
"qa": [
{
"question": "Apakah langkah pertama yang perlu dilakukan sebelum mencuci pakaian?",
"substring": "Pertama sekali, periksa label pada pakaian untuk mengenal pasti cara betul mencucinya."
},
{
"question": "Bagaimana cara memisahkan pakaian sebelum mencucinya?",
"substring": "Pisahkan pakaian berwarna dan putih, serta mengikut kumpulan warnaya."
},
{
"question": "Apakah jenis air yang sesuai digunakan untuk mencuci pakaian lembut?",
"substring": "Menggunakan air sejuk untuk mencuci kain yang terdiri daripada pakaian lembut seperti baju panas, denim dan pakaian yang mungkin akan mengecil jika dicuci air panas."
},
{
"question": "Apakah kegunaan peluntur klorin?",
"substring": "Peluntur klorin membantu mencerahkan lagi warna pakaian berwarna putih dan tidak seharusnya dipakai pada pakaian berwarna."
},
{
"question": "Bagaimana cara menghilangkan kedutan pada pakaian yang sudah kering?",
"substring": "Jika pakaian kering, tetapi berkedut kerana dibiarkan dalam pengering terlalu lama, masukkan tuala bersih yang lembap dan keringkan semula pakaian yang ada selama 15 minit untuk bantu kedutan hilang."
}
]
} |
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow menyuarakan kekecewaannya berkenaan pembatalan peruntukan persekutuan berjumlah RM100 juta bagi membangunkan sistem kereta kabel di Bukit Bendera.
Chow berkata pembatalan itu pastinya memberi kesan kepada Pulau Pinang.
"Ia bukan saja kesan terhadap penerusan pelan pembangunan Bukit Bendera, tetapi juga ekonomi negeri secara umumnya.
"Kerajaan persekutuan seperti menghukum penduduk Pulau Pinang dengan langkah ini," katanya dalam sidang media hari ini.
Beliau merujuk peruntukan yang diumumkan pentadbiran PH dalam Belanjawan 2020 pada Oktober lalu.
Susulan pengumuman itu, kerajaan negeri telah memulakan kajian pra-kebolehlaksanaan bagi projek tersebut. Menurut Chow, kajian masih dijalankan dan dijangka selesai pada beberapa bulan lagi.
"Semua maklumat, data dan cadangan daripada kajian ini akan digunakan pada masa depan," katanya lagi.
Projek tersebut, yang sebelum ini dijangka bermula tahun ini, mendapat bantana daripada NGO alam sekitar, termasuk Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).
Aktivis menggesa kajian terperinci terhadap kesan alam sekitar dan sosial projek kereta kabel itu, di Bukit Bendera dan juga Taman Botani, dilakukan sebelum ia diteruskan.
Menurut Chow, ekoran kemerosotan ekonomi akibat pandemik Covid-19, pelaksanaan projek infrastruktur awam akan memberi rangsangan kepada pasaran tempatan, antaranya memberikan peluang pekerjaan.
Katanya, kerajaan negeri akan meneruskan perbincangan dengan kerajaan persekutuan berkenaan perkara itu.
"Kerajaan persekutuan perlu memastikan peruntukan terhadap negeri dinaikkan bagi membantu penduduk mendepani cabaran ekonomi akibat Covid-19," katanya lagi. | {
"qa": [
{
"question": "Apakah peruntukan yang dibatalkan oleh kerajaan persekutuan?",
"substring": "berkenaan pembatalan peruntukan persekutuan berjumlah RM100 juta bagi membangunkan sistem kereta kabel di Bukit Bendera."
},
{
"question": "Siapakah yang menyuarakan kekecewaannya berkenaan pembatalan peruntukan tersebut?",
"substring": "Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow"
},
{
"question": "Apakah kesan pembatalan peruntukan tersebut?",
"substring": "pastinya memberi kesan kepada Pulau Pinang."
},
{
"question": "Siapakah yang memberikan bantuan terhadap projek kereta kabel di Bukit Bendera?",
"substring": "NGO alam sekitar, termasuk Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)."
},
{
"question": "Apakah yang dilakukan oleh kerajaan negeri susulan pengumuman pembatalan peruntukan tersebut?",
"substring": "kerajaan negeri telah memulakan kajian pra-kebolehlaksanaan bagi projek tersebut."
}
]
} |
[email protected].m
Berbasikal sememangnya satu aktiviti yang memberikan kepuasan tersendiri sama ada untuk bersantai atau perlumbaan.
Pergerakan badan yang menyeluruh ketika mengayuh juga dapat memberi kesan positif kepada kesihatan terutama menguatkan jantung dan melatih pengayuh untuk mengawal pernafasan.
Aktiviti berbasikal di Malaysia bukan perkara baru malah sering menjadi disiplin penting dalam kejuaraan sukan lasak seperti Ironman atau Adventure Race.
Malah peminat aktiviti basikal ini juga sentiasa tidak melepaskan peluang untuk mengikuti pelbagai acara yang dianjurkan.
Baru-baru ini, penulis sempat menyertai aktiviti kayuhan santai yang dianjurkan Kerajaan Negeri Perlis dan Thailand.
Dinamakan Kayuhan Amal Perlis-Satun, ia turut disertai 360 pengayuh dari Malaysia dan negara Gajah Putih itu.
Bermula dari pintu sempadan Wang Kelian, Perlis menjadi lokasi pelepasan kayuhan.
Kelihatan pelbagai jenis basikal yang digunakan peserta juga daripada pelbagai peringkat umur.
Bukan saja warga emas, ibu bapa dan anak-anak kecil, malah atlet dari dua negara turut menyertai aktiviti kayuhan amal itu.
Perjalanan sejauh 60 kilometer (km) pergi dan balik dari pintu masuk sempadan hingga ke Satun sememangnya menjanjikan panorama yang indah.
Sepanjang aktiviti berbasikal dari mula sehingga akhir, cuaca redup dan berangin menemani pengayuh. Kadangkala terasa bagaikan berada di negara empat musim.
Bukit-bukau dan sawah padi kekuningan terbentang luas di depan mata berjaya melenyapkan kepenatan dan membuatkan kami lupa cabaran getir sepanjang laluan.
Bukan sekadar itu, penduduk setempat di Satun umpamanya begitu ramah dan tidak lekang melemparkan senyuman mengalu-alukan kehadiran kami secara berbasikal ke tempat mereka.
Pada masa sama, perjalanan ke Satun antara lain bertujuan mengunjungi sekolah anak yatim, Emirates Orphanage House.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Sempadan Negeri Perlis, Ahmad Bakri @ Ahmad Zakri Ahmad Ali turut mengambil peluang menyampaikan sumbangan kepada sekolah berkenaan.
Semua peserta yang berada di sekolah ketika kunjungan itu turut gembira. Mana tidaknya, keadaan di sekolah berkenaan sangat meriah, seolah-olah mereka sedang menganjurkan pesta sukan.
Kedengaran daripada pembesar suara, kata-kata yang mengalukan-alukan dan menghargai kunjungan peserta berbasikal ke tempat mereka.
Sepanjang perjalanan pulang, terdapat pelbagai gerai kecil milik penduduk setempat menjual beraneka jenis buah-buahan.
Penulis bersama rakan lain sempat juga berhenti seketika menikmati rasa durian Siam yang dijual pada harga berpatutan.
Boleh dikatakan ketika berkayuh menuju ke pintu sempadan Malaysia, kerap kali juga penulis dan rakan pengayuh berhenti untuk merakam gambar pemandangan.
Dari kebun getah orang kampung hingga ke Air Terjun Yaroi, kami singgah untuk mengambil gambar dan berkayuh dengan santai.
Bagi penulis aktiviti berbasikal bukan saja dapat ‘menjual’ produk pelancongan kepada masyarakat luar, ia juga mampu mengeratkan hubungan antara dua negara.
Selain itu, ia juga menjadi platform bersosial secara sihat dengan rakan baru. | {
"qa": [
{
"question": "Apakah tujuan Kayuhan Amal Perlis-Satun?",
"substring": "Dinamakan Kayuhan Amal Perlis-Satun, ia turut disertai 360 pengayuh dari Malaysia dan negara Gajah Putih itu."
},
{
"question": "Berapa jarak yang ditempuh semasa Kayuhan Amal Perlis-Satun?",
"substring": "Perjalanan sejauh 60 kilometer (km) pergi dan balik dari pintu masuk sempadan hingga ke Satun sememangnya menjanjikan panorama yang indah."
},
{
"question": "Siapakah yang turut serta dalam Kayuhan Amal Perlis-Satun?",
"substring": "Bukan saja warga emas, ibu bapa dan anak-anak kecil, malah atlet dari dua negara turut menyertai aktiviti kayuhan amal itu."
},
{
"question": "Apakah yang dilakukan semasa kunjungan ke Emirates Orphanage House?",
"substring": "Pada masa sama, perjalanan ke Satun antara lain bertujuan mengunjungi sekolah anak yatim, Emirates Orphanage House."
},
{
"question": "Apakah manfaat aktiviti berbasikal?",
"substring": "Pergerakan badan yang menyeluruh ketika mengayuh juga dapat memberi kesan positif kepada kesihatan terutama menguatkan jantung dan melatih pengayuh untuk mengawal pernafasan."
}
]
} |
Wanita Vietnam yang disyaki membantu dalam pembunuhan abang pemimpin Korea Utara adalah seorang penyanyi, berdasarkan kepada gambar-gambar di laman Facebooknya.
Empat hari sebelum Kim Jong-nam dibunuh di lapangan terbang Malaysia, dia telah menyiarkan gambar dirinya memakai baju terpampang dengan akronim 'LOL', sama dengan yang terdapat pada suspek yang dirakam oleh kamera CCTV.
Wanita itu (nama tidak didedahkan kerana suspek belum didakwa) bekerja di sebuah pusat hiburan, menurut polis Malaysia, yang telah menahannya berhubung pembunuhan Kim Jong-nam.
Di sebuah sawah padi di utara Vietnam, keluarga di mana butiran anak perempuan mereka sepadan dengan maklumat dari Polis Malaysia itu berkata, mereka tidak tahu di mana dia berada sejak dia meninggalkan rumah sedekad lalu ketika berusia 18 tahun.
Posting terakhir di laman Facebook atas nama "Ruby Ruby", yang disahkan oleh anggota keluarga sebagai akaunnya, bertarikh 11 Februari dari Kampong Besut, Malaysia.
"Saya mahu tidur lebih lama tetapi di sisimu," tulisnya dalam posting tersebut, di atas fotonya, dengan mata tertutup dan berselimut di atas katil.
Polis Malaysia berkata wanita Vietnam itu dan seorang wanita warga Indonesia menyapu cecair, yang mengandungi bahan toksik yang belum dikenalpasti, pada muka Kim Jong-nam di KLIA2 pada 13 Februari.
Abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un itu meninggal dunia tidak lama selepas itu.
Wanita Vietnam itu digambarkan oleh polis sebagai "pekerja pusat hiburan", tetapi mereka tidak memberi butiran di mana dia bekerja atau status imigresennya.
Antara pautan di satu lagi akaun Facebook, yang menurut keluarga itu juga memaparkan fotonya, ialah ke laman 'Vietnam Idol'.
Akaun ini adalah atas nama "Bella Tron Tron Bella." - Chubby Bella. Tiada positng selepas November.
Seorang wanita yang miripnya menyanyi sebagai peserta 'Vietnam Idol' dengan nombor 67816 pada 3 Jun 2016.
Alat pengecaman wajah menunjukkan ia sepadan dengan gambar-gambar wanita Vietnam dalam tahanan yang dikeluarkan oleh polis Malaysia
Seorang anggota 'casting' Vietnam Idol' enggan mengulas mengenainya dan jurucakapnya tidak menjawab permintaan untuk mendapatkan komen.
"Bolehkah saya nyanyikan sebuah lagi untuk anda malam ini?" dia menulis di laman Facebooknya pada 24 Mac tahun lepas. "Cepat jawab dan nyatakan nombor telefon anda dalam komen. Saya akan panggil dan nyanyi untuk anda."
Anggota keluarga kebanyakannya bekerja di sawah padi di sekitar rumah mereka di Nam Dinh, di Red River Delta tenggara Hanoi.
Wanita itu hanya pulang mengunjungi keluarganya sekali-sekali, kata mereka, dan mereka juga amar tentang di mana dia pergi. Dia kini berusia 28 tahun.
Bapanya berkata pihak berkuasa Vietnam telah menghubungi mereka sejak penangkapan anak mereka itu.
"Mereka hanya mengatakan akan menyokongnya kerana dia rakyat Vietnam, tetapi tidak memberitahu saya sama ada dia benar-benar seorang suspek," katanya kepada Reuters.
"Walaupun saya bapanya, saya tidak dapat mengawal perkara yang berlaku apabila dia di luar sana. Saya tidak boleh tahu," kata bapanya, 63, yang bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan.
Anggota keluarga berkata mereka hanya mendapat tahu dari media yang dia berada di luar negara. Mereka menyangka dia bekerja di Hanoi.
Setakat ini, pegawai Vietnam hanya mengesahkan kepada pihak media bahawa siasatan masih diteruskan dan mereka sentiasa berhubung dengan pihak Malaysia.
Seorang pegawai polis Korea Selatan berkata wanita itu melawat destinasi percutian di Pulau Jeju pada bulan November selama empat hari dan mereka sedang menentukan apa yang dia mungkin buat di sana, tetapi enggan memberikan butiran lanjut.
Daripada 65 rakan laman Facebook "Ruby Ruby", 27 mempunyai nama Korea. Lima puluh enam daripada rakan-rakan itu adalah lelaki.
Satu status kemas kini di akaun Facebook pertama telah dibuat dalam bahasa Korea pada 23 Mac tahun lepas, yang berbunyi "Saya sayangkan awak, saya rindukan awak", walaupun ia tidak menggunakan kata-kata yang dijangkakan dari seorang yang biasa dengan bahasa itu.
Kebanyakan gambar dalam akaun itu adalah gambar wanita itu menghadiri parti, dalam bilik hotel atau potret. Kebanyakan dia memberi ciuman ke arah kamera.
Kosmetik, pakaian dan kedai makanan segera adalah antara 'likes' wanita itu di Facebooknya.
Tempat pendidikannya dinyatakan sebagai Harvard, walaupun keluarganya tidak percaya ia benar.
Pada 3 Januari, wanita itu menyiarkan gambar pas masuk dari Hanoi ke Kuala Lumpur. Anggota keluarga berkata kali terakhir dia berada di Nam Dinh ialah dari 25 hingga 29 Januari.
Wanita itu juga muncul dalam video lain dalam talian. Disiarkan pada April lalu, ia adalah di saluran YouTuber Vietnam yang meminta wanita menciumnya di jalanan.
Wanita dalam video itu sepadan dengan salah satu gambar terkini polis Malaysia.
Dalam video itu, dia kelihatan ketawa kecil sebelum berciuman dengan lelaki itu di atas bangku di taman.
[Baca berita penuh] | {
"qa": [
{
"question": "Siapakah wanita Vietnam yang disyaki membantu dalam pembunuhan abang pemimpin Korea Utara?",
"substring": "Wanita Vietnam yang disyaki membantu dalam pembunuhan abang pemimpin Korea Utara adalah seorang penyanyi"
},
{
"question": "Apakah akronim yang terpampang pada baju yang dipakai oleh suspek yang dirakam oleh kamera CCTV?",
"substring": "Empat hari sebelum Kim Jong-nam dibunuh di lapangan terbang Malaysia, dia telah menyiarkan gambar dirinya memakai baju terpampang dengan akronim 'LOL', sama dengan yang terdapat pada suspek yang dirakam oleh kamera CCTV."
},
{
"question": "Apakah pekerjaan wanita Vietnam yang disyaki membantu dalam pembunuhan abang pemimpin Korea Utara?",
"substring": "Wanita itu (nama tidak didedahkan kerana suspek belum didakwa) bekerja di sebuah pusat hiburan"
},
{
"question": "Di mana keluarga wanita Vietnam tersebut tinggal?",
"substring": "Seorang anggota 'casting' Vietnam Idol' enggan mengulas mengenainya dan jurucakapnya tidak menjawab permintaan untuk mendapatkan komen."
},
{
"question": "Apakah yang terdapat dalam akaun Facebook wanita Vietnam tersebut?",
"substring": "Kebanyakan gambar dalam akaun itu adalah gambar wanita itu menghadiri parti, dalam bilik hotel atau potret."
}
]
} |
KUALA LUMPUR: Kegiatan menunggang basikal lajak yang sudah diubah suai serta penjualan basikal sedemikian wajar diharamkan bagi mengelak sebarang risiko kemalangan ke atas penunggangnya atau pengguna jalan raya lain.
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Wong Yau Duenn, menegaskan pengharaman basikal lajak juga perlu secara menyeluruh kerana ia memudaratkan ketenteraman dan keselamatan awam.
“Saya berpandangan basikal lajak ini perlu definisi khusus sama ada digunakan untuk perlumbaan di litar atau sebaliknya bagi memastikan ia jelas sebelum larangan mengenainya dikemukakan.
“Pengharamannya juga perlu mencakupi aspek penjualan sama ada secara persendirian atau dalam talian,” katanya ketika dihubungi BH semalam.
Beliau mengulas kegiatan menunggang basikal lajak yang masih berleluasa, termasuk di kawasan lalu lintas yang sibuk, walaupun berlaku kemalangan sehingga meragut lapan nyawa penunggang remaja lebih dua tahun lalu.
Isnin lalu, Mahkamah Majistret Johor Bahru melepaskan dan membebaskan seorang jurujual wanita daripada tuduhan memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak pada 18 Februari 2017.
Majistret Siti Hajar Ali membebaskan Sam Ka Ting, 24, tanpa memanggilnya membela diri terhadap pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh pada akhir kes pendakwaan.
Sehubungan itu, Yau Duenn yang juga Ketua Pegawai Maklumat JKJR mencadangkan supaya jawatankuasa khas ditubuhkan bagi meneliti isu berkaitan basikal lajak, sekali gus menangani masalah berkenaan.
“Agensi penguat kuasa sedia ada dilihat tidak terlalu fokus mengenai isu basikal lajak, selain bidang kuasa untuk mengekang kegiatan ini agak kurang jelas.
“Justeru, ada eloknya kalau isu ini dirangkumkan dalam jawatankuasa khas supaya kajian menyeluruh dapat dilakukan, sekali gus merangka kaedah penyelesaian terbaik,” katanya.
Ubah suai langgar undang-undang
Basikal lajak yang menjadi kegilaan segelintir kanak-kanak dan remaja amat mudah diperoleh.
Basikal lajak yang dijual di kedai basikal biasanya dilengkapi ciri-ciri keselamatan, tetapi yang membahayakan dan menyalahi undang-undang ialah apabila ia diubah suai atau dihasilkan sendiri.
Pengubahsuaian yang biasa dilakukan ialah menanggalkan brek, merendahkan tempat duduk dan memotong sepit udang yang sekali gus boleh membahayakan penunggangnya, lebih-lebih lagi ketika menuruni bukit.
Dengan harga serendah RM70, basikal lajak boleh dibeli di kedai atau menerusi dalam talian.
Pemilik kedai basikal, Tony Ng, berkata kebanyakan basikal lajak yang dijual adalah mengikut spesifikasi dan dilengkapi dengan ciri keselamatan.
Bagaimanapun, katanya, yang menimbulkan masalah ialah jika ada pengubahsuaian dilakukan terutama menanggalkan brek.
Semua basikal termasuk basikal lajak sama ada yang diimport atau dibuat mengikut tempahan akan dilengkapi ciri keselamatan itu sebelum ia dijual kepada pelanggan.
“Ciri keselamatannya sama seperti basikal lain. Mungkin golongan remaja yang memiliki basikal seperti ini mengubahsuainya dan membuang fungsi brek menjadikan ia bahaya untuk ditunggang.
“Disebabkan kes kemalangan membabitkan penunggang basikal lajak semakin hangat sejak kebelakangan ini, saya sering mengingatkan mereka (ibu bapa) supaya tidak membenarkan anak-anak melakukan ubah suai seperti membuang fungsi brek.
“Ia demi keselamatan penunggang. Tapi selepas basikal itu dibawa pulang (pelanggan), itu cerita mereka,” katanya. | {
"qa": [
{
"question": "Apakah yang diharamkan bagi mengelak sebarang risiko kemalangan ke atas penunggangnya atau pengguna jalan raya lain?",
"substring": "Kegiatan menunggang basikal lajak yang sudah diubah suai serta penjualan basikal sedemikian wajar diharamkan"
},
{
"question": "Siapakah yang menegaskan pengharaman basikal lajak perlu secara menyeluruh?",
"substring": "Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Wong Yau Duenn"
},
{
"question": "Apakah cadangan Yau Duenn untuk menangani masalah basikal lajak?",
"substring": "Yau Duenn yang juga Ketua Pegawai Maklumat JKJR mencadangkan supaya jawatankuasa khas ditubuhkan bagi meneliti isu berkaitan basikal lajak"
},
{
"question": "Apakah yang menjadi masalah apabila basikal lajak diubah suai?",
"substring": "Pengubahsuaian yang biasa dilakukan ialah menanggalkan brek, merendahkan tempat duduk dan memotong sepit udang yang sekali gus boleh membahayakan penunggangnya"
},
{
"question": "Siapakah yang mengingatkan supaya tidak membenarkan anak-anak melakukan ubah suai pada basikal lajak?",
"substring": "Pemilik kedai basikal, Tony Ng"
}
]
} |
ELEMEN sering dilihat pada busana klasik seperti pelekat, songket, tekat dan potongan tengkolok serta baju Melayu cekak musang boleh dilihat menerusi tema ‘Made in Perak’ dalam rekaan kontemporari sesuai digayakan pada masa kini.
Itu yang cuba ditampilkan sekumpulan pelajar tahun akhir Diploma Rekaan Fesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar Perak, baru-baru ini.
Tidak sekadar elemen tradisi, ada juga rekaan diketengahkan dengan penuh ‘penceritaan’ apabila ada bermotifkan bangunan ikonik atau peristiwa sejarah untuk dimuatkan sebagai inspirasi dalam seleksi mereka.
Menurut pensyarah fesyen UiTM Perak, Muhammad Khalik Mustafa, meskipun rekaan ditetapkan dengan tema tertentu namun ia tidak mengehadkan kreativiti pelajar untuk tampilkan rekaan menepati industri.
PERINCIAN tradisi dalam potongan moden.
“Untuk penilaian hasil karya pelajar dalam rekaan mereka, penggiat industri seperti pereka fesyen tempatan, Hatta Dolmat, Seth and Luna dan wakil kraftangan Sarawak dipanggil untuk menilai hasil kerja mereka.
“Identiti Perak berjaya ditonjolkan dengan baik dalam perincian busana yang rata-rata barisan pereka kali ini adalah pelajar wanita dilihat memberi impak baik terhadap pendedahan awal mereka kepada industri,” katanya.
Pelajar yang tampil koleksi busana baldu serba hitam bersama tekat, Rashidah Yusof @Che Teh berkata, kehalusan tekat benang emas menonjolkan gaya elegan dan glamor bagi busana malam.
“Seperti diketahui seni tekat dulu adalah elemen eksklusif yang hanya digayakan golongan raja dan bangsawan sebagai lambang kemewahan. Jadi inisiatif saya untuk padankan seni tekat dalam dua gaya cuba ditonjolkan iaitu kasual dan busana malam sebagai usaha untuk memperkenalkan warisan seni ini kepada masyarakat umum supaya tidak ditelan zaman.
INSPIRASI Istana
“Cabaran menyiapkan busana ini ialah perincian tekat itu sendiri menggunakan jahitan tangan. Fabrik untuk timbulkan jahitan tekat itu sendiri juga terhad iaitu biasanya dihasilkan pada material fabrik baldu,” katanya.
Koleksi Anis Shakira Huda pula mengambil inspirasi seni bina tradisional Istana Kenangan menerusi anyaman dan ukiran sebagai motif utama.
“Daripada seni bina kepada rekaan pakaian, saya olah menerusi pancaran LCD sebagai perincian untuk hasilkan rekaan yang bersesuaian. Teknik ‘quilting’ dan ‘panelling’ dipilih untuk menghasilkan perincian.
“Selain itu, saya turut menggunakan gabungan pelbagai fabrik seperti satin, renda, fabrik berkilat dan banyak lagi bersesuaian dengan sifat-sifat yang ada pada Istana Kenangan,” katanya.
Meskipun mengambil konsep istana lama, namun hasil ketiga-tiga rekaan begitu moden dan kontemporari sesuai dengan trend terkini. Itu diakui pelajar berkenaan yang membayangkan ikonik fesyen antarabangsa, Kendall Jenner dan Gigi Hadid menggayakan busana itu. | {
"qa": [
{
"question": "Apakah elemen tradisi yang sering dilihat pada busana klasik?",
"substring": "ELEMEN sering dilihat pada busana klasik seperti pelekat, songket, tekat dan potongan tengkolok serta baju Melayu cekak musang"
},
{
"question": "Siapakah penggiat industri yang dipanggil untuk menilai hasil kerja pelajar?",
"substring": "penggiat industri seperti pereka fesyen tempatan, Hatta Dolmat, Seth and Luna dan wakil kraftangan Sarawak dipanggil untuk menilai hasil kerja mereka."
},
{
"question": "Apakah inspirasi Anis Shakira Huda dalam koleksinya?",
"substring": "Koleksi Anis Shakira Huda pula mengambil inspirasi seni bina tradisional Istana Kenangan menerusi anyaman dan ukiran sebagai motif utama."
},
{
"question": "Bagaimana Rashidah Yusof @Che Teh menonjolkan gaya elegan dan glamor bagi busana malamnya?",
"substring": "kehalusan tekat benang emas menonjolkan gaya elegan dan glamor bagi busana malam."
},
{
"question": "Bagaimana pelajar berkenaan membayangkan ikonik fesyen antarabangsa dalam rekaannya?",
"substring": "Itu diakui pelajar berkenaan yang membayangkan ikonik fesyen antarabangsa, Kendall Jenner dan Gigi Hadid menggayakan busana itu."
}
]
} |
Seorang ketua kongsi gelap 'Geng 04' warga Malaysia yang menjadi buruan polis Thailand dan Malaysia sejak 10 tahun lepas akhirnya berjaya ditangkap di rumah sewanya di Hatyai dua hari lepas.
Ketua Bahagian Siasatan Polis Wilayah Songkla, Kol. Sakda Jarengkul berkata Ye Boon Long, 53, atau nama gelarannya 'Ar-Hu' ditahan polis kerana merompak sebuah kedai emas dengan bersenjatakan pistol di Jalan Montree di Hatyai pada 6 Januari lepas.
Dalam kejadian itu, dia dipercayai melarikan barangan kemas seberat 1.7kg bernilai 2.3 juta Baht (kira-kira RM290,000), katanya kepada pemberita di Hatyai semalam.
Katanya, hasil pemeriksaan di rumah sewa itu, polis telah menemui beberapa barangan kemas, wang tunai 127,400 Baht (RM16,000), sepucuk pistol 9mm, 50 butir peluru dan baju serta motosikal yang digunakannya ketika rompakan itu.
Semalam, warga Malaysia itu dibawa kembali ke kedai emas terbabit untuk menunjukkan cara dia merompak premis berkenaan.
Menurut Sakda, 'Ar-Hu' juga memiliki rekod jenayah lampau di Malaysia dan Thailand, termasuk dipercayai terbabit dalam sekurang-kurangnya 10 kes rompak dan bunuh di kedua-dua negara itu.
Beliau juga dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan dua warga Thailand di Songkla pada 2014.
"10 tahun lepas, beliau juga dipercayai terbabit dalam kes rompakan kedai emas di Butterworth melibatkan barangan kemas bernilai 50 juta Baht (RM6.4 juta)," katanya.
Selepas kejadian itu, dia melarikan diri ke Thailand dan bersembunyi di Chiang Mai selama 10 tahun, menggunakan identiti palsu yang dibelinya dengan harga 250,000 Baht (RM32,000).
Warga Malaysia itu hanya terbabit dalam kes-kes rompakan yang besar, menurut beliau.
Sakda berkata, warga Malaysia itu dikenakan tiga tuduhan iaitu merompak, memiliki senjata dan peluru tanpa izin dan membunuh.
- Bernama | {
"qa": [
{
"question": "Siapakah yang ditangkap oleh polis di Hatyai?",
"substring": "Seorang ketua kongsi gelap 'Geng 04' warga Malaysia yang menjadi buruan polis Thailand dan Malaysia sejak 10 tahun lepas akhirnya berjaya ditangkap di rumah sewanya di Hatyai dua hari lepas."
},
{
"question": "Apakah nama gelaran ketua kongsi gelap tersebut?",
"substring": "Ye Boon Long, 53, atau nama gelarannya 'Ar-Hu'"
},
{
"question": "Apakah kesalahan yang dilakukan oleh 'Ar-Hu'?",
"substring": "merompak sebuah kedai emas dengan bersenjatakan pistol di Jalan Montree di Hatyai pada 6 Januari lepas."
},
{
"question": "Berapa nilai barangan kemas yang dilaporkan dicuri oleh 'Ar-Hu'?",
"substring": "dia dipercayai melarikan barangan kemas seberat 1.7kg bernilai 2.3 juta Baht (kira-kira RM290,000)"
},
{
"question": "Apakah tuduhan yang dikenakan kepada 'Ar-Hu'?",
"substring": "warga Malaysia itu dikenakan tiga tuduhan iaitu merompak, memiliki senjata dan peluru tanpa izin dan membunuh."
}
]
} |
KEBENARAN beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diberikan kepada kilang minuman keras, Heineken sudah pun dibatalkan.
Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa memaklumkan perkara itu menerusi laman Twitternya hari ini.
“Sudah dibatalkan pagi ini kerana tidak selari dengan dasar kerajaan,” katanya.
Terdahulu, beliau meminta tindakan diambil segera ke atas kilang minuman keras Heineken yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Katanya, ia tidak selari dengan dasar yang diambil dan diputuskan kerajaan dan tindakan perlu diambil segera berhubung isu berkenaan.
Semalam tular di media sosial surat yang didakwa dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi kebenaran kepada kilang terbabit beroperasi ketika PKP.
Ia bagi memastikan bekalan minuman keras mencukupi sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.
Surat berkenaan mengundang pelbagai pendapat umum yang mahukan penjelasan pihak berwajib berhubung isu itu. | {
"qa": [
{
"question": "Apakah keputusan terbaru berhubung kebenaran operasi kilang minuman keras Heineken semasa PKP?",
"substring": "KEBENARAN beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diberikan kepada kilang minuman keras, Heineken sudah pun dibatalkan."
},
{
"question": "Siapakah yang memaklumkan perkara tersebut?",
"substring": "Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa memaklumkan perkara itu menerusi laman Twitternya hari ini."
},
{
"question": "Mengapa kebenaran operasi kilang minuman keras Heineken dibatalkan?",
"substring": "Sudah dibatalkan pagi ini kerana tidak selari dengan dasar kerajaan"
},
{
"question": "Apakah tindakan yang diminta oleh Menteri Wilayah Persekutuan berhubung kilang minuman keras Heineken?",
"substring": "beliau meminta tindakan diambil segera ke atas kilang minuman keras Heineken yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)."
},
{
"question": "Apakah isu yang timbul berhubung surat yang didakwa dikeluarkan oleh KPDNHEP?",
"substring": "Surat berkenaan mengundang pelbagai pendapat umum yang mahukan penjelasan pihak berwajib berhubung isu itu."
}
]
} |
Dua bulan lalu, bapa kenalan saya terlantar di hospital kerana tidak sedarkan diri. Doktor dan pakar perubatan sudah melakukan pelbagai ujian menentukan penyakit sebenar dan ribuan wang juga melayang, namun bapa kenalan saya ini sehingga ke saat ini masih terlantar.
Beberapa minggu lalu, dia dibawa pulang ke rumah selepas sedarkan diri, namun bukan lagi seperti dahulu. Dia hilang ingatan dan tidak ubah seperti pesakit lumpuh.
Secara kebetulan penghujung Ogos lalu, kejadian serupa berlaku kepada adik saya sendiri. Dia tiba-tiba pengsan di tempat kerja sebelum disyaki diserang jangkitan kuman pada bahagian otak.
Beberapa kali keadaan adik saya bertukar nazak. Pada saat itu, kami sekeluarga sudahpun reda jika segala kemungkinan lebih buruk berlaku. Alhamdulillah nyawanya masih panjang.
Yang pelik, ujian Pengimbas Imej Magnetik (MRI) empat kali dilakukan doktor di dua hospital berbeza, namun tiada pengesahan penyakit sebenar dinyatakan.
Itu tidak termasuk kali prosedur pengambilan air tulang belakang yang berkali-kali dilakukan, namun kuman yang menjangkiti bahagian otak sukar dijelaskan. Ia tidak ubah seperti kempen biskut popular, Chipsmore ‘sekejap ada sekejap tiada’.
Seperti bapa kenalan tadi, adik saya ini juga seperti hilang ingatan dan tidak kenal sesiapa walaupun keluarga sendiri. Ia berlarutan berbulan-bulan lamanya. Atas nasihat ahli keluarga, kami membawa ‘masuk’ beberapa ustaz ke hospital untuk melihat keadaan adik saya.
Selepas melalui rawatan ringkas, dia akhirnya mula sedarkan diri, tetapi masih tidak pulih sepenuhnya. Begitu juga bapa kenalan saya itu, yang semakin baik selepas dipertemukan dengan ustaz.
Dakwa ustaz ini, adik saya dan bapa kenalan tadi masing-masing terkena sihir dan ia dilakukan individu terdekat atas niat tertentu. Saya tidak ingin nyatakan apa tujuan sihir dilakukan kerana masih bersandarkan kemampuan rawatan perubatan moden yang ada.
Apa yang penting, keadaan kedua-duanya semakin baik. Adik saya sendiri sudah balik berkhidmat dengan syarikat lamanya dan bapa kenalan saya dibawa pulang ke rumah.
Jika dilihat, nasib kedua-dua mereka ini lebih baik berbanding seorang lagi ahli keluarga yang terpaksa menanggung derita hingga akhir hayat.
Kisahnya bermula apabila membuka perniagaan kedai makan. Selepas beberapa bulan laris, kedai dibuka terpaksa ditutup dek penyakit misteri. Keluar masuk hospital ibarat rutin dan beberapa bulan selepas itu, dia meninggal dunia tanpa penjelasan perubatan terperinci.
Semua kisah ini mungkin sebahagian cebisan cerita sihir yang berlaku dalam masyarakat hari ini. Ia sukar untuk dijelaskan, bak kata orang sukar untuk difahami jika tak kena pada batang hidung sendiri.
Yang pasti, amalan sihir dalam kalangan masyarakat hari ini masih berlaku meskipun zaman silih berganti dan kemajuan teknologi semakin menguasai kehidupan.
Puncanya hanya satu, iaitu ‘hasad dengki’ yang memaksa individu menggunakan jalan pintas untuk berkompromi secara syirik.
Apa yang dilihat, mereka yang menggunakan sihir ini sebenarnya tidak yakin dengan kuasaAllah, tidak yakin dengan rezeki yang sudah ditetapkan dan tidak takut dengan pembalasan Tuhan. Masyarakat harus sedar golongan sebegini tidak akan pupus dan berkemungkinan bercambah kerana perasaan hasad dengki serta ketamakan diri sudah membelenggu diri.
Masalahnya, kita tidak akan mudah mengenali kelompok ini kerana mereka juga seperti orang biasa. Yang berbeza, cuma diri mereka penuh hasad dengki tidak senang melihat orang lain berjaya atau mencapai tahap melebihi diri mereka.
Yang jelas, mereka ini adalah kelompok manusia yang tidak mahu berusaha, apatah lagi yakin dengan Allah walaupun sedar perbuatan sihir itu menyekutukan Yang Maha Esa.
Penulis adalah wartawan Meja Am BH | {
"qa": [
{
"question": "Siapakah yang terlantar di hospital dua bulan lalu?",
"substring": "Dua bulan lalu, bapa kenalan saya terlantar di hospital kerana tidak sedarkan diri."
},
{
"question": "Apakah yang dilakukan keluarga adik penulis apabila dia terkena penyakit misteri?",
"substring": "Selepas melalui rawatan ringkas, dia akhirnya mula sedarkan diri, tetapi masih tidak pulih sepenuhnya. Begitu juga bapa kenalan saya itu, yang semakin baik selepas dipertemukan dengan ustaz."
},
{
"question": "Apakah yang dikatakan oleh ustaz mengenai keadaan adik penulis dan bapa kenalan penulis?",
"substring": "Dakwa ustaz ini, adik saya dan bapa kenalan tadi masing-masing terkena sihir dan ia dilakukan individu terdekat atas niat tertentu."
},
{
"question": "Mengapa amalan sihir masih berlaku dalam masyarakat hari ini?",
"substring": "Puncanya hanya satu, iaitu ‘hasad dengki’ yang memaksa individu menggunakan jalan pintas untuk berkompromi secara syirik."
},
{
"question": "Apakah ciri-ciri kelompok manusia yang menggunakan sihir?",
"substring": "Yang jelas, mereka ini adalah kelompok manusia yang tidak mahu berusaha, apatah lagi yakin dengan Allah walaupun sedar perbuatan sihir itu menyekutukan Yang Maha Esa."
}
]
} |
ORANG ramai dipelawa untuk menyumbang idea bagi lirik lagu tema Sukan Sea ke-29 dan Sukan Para Asean ke-9 Kuala Lumpur 2017 (KL2017).
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata, bersempena tempoh 100 hari menjelang temasya sukan berkenaan, rakyat Malaysia dipelawa untuk berbuat demikian menerusi laman sosial dengan hashtag #laguKL2017.
"Ia adalah inisiatif Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) bertujuan menarik pembabitan orang ramai menyemarakkan lagi KL2017," katanya selepas melancarkan detik 100 hari menuju KL2017 di KL Sentral, hari ini.
Khairy berkata, pihaknya berharap rakyat Malaysia menghantar lirik masing-masing menerusi Twitter, Facebook dan Instagram masing-masing dengan meletakkan #laguKL2017 untuk penelitian pihak berkaitan.
"Ayat atau perkataan yang dihantar itu bakal digubah komposer terkenal Datuk Ramli MS serta bakal dinyanyikan oleh Dayang Nurfaizah pada temasya sukan itu nanti," katanya.
Menurutnya, kerjasama bersama KL Sentral, Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) dan Prasarana Malaysia Berhad turut diharap dapat memperluaskan lagi publisiti mengenai Sukan SEA sehingga bermulanya temasya sukan berkenaan.
KL2017 akan berlangsung pada 19 hingga 30 Ogos depan bagi temasya Sukan SEA dan 17 hingga 23 September (Sukan Para Asean). | {
"qa": [
{
"question": "Apakah tujuan inisiatif Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC)?",
"substring": "Ia adalah inisiatif Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) bertujuan menarik pembabitan orang ramai menyemarakkan lagi KL2017"
},
{
"question": "Bagaimana cara rakyat Malaysia boleh menyumbang idea bagi lirik lagu tema Sukan Sea ke-29 dan Sukan Para Asean ke-9 Kuala Lumpur 2017?",
"substring": "rakyat Malaysia dipelawa untuk berbuat demikian menerusi laman sosial dengan hashtag #laguKL2017"
},
{
"question": "Siapakah komposer terkenal yang akan menggubah lirik-lirik yang dihantar oleh orang ramai?",
"substring": "Ayat atau perkataan yang dihantar itu bakal digubah komposer terkenal Datuk Ramli MS"
},
{
"question": "Siapakah penyanyi yang akan menyanyikan lagu tema Sukan Sea ke-29 dan Sukan Para Asean ke-9 Kuala Lumpur 2017?",
"substring": "bakal dinyanyikan oleh Dayang Nurfaizah pada temasya sukan itu nanti"
},
{
"question": "Bila akan berlangsungnya temasya Sukan SEA dan Sukan Para Asean?",
"substring": "KL2017 akan berlangsung pada 19 hingga 30 Ogos depan bagi temasya Sukan SEA dan 17 hingga 23 September (Sukan Para Asean)"
}
]
} |
KEMAHIRAN menjahit dimiliki tidak disia-siakan orang kurang upaya, Mohamad Jafri Daud, 29, yang kudung kedua-dua tangannya sejak lahir.
Mohamad Jafri yang menetap di Taman Melati, Gombak memanfaatkan kemahiran itu bagi menjana pendapatan dengan mengambil upah menjahit dan membaiki seluar.
Anak ke-11 daripada 12 beradik itu berkata, pekerjaan terbabit dilakukan selepas tamat kursus jahitan bagi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap satu di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan, Bangi, Selangor pada 2012.
Menurutnya, dia mula menimba pengalaman dengan bekerja di sebuah kedai membaiki pakaian di Puchong selama setahun sebelum mencari rezeki di Kota Bharu, Kelantan.
Katanya, selepas hampir dua tahun, dia berhijrah ke Kuala Lumpur dengan menjadi tukang jahit bebas sepenuh masa.
Meskipun pendapatan diterima tidak lumayan, pemuda berasal dari Machang, Kelantan itu puas kerana menjahit adalah pekerjaan yang diminatinya.
"Pada 2011, saya menyambung pengajian dalam kursus komputer SKM tahap satu dan sepatutnya ke peringkat seterusnya tetapi beralih menyertai kelas jahitan kerana keinginan mempelajari kemahiran itu.
"Mulanya rasa tidak boleh buat tetapi rupanya ada cara Allah beri untuk orang seperti saya lakukannya.
"Lama-kelamaan saya jadi terbiasa dan tidak rasa susah untuk menjahit, cuma minat lebih kepada jahitan membaiki seluar," katanya ketika dihubungi, semalam.
Menurutnya, dia mengambil masa selama 30 minit hingga sejam untuk membaiki seluar pelanggan.
Katanya, pendapatan diterima tidak menentu tetapi kebiasaannya tidak lebih daripada RM1,000 sebulan.
"Selalunya pelanggan akan meminta membaiki seluar mereka memandangkan itu adalah kemahiran saya.
"Namun, saya ada juga pengalaman menjahit baju pasang tahun lalu sewaktu bekerja di Semenyih.
"Setakat ini, keluarga terutama ibu memberi sokongan kepada saya untuk terus menceburi bidang itu," katanya.
Mohamad Jafri berkata, masih ada pelanggan yang memerlukan khidmatnya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun bilangannya tidak ramai.
"Pelanggan masih ada tetapi agak berkurangan, kemungkinan besar disebabkan PKP.
"Sesekali saya gunakan masa yang ada dengan mengadakan siaran langsung di Facebook bagi berkongsi kemahiran yang ada dengan rakan dan pengikut," katanya. | {
"qa": [
{
"question": "Apakah kemahiran yang dimiliki oleh Mohamad Jafri?",
"substring": "KEMAHIRAN menjahit dimiliki tidak disia-siakan orang kurang upaya, Mohamad Jafri Daud, 29, yang kudung kedua-dua tangannya sejak lahir."
},
{
"question": "Di mana Mohamad Jafri menimba pengalaman dalam bidang menjahit?",
"substring": "Menurutnya, dia mula menimba pengalaman dengan bekerja di sebuah kedai membaiki pakaian di Puchong selama setahun sebelum mencari rezeki di Kota Bharu, Kelantan."
},
{
"question": "Berapa lama Mohamad Jafri mengambil masa untuk membaiki seluar pelanggan?",
"substring": "Menurutnya, dia mengambil masa selama 30 minit hingga sejam untuk membaiki seluar pelanggan."
},
{
"question": "Berapa pendapatan yang diterima oleh Mohamad Jafri setiap bulan?",
"substring": "Katanya, pendapatan diterima tidak menentu tetapi kebiasaannya tidak lebih daripada RM1,000 sebulan."
},
{
"question": "Apakah yang dilakukan oleh Mohamad Jafri untuk berkongsi kemahirannya dengan rakan dan pengikut?",
"substring": "Sesekali saya gunakan masa yang ada dengan mengadakan siaran langsung di Facebook bagi berkongsi kemahiran yang ada dengan rakan dan pengikut,\" katanya."
}
]
} |
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah melakukan sekurang-kurangnya 62 kesalahan sejak beliau memegang jawatan pada 2009, dakwa pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Saya telah senaraikan kesalahannya dan menemui 60 daripadanya. Tapi sekarang senarai itu sudah meningkat menjadi 62 keburukan," dakwanya ketika melancarkan manifesto Pakatan Harapan malam tadi.
Kesalahan terbaru, kata Mahathir, adalah rampasan kapal layar mewah, Equanimity, yang dikaitkan dengan ahli perniagaan Jho Low.
Pada 21 Februari, Biro Siasatan Persekutuan AS (FBI) meminta pihak berkuasa Indonesia untuk menyerbu kapal layar itu.
Selepas menjejaki kapal layar itu selama lapan hari, pasukan bersama terdiri daripada polis pusat dan polis marin Indonesia serta pegawai FBI merampas kapal itu di Benoa, Bali, minggu lalu.
Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dilaporkan berkata Khamis lepas bahawa kerajaan Malaysia tidak akan menuntut kapal itu dari pihak berkuasa Indonesia, kerana ia bukan milik kerajaan Malaysia.
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) mendakwa Equanimity yang dianggarkan berharga AS$250 juta (RM1 bilion), diperolehi menggunakan wang yang didakwa diseleweng dari 1MDB.
Mahathir, yang juga pengerusi BERSATU mendakwa Najib telah merosakkan negara ini sehingga dia tidak dapat meneruskan untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 untuk menjadi sebuah negara maju.
Najib sebaliknya bergantung kepada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan lain-lain bentuk 'dedak' ketika merangka dasarnya, kata Mahathir.
Mahathir berkata sesetengah rakyat telah disumbat dengan dedak itu sehinga mereka tidak boleh bergerak, tidak boleh bertutur dan tidak boleh mendengar apa-apa pun.
[Baca berita penuh] | {
"qa": [
{
"question": "Berapa jumlah kesalahan yang dilakukan oleh Perdana Menteri Najib sejak memegang jawatan pada 2009?",
"substring": "Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah melakukan sekurang-kurangnya 62 kesalahan sejak beliau memegang jawatan pada 2009"
},
{
"question": "Siapakah yang dakwa Najib melakukan 62 kesalahan?",
"substring": "Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad."
},
{
"question": "Apakah kesalahan terbaru yang dilakukan oleh Najib?",
"substring": "Kesalahan terbaru, kata Mahathir, adalah rampasan kapal layar mewah, Equanimity, yang dikaitkan dengan ahli perniagaan Jho Low."
},
{
"question": "Siapakah yang meminta pihak berkuasa Indonesia untuk menyerbu kapal layar Equanimity?",
"substring": "Biro Siasatan Persekutuan AS (FBI) meminta pihak berkuasa Indonesia untuk menyerbu kapal layar itu."
},
{
"question": "Apakah yang didakwa oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) tentang Equanimity?",
"substring": "Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) mendakwa Equanimity yang dianggarkan berharga AS$250 juta (RM1 bilion), diperolehi menggunakan wang yang didakwa diseleweng dari 1MDB."
}
]
} |
KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedia membantu menyelesaikan masalah bekas pelumba basikal para kebangsaan, Shukor Farhan Suliman dan Mohd Nur Syafiq Suhaimy (jurumudi pelumba basikal buta) yang terpaksa berniaga jambu di tepi jalan berhampiran TTDI Jaya, Shah Alam selepas mereka tidak ditawarkan semula menjadi atlet sepenuh masa di bawah program Majlis Sukan Negara (MSN).
Jaminan itu diberikan Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang terus mengadakan pertemuan dengan mereka bersama Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail, sejurus pulang daripada lawatan kerja di Hong Kong, malam tadi.
"Sebaik pulang dari Hong Kong, saya terus mengadakan perjumpaan bersama Shukor dan Syafiq. Ketua Pengarah MSN dan jurulatih mereka turut hadir bagi mencari cara terbaik untuk membantu mereka.
"Saya mendengar penjelasan yang diberikan oleh semua pihak. Keputusan menggugurkan mereka berdasarkan penilaian prestasi yang dibuat oleh jawatankuasa serta ketua jurulatih dan ia memang dibuat setiap tahun," katanya dalam satu kenyataan menerusi akaun Istagram peribadinya di sini, hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan ketua jurulatih skuad basikal para kebangsaan, Johari Nayan, mengesahkan enam anak buahnya tidak diberikan surat tawaran baharu untuk menjadi atlet sepenuh masa di bawah program MSN kerana gagal mencapai indeks prestasi utama (KPI) dan isu masalah disiplin.
Antara yang tidak menerima surat itu termasuklah Shukor yang juga pemenang pingat emas acara 3 kilometer (3KM) kejar-mengejar berbasikal individu di Sukan Para ASEAN 2017 dan Syafiq.
Johari menjelaskan punca utama Farhan tidak mendapat surat tawaran menjadi atlet sepenuh masa ialah kerana dia gagal mencapai KPI ditetapkan MSN dan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) untuk meraih sebarang pingat biarpun sudah dua kali diberi peluang beraksi di Sukan Asia Incheon 2014 dan Jakarta 2018.
Berikutan itu, Syed Saddiq memberikan jaminan bahawa KBS akan terus menambah baik urusan kebajikan atlet negara, termasuk selepas tamat daripada program sukan bersama MSN.
Mengulas lanjut, Syed Saddiq berkata antara penambahbaikan yang bakal dilaksanakan ialah meningkatkan kerjasama dengan universiti dan institusi pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) untuk memberikan biasiswa di samping memudahkan atlet melanjutkan pelajaran sewaktu menjalani latihan.
"Akhir tahun lepas kita dapat menjalinkan hubungan dengan dua lagi universiti untuk menjadikan tujuh jumlah keseluruhan. Sasaran kita adalah satu universiti di setiap satu negeri di seluruh Malaysia pada hujung tahun 2019. Fleksibiliti belajar dan biasiswa.
"Selain itu inisiatif skim insuran untuk atlet sedang dikaji untuk diselaraskan di dalam program sukan di bawah MSN dan satu 'pusat sehenti' (one stop centre) untuk memudahkan komunikasi bersama atlet juga akan diwujudkan pada tahun ini," katanya.
Sementara itu, Shukor Farhan berkata, beliau berpuas hati hasil perbincangan dengan Syed Saddiq biarpun masih kurang jelas dengan bentuk bantuan bakal diterimanya daripada KBS.
"Setakat ini belum ada apa-apa keputusan dan persetujuan rasmi dicapai kerana kami hanya berbincang sahaja. Saya juga perlu berfikir panjang sebelum membuat keputusan untuk kembali bersama skuad kebangsaan jika diberikan tawaran menjadi atlet sepenuh masa di bawah MSN semula," katanya. | {
"qa": [
{
"question": "Siapakah bekas pelumba basikal para kebangsaan yang mengalami masalah dan berniaga jambu di tepi jalan?",
"substring": "bekas pelumba basikal para kebangsaan, Shukor Farhan Suliman dan Mohd Nur Syafiq Suhaimy (jurumudi pelumba basikal buta)"
},
{
"question": "Menteri mana yang memberikan jaminan untuk membantu menyelesaikan masalah bekas pelumba basikal para kebangsaan?",
"substring": "Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman"
},
{
"question": "Apakah program yang tidak menawarkan semula Shukor dan Syafiq menjadi atlet sepenuh masa?",
"substring": "program Majlis Sukan Negara (MSN)"
},
{
"question": "Apakah punca utama Farhan tidak mendapat surat tawaran menjadi atlet sepenuh masa?",
"substring": "kerana dia gagal mencapai KPI ditetapkan MSN dan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) untuk meraih sebarang pingat biarpun sudah dua kali diberi peluang beraksi di Sukan Asia Incheon 2014 dan Jakarta 2018."
},
{
"question": "Apakah penambahbaikan yang bakal dilaksanakan oleh KBS untuk atlet negara?",
"substring": "meningkatkan kerjasama dengan universiti dan institusi pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) untuk memberikan biasiswa di samping memudahkan atlet melanjutkan pelajaran sewaktu menjalani latihan."
}
]
} |
ULASAN FILEM | Sutradara Che Mie hadir dengan adaptasi menarik memindahkan kisah Jibam dari novel ke layar lebar.
Untuk sesiapa yang kurang mengenali nama Jibam, watak itu suatu ketika dulu pernah melekat di hati ramai orang apabila novelnya terjual ratusan ribu naskhan dan diulang cetak berkali-kali sehinggalah 2007.
Keadaan itu sedikit sebanyak boleh menjadi latar kepada anda untuk memahami bahawa Jibam ialah karya yang bukan sembarangan.
Bagaimanapun persoalan yang hadir di minda saya dan penonton ketika melihat Jibam hadir sebagai manusia sebenar di atas layar ialah, apakah karya Che Mie ini berjaya disetarakan dengan karya asal dalam bentuk buku?
Walaupun masih hijau dalam arena perfileman, bakat besar Mohd Ariff Abdullah adalah faktor utama menjadikan Jibam itu Jibam.
Emosi, memek muka, serta reaksinya sebagai Jibam dimainkan dengan begitu meyakinkan. Kekuatan lakonan Mohd Ariff juga mungkin disebabkan keadaan semula dia yang begitu dekat dengan watak Jibam.
Keserasian terjalin antara pelakon veteran - seperti A Galak, Khir Rahman, Kamarool Yusof, Zaidi Omar dan Kazar Saisi - pula tampak begitu serasi.
Gandingan mereka amat berkesan menghidupkan watak stereotipikal kampung yang mewarnai cerita ini.
Penulis memilih adegan “cakap depan tapi belakang” di kedai kopi sebagai babak kegemaran peribadi kerana ia dilakonkan dengan begitu sempurna, berlatarkan dialog padu dan mesej bawah sedar yang terkandung dalam kata-kata mereka.
Elemen nostalgia terjentik
Pujian seharusnya diberikan kepada jurukamera dan juruvideo filem ini kerana sentuhan mereka menghidupkan Jibam.
Sepanjang perjalanan cerita, penonton terpukau akan keindahan alam sekitar di Sungai Lembing dan kawasan perkampungan yang dipaparkan.
Palet warna cerah yang digunakan dalam filem ini menyerlahkan lagi kualiti dan keindahan Kampung Belulang.
Skor muzik yang dimainkan pula berpadanan dengan situasi dan babak. Alunan muzik ceria dan menenangkan berjaya membawa penonton mengimbau kembali zaman kanak-kanak mereka melalui kehidupan di Kampung Belulang.
Ia lantas menjentik elemen nostalgia yang bersarang pada hati peminat dan penonton.
Aspek syot dan permainan kamera diiringi dengan skor muzik dalam Jibam merupakan suatu nafas baru dalam industri filem tanah air kerana paparan visual dalam filem ini bertindak menceritakan segala-galanya.
Sayang seribu kali sayang, untuk sebuah filem dengan visual dan skor muzik bertaraf antarabangsa, potensi Jibam untuk berkembang sebagai filem yang sempuna sedikit tempang lantaran susunan plot tidak kemas dan transisi babak ke babak yang sedikit bercelaru.
Boleh dikatakan plot penceritaan merupakan kelemahan utama Jibam ini, terutamanya pada akhir penceritaan.
Walaupun penulis tidak pernah membaca novel asal dan hadir sebagai seorang penonton kasual, terasa seperti ada beberapa babak penting gagal dibawa ke layar perak.
Sindiran kepada penguasa
Penulisan skrip dan cerita untuk fasa pengakhiran Jibam nampak seperti dilakukan dengan sambil lewa atau terlalu tergesa-gesa untuk ditamatkan.
Ketiadaan sari kata juga membunuh intipati dan mesej sesetengah babak penting kerana penonton tidak mampu menangkap dialog yang dilontarkan, lantas menimbulkan kekeliruan.
Jalan cerita yang menarik dan berentak kartun ini sememangnya unik namun penonton mungkin kurang memahami beberapa babak membabitkan adegan imbas kembali gagal diterjemah dengan tepat oleh sutradara.
Jibam diangkat sebagai sebuah satira masyarakat setempat dan cerminan terhadap realiti masa kini.
Orang yang kelainan upaya dicemuh, dibuli, dipersendakan serta dipandang enteng, sedangkan mereka tidak punya dosa atau akal yang mencukupi untuk mengawal diri mereka sebaiknya.
Selain itu, latar belakang masyarakat Melayu kampung yang dilihat begitu terasing sekali daripada arus pemodenan mungkin suatu mesej sindiran terhadap parti berkuasa yang tidak mengendahkan kebajikan dan perihal penduduk yang berada di bawah naungan mereka.
Kemudahan dan tempat tinggal yang daif, dengan basikal tua sebagai alat pengangkutan serta ketidakmampuan penduduk mendapatkan rawatan di hospital menjadi cerminan realiti terhadap keadaan rakyat yang semakin tertekan pada zaman sekarang lantaran kos sara hidup yang kian meningkat saban hari.
Kesimpulannya, Jibam bukanlah filem yang sempurna namun ia juga bukanlah sebuah cerita yang penuh dengan cela. Cuma penulis sedikit ralat dengan plot yang sememangnya hebat namun perjalanan cerita ada ketikanya mengelirukan dan terlalu perlahan.
Pihak produksi sewajarnya lebih bijak memikat penonton kasual seperti saya untuk hadir menyaksikan filem yang berkualiti seperti ini kerana adalah satu kerugian besar jika filem dengan potensi besar begini dihasilkan hanya untuk menyasarkan segelintir pihak dan peminat sahaja, bukannya seluruh rakyat Malaysia.
Saya percaya akan kebolehan dan potensi karya ini untuk berjaya pada masa akan datang kerana "kalau kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti." | {
"qa": [
{
"question": "Siapakah Jibam?",
"substring": "Untuk sesiapa yang kurang mengenali nama Jibam, watak itu suatu ketika dulu pernah melekat di hati ramai orang apabila novelnya terjual ratusan ribu naskhan dan diulang cetak berkali-kali sehinggalah 2007."
},
{
"question": "Siapakah Mohd Ariff Abdullah?",
"substring": "Walaupun masih hijau dalam arena perfileman, bakat besar Mohd Ariff Abdullah adalah faktor utama menjadikan Jibam itu Jibam."
},
{
"question": "Apakah babak kegemaran penulis dalam filem Jibam?",
"substring": "Penulis memilih adegan “cakap depan tapi belakang” di kedai kopi sebagai babak kegemaran peribadi kerana ia dilakonkan dengan begitu sempurna, berlatarkan dialog padu dan mesej bawah sedar yang terkandung dalam kata-kata mereka."
},
{
"question": "Apakah elemen nostalgia yang terjentik dalam filem Jibam?",
"substring": "Alunan muzik ceria dan menenangkan berjaya membawa penonton mengimbau kembali zaman kanak-kanak mereka melalui kehidupan di Kampung Belulang."
},
{
"question": "Apakah kelemahan utama dalam filem Jibam?",
"substring": "Walaupun penulis tidak pernah membaca novel asal dan hadir sebagai seorang penonton kasual, terasa seperti ada beberapa babak penting gagal dibawa ke layar perak."
}
]
} |
ULASAN | Fadiah Nadwa Fikri adalah nama yang menarik perhatian penulis lantaran pandangan kritikalnya terhadap institusi raja-raja di negara ini.
Fadiah menerusi tulisan dalam artikel “Jangan engkau cium tangan yang memukulmu” yang disiarkan dalam laman sesawang Malaysia Muda telah mengundang pelbagai reaksi.
Dalam tulisan Fadiah membuat satu kesimpulan yang secara terang-terangan 'menyerang' tiang seri negara apabila berkata:
"Satu kesimpulan jelas: bukan sahaja monarki antidemokrasi, malah ia serangan langsung ke atas martabat kita sebagai manusia. Tatkala penyokong peninggalan kuno ini menghujahkan bahawa monarki sebagaimana wujudnya pada hari ini hanyalah perhiasan perlembagaan yang neutral, realiti menunjukkan sebaliknya. Kita harus melihat melampaui apa yang tertulis dalam perlembagaan untuk memahami politik yang diamalkan institusi ini, kepentingan siapa yang ia wakili, dan di pihak mana ia berada."
Aktivis wanita itu menjadikan keluarga diraja Johor sebagai contoh untuk menjustifikasikan rasa tidak bersetujunya dengan institusi Raja-raja. Tidak pula disebut keluarga diraja dari negeri-negeri Melayu lain di Malaysia.
Berdasarkan pemahaman penulis, jelas Fadiah menyuarakan rasa tidak puas hatinya dengan Kesultanan Melayu Johor yang turunnya daripada keluarga Temenggung Daeng Ibrahim.
Benar, tiada satu sistem pun yang sempurna dalam mengurus tadbir pemerintahan, namun sehingga hari ini sistem monarki berperlembagaan dan demokrasi berparlimen adalah yang terbaik untuk negara.
Di Malaysia, kuasa Raja-raja diikat dengan perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri, yang setiap Raja hendaklah bertindak setakat mana yang dibenarkan undang-undang. Tiada sesiapa pun boleh mengatasi undang-undang yang tertulis.
Jika benar monarki itu antidemokrasi, bagaimana mungkin rakyat boleh memilih Pakatan Harapan membentuk kerajaan bagi menggantikan BN. Raja-raja meraikannya dan melantik perdana menteri daripada Pakatan Harapan.
Politik yang diamalkan oleh monarki di Malaysia adalah politik membela agama Islam, orang Melayu dan menjaga kepentingan sah kaum lain. Semuanya disebut dalam perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri.
Pada penulis tidak ada salahnya dengan monarki. Banyak negara lain membuktikan monarki mengangkat martabat kebebasan rakyatnya diselangi dengan kemakmuran dan keadilan sosial yang hebat.
Lihat sahaja Belanda, Belgium, Sweden, Norway, Denmark, Sepanyol, Jepun dan Qatar. Negara-negara berkenaan cukup maju meliputi hampir semua aspek, di mana ketua negaranya adalah Raja.
Dalami sebab-musabab
Difahamkan Fadiah juga adalah seorang pengamal undang-undang dan sewajarnya beliau tahu mengenai perkara ini, bukan sahaja secara literal tetapi mendalami sebab musabab yang tersirat mengapa wujud Raja-raja di Malaysia.
Jika Fadiah menggunakan hujah nilai kebebasan untuk rakyat, percayalah rakyat Malaysia yang marhaen jauh lebih bebas daripada batang tubuh yang menjadi Raja-raja.
Contoh mudah, rakyat bebas berkunjung ke pusat beli-belah dan membawa keluarga berjalan-jalan. Malah hendak duduk mencangkung sambil menikmati durian pun tiada masalah.
Penulis tidak fikir Raja-raja di negara ini mampu berbuat seperti rakyat di bawah. Itulah harga yang terpaksa dibayar Raja-raja. Tiada kebebasan mandiri seperti rakyat kerana terlalu terikat dengan protokol dan peraturan istana.
"Mengapa golongan yang darahnya merah, semerah darah mereka yang dipaksakan kepatuhan kepada golongan itu mempunyai hak keistimewaan tersendiri?" tanya Fadiah.
Hak istimewa apa jika terpaksa menanggung dosa satu negeri dan setiap rakyatnya. Hak istimewa apa jika hendak memeluk kawan sepermainan pun ditegah pembesar istana. Hak istimewa apa jika makan roti canai di kedai mamak sambil memakai baju pagoda pun akan diumpat sekalian rakyat jelata.
Sedangkan golongan yang darahnya merah, semerah darah mereka dan dipaksakan patuh itu pula bebas menikmati kemakmuran negeri yang diperintah Raja yang langsung tidak menikmati kebebasan seperti rakyatnya.
Pada penulis, setiap manusia dilahirkan berbeza-beza, sama ada mengikut jantina, kaum, warna kulit, darjat, agama dan kerakyatan. Ini supaya kita boleh saling belajar dan berkenalan. Pada akhirnya, Tuhan juga yang akan menghakimi kedudukan kita sebenar-benarnya.
B NANTHA KUMAR seorang wartawan bebas.
Rencana ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini. | {
"qa": [
{
"question": "Siapakah Fadiah Nadwa Fikri?",
"substring": "Fadiah Nadwa Fikri adalah nama yang menarik perhatian penulis lantaran pandangan kritikalnya terhadap institusi raja-raja di negara ini."
},
{
"question": "Apa kesimpulan yang dibuat oleh Fadiah dalam tulisannya?",
"substring": "Satu kesimpulan jelas: bukan sahaja monarki antidemokrasi, malah ia serangan langsung ke atas martabat kita sebagai manusia."
},
{
"question": "Mengapa Fadiah menggunakan keluarga diraja Johor sebagai contoh?",
"substring": "Aktivis wanita itu menjadikan keluarga diraja Johor sebagai contoh untuk menjustifikasikan rasa tidak bersetujunya dengan institusi Raja-raja."
},
{
"question": "Apakah politik yang diamalkan oleh monarki di Malaysia?",
"substring": "Politik yang diamalkan oleh monarki di Malaysia adalah politik membela agama Islam, orang Melayu dan menjaga kepentingan sah kaum lain."
},
{
"question": "Bagaimana pandangan penulis terhadap monarki?",
"substring": "Pada penulis tidak ada salahnya dengan monarki. Banyak negara lain membuktikan monarki mengangkat martabat kebebasan rakyatnya diselangi dengan kemakmuran dan keadilan sosial yang hebat."
}
]
} |
NEW DELHI: Desakan hidup kerana tidak mendapat pekerjaan mendorong seorang remaja lelaki bertindak berani dengan membuka sendiri cawangan palsu sebuah bank utama di India.
Biarpun beroperasi tanpa lesen dan kebenaran, cawangan haram State Bank of India (SBI) di Panruti, Tamil Nadu itu sempat beroperasi selama tiga bulan.
Bagaimanapun, sepanjang tempoh berkenaan, tiada individu yang menjadi mangsa penipuan remaja berkenaan.
Gulf News melaporkan rahsia remaja berusia 19 tahun itu terbongkar selepas seorang pemegang akaun SBI mengesyaki sesuatu yang mencurigakan.
Dia kemudian melaporkan perkara itu kepada pihak SBI.
lndian News Channel melaporkan susulan laporan itu, polis menahan remaja terbabit bersama dua rakan kongsinya.
Seorang daripada rakan kongsinya berusia 52 adalah pemilik syarikat pembuatan cap getah manakala seorang lagi yang berusia 42 tahun adalah pemilik syarikat percetakan.
Difahamkan, bapa kepada remaja itu adalah kakitangan bank dan meninggal dunia 10 tahun lalu.
Ibunya juga pernah berkhidmat sebagai kakitangan bank, tetapi bersara sejak dua tahun lalu.
Disebabkan itu, remaja berkenaan dipercayai tekad membuka cawangan bank palsu SBI.
Apa yang menariknya, reka bentuk dalam bank itu serupa dengan cawangan bank berkenaan. | {
"qa": [
{
"question": "Apakah yang mendorong seorang remaja lelaki membuka cawangan palsu sebuah bank utama di India?",
"substring": "Desakan hidup kerana tidak mendapat pekerjaan mendorong seorang remaja lelaki bertindak berani dengan membuka sendiri cawangan palsu sebuah bank utama di India."
},
{
"question": "Berapa lama cawangan haram State Bank of India (SBI) di Panruti, Tamil Nadu beroperasi?",
"substring": "Biarpun beroperasi tanpa lesen dan kebenaran, cawangan haram State Bank of India (SBI) di Panruti, Tamil Nadu itu sempat beroperasi selama tiga bulan."
},
{
"question": "Siapakah yang melaporkan kecurigaan terhadap cawangan palsu tersebut?",
"substring": "Gulf News melaporkan rahsia remaja berusia 19 tahun itu terbongkar selepas seorang pemegang akaun SBI mengesyaki sesuatu yang mencurigakan."
},
{
"question": "Siapakah yang ditahan oleh polis susulan laporan tersebut?",
"substring": "Seorang daripada rakan kongsinya berusia 52 adalah pemilik syarikat pembuatan cap getah manakala seorang lagi yang berusia 42 tahun adalah pemilik syarikat percetakan."
},
{
"question": "Mengapa remaja tersebut memutuskan untuk membuka cawangan bank palsu SBI?",
"substring": "Disebabkan itu, remaja berkenaan dipercayai tekad membuka cawangan bank palsu SBI."
}
]
} |
Jika didengar lenggok gaya pertuturan, tiada siapa yang menyangka pemuda berusia 23 dari Rantau Panjang ini bukan berbangsa Melayu walaupun loghat yang digunakan persis loghat masyarakat Melayu Kelantan.
Nang Ruen Tin sebenarnya dari kalangan masyarakat berketurunan Siam yang telah lama menyatu dan berasimilasi dengan masyarakat Melayu Kelantan sejak sebelum merdeka terutamanya dari segi pertuturan tanpa menghilangkan budaya dan tradisi nenek moyang mereka.
"Masyarakat Kelantan hidup harmoni dalam kepelbagaian kaum yang berkongsi cara hidup, loghat percakapan dalam dialek Kelantan dan saling menghormati fahaman agama masing-masing.
"Pada sambutan Hari Kebangsaan sebegini menjadi salah satu contoh supaya hubungan baik diteruskan menerusi aktiviti pelbagai kaum dan generasi muda harus diberi pendedahan mengenai sejarah dan semangat kemerdekaan itu," katanya kepada Bernama.
Sempena sambutan Hari Kebangsaan masyarakat keturunan Siam di Kelantan turut bersemangat memasang bendera Jalur Gemilang di rumah mereka.
Wareen Chua Rui Yin, 16, dari Kampung Paya Pasir, Wakaf Bharu berkata beliau bersyukur kerana sebaik lahir di daerah ini , hidup di kampung dengan penuh kemakmuran bersama kaum lain menjadikan hubungan mereka sangat erat.
"Sebaik sahaja masuk bulan Ogos, biasanya keluarga saya akan beli dan hias Jalur Gemilang di rumah dan di pagar rumah.
"Masih ramai dalam kalangan penduduk yang kurang menyedari untuk mengibarkan Jalur Gemilang di rumah dan premis kedai, jadi keluarga kami mengambil kesempatan untuk memulakan usaha semangat Merdeka di rumah kami," katanya.
Tong Swee Gim, 57, pula berkata sejak kecil bersemangat menyambut Hari Kebangsaan.
"Waktu kecil, saya kibarkan Jalur Gemilang di basikal, yang mana pada waktu petang balik dari sekolah, saya bersama rakan lain menghias basikal masing-masing dengan Jalur Gemilang dan apabila kami tunggang basikal, semangat pahlawan dan cintakan negara disemai dari situ," katanya.
- Bernama | {
"qa": [
{
"question": "Apakah loghat yang digunakan oleh Nang Ruen Tin?",
"substring": "tiada siapa yang menyangka pemuda berusia 23 dari Rantau Panjang ini bukan berbangsa Melayu walaupun loghat yang digunakan persis loghat masyarakat Melayu Kelantan."
},
{
"question": "Apakah keturunan Nang Ruen Tin?",
"substring": "Nang Ruen Tin sebenarnya dari kalangan masyarakat berketurunan Siam"
},
{
"question": "Bagaimana hubungan kaum di Kelantan?",
"substring": "\"Masyarakat Kelantan hidup harmoni dalam kepelbagaian kaum yang berkongsi cara hidup, loghat percakapan dalam dialek Kelantan dan saling menghormati fahaman agama masing-masing."
},
{
"question": "Apakah aktiviti yang disarankan oleh Nang Ruen Tin sempena sambutan Hari Kebangsaan?",
"substring": "\"Pada sambutan Hari Kebangsaan sebegini menjadi salah satu contoh supaya hubungan baik diteruskan menerusi aktiviti pelbagai kaum dan generasi muda harus diberi pendedahan mengenai sejarah dan semangat kemerdekaan itu,\" katanya kepada Bernama."
},
{
"question": "Apakah yang dilakukan oleh Wareen Chua Rui Yin sempena sambutan Hari Kebangsaan?",
"substring": "Wareen Chua Rui Yin, 16, dari Kampung Paya Pasir, Wakaf Bharu berkata beliau bersyukur kerana sebaik lahir di daerah ini , hidup di kampung dengan penuh kemakmuran bersama kaum lain menjadikan hubungan mereka sangat erat."
}
]
} |
Puteri tunggal Sultan Johor Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim sah bergelar isteri kepada jejaka Belanda Dennis Muhammad Abdullah dengan sekali lafaz dalam bahasa Melayu di istiadat akad nikah di Istana Bukit Serene, Johor Bahru, hari ini.
Pasangan diraja itu dinikahkan oleh mufti Datuk Mohd Tahrir Samsudin yang diperkenankan oleh sultan Johor sebagai wakil rasmi baginda.
Keluarga pengantin perempuan yang diwakili Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli menyerahkan sembilan dulang hantaran berbalas tujuh dulang daripada pengantin lelaki, yang diwakili bekas setiausaha kerajaan negeri Johor Datuk Ismail Karim.
Keluarga pengantin perempuan dan lelaki bertukar hantaran yang dibawa masuk oleh anggota Askar Timbalan Setia Negeri (ATSN).
Hadiah yang disampaikan keluarga diraja Johor kepada pengantin lelaki merangkumi cincin emas, al-Quran; sejadah; persalinan baju Melayu Teluk Belanga dan sampin; sirih junjung, kek, bunga rampai dan halwa maskat.
Istiadat pernikahan yang menyusul sejurus selepas istiadat pertunangan dan majlis hantaran itu disaksikan Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, serta ahli keluarga dan rakan terdekat.
Berangkat sama, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri Che’ Puan Khaleeda Bustamam; Tunku Temenggong Tunku Idris Iskandar Al-Haj; Tunku Panglima Tunku Abdul Rahman Al-Haj Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar.
Hadir sama, ibu bapa pengantin lelaki, Martin dan Henriette Verbaas, ahli keluarga dan rakan terdekat dari Belanda.
Pengantin lelaki kemudiannya dibawa ke bilik tingkat atas bagi menyempurnakan "istiadat menyarung cincin".
Dennis menyarungkan cincin perkahwinan di jari manis tangan kanan Tunku Tun Aminah serta memberikannya mas kahwin sebanyak RM22.50.
Pasangan yang kelihatan anggun dan tampan mengenakan busana tradisional Johor, baju
kurung Teluk Belanga dan baju Melayu Teluk Belanga serba putih itu kemudian turun ke bawah sebelum mencium tangan ibu bapa masing-masing dan juga ahli keluarga yang lain.
Dennis juga mengenakan songkok dengan dua kerongsang yang sama digunakan oleh almarhum Sultan Iskandar pada hari perkahwinannya, yang diberikan oleh bondanya, Sultanah Aminah Ungku Ahmad.
Istiadat berlangsung dengan menampilkan segala keunikan, kekayaan warisan serta tradisi dan adat istiadat diraja Johor.
Di sebelah malam, pasangan itu akan diraikan dalam istiadat persandingan di Bilik Singgahsana Istana Besar Johor Bahru.
Kira-kira 1,200 tetamu akan menghadiri majlis ringkas tapi penuh bermakna itu yang akan turut dipancarkan secara langsung kepada orang ramai menerusi skrin digital gergasi, ditempatkan di Dataran Bandar Raya dan bangunan Majlis Bandar Raya Johor Bahru. | {
"qa": [
{
"question": "Siapakah yang menjadi wakil rasmi baginda dalam akad nikah?",
"substring": "Pasangan diraja itu dinikahkan oleh mufti Datuk Mohd Tahrir Samsudin yang diperkenankan oleh sultan Johor sebagai wakil rasmi baginda."
},
{
"question": "Berapa banyak dulang hantaran yang diserahkan oleh keluarga pengantin perempuan dan lelaki?",
"substring": "Keluarga pengantin perempuan yang diwakili Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli menyerahkan sembilan dulang hantaran berbalas tujuh dulang daripada pengantin lelaki"
},
{
"question": "Apa sahaja hadiah yang disampaikan keluarga diraja Johor kepada pengantin lelaki?",
"substring": "Hadiah yang disampaikan keluarga diraja Johor kepada pengantin lelaki merangkumi cincin emas, al-Quran; sejadah; persalinan baju Melayu Teluk Belanga dan sampin; sirih junjung, kek, bunga rampai dan halwa maskat."
},
{
"question": "Siapakah yang turut hadir dalam majlis perkahwinan?",
"substring": "Hadir sama, ibu bapa pengantin lelaki, Martin dan Henriette Verbaas, ahli keluarga dan rakan terdekat dari Belanda."
},
{
"question": "Di mana majlis persandingan akan diadakan?",
"substring": "Di sebelah malam, pasangan itu akan diraikan dalam istiadat persandingan di Bilik Singgahsana Istana Besar Johor Bahru."
}
]
} |
GLOBAL | Sekurang-kurang 10 letupan bom menggegarkan wilayah bergolak Phatthalung dan Satun di selatan Thailand sejak malam tadi hingga awal pagi ini.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan namun letupan itu mengakibatkan kerosakan pada bangunan dan kenderaan di tempat kejadian.
Di Wilayah Phatthalung, kira-kira 200 kilometer dari Pattani, sekurang-kurangnya enam butir bom meletup di Daerah Pak Phayun antara pukul dua hingga empat pagi (waktu tempatan) Ahad manakala sebutir lagi berjaya dimusnahkan.
Media tempatan melaporkan bahawa letupan itu berlaku di beberapa lokasi termasuk beberapa kedai runcit, kedai basikal di tambon (subdaerah) Don Prahu dan sebuah tong sampah berdekatan sebuah tadika di Daerah Pak Phayun.
Berdasarkan rakaman CCTV di tempat kejadian, polis mendapati dua suspek menggunakan motosikal berada di beberapa lokasi kejadian.
Sementara itu, empat lagi letupan dilaporkan berlaku di Wilayah Satun lewat malam sehingga awal pagi ini.
Ketua Polis Muang Satun Kol. Pacharapol Na Nakorn berkata dalam kejadian pertama kira-kira 10.15 malam (waktu tempatan), sebutir bom dipercayai meletup di dalam tong sampah di depan Balai Polis Satun.
Dalam kejadian kedua kira-kira 10.50 malam (waktu tempatan), beliau berkata sebutir bom meletup di tempat letak kenderaan balai polis itu yang mana ia dipasang di sebuah motosikal sebelum diletupkan.
“Siasatan skuad bom (EOD) mendapati bom yang digunakan dalam insiden itu adalah bom buatan sendiri. Tiada serpihan bom ditemui,” katanya.
Laporan awal polis mendapati lima buah kereta dan puluhan motosikal di tempat letak kenderaan balai polis tersebut mengalami kerosakan manakala bangunan turut mengalami kerosakan akibat insiden itu
Selain itu, dua butir bom meletup di luar sebuah kedai runcit di Khlong Khud kira-kira 4.20 pagi dan 5.10 pagi manakala satu lagi berjaya dimusnahkan.
Pihak berkuasa tempatan mengadakan mesyuarat untuk memantau dan mengetatkan kawalan di wilayah bergolak itu.
-Bernama | {
"qa": [
{
"question": "Berapa jumlah letupan bom yang berlaku di wilayah Phatthalung?",
"substring": "Di Wilayah Phatthalung, kira-kira 200 kilometer dari Pattani, sekurang-kurangnya enam butir bom meletup di Daerah Pak Phayun antara pukul dua hingga empat pagi (waktu tempatan) Ahad manakala sebutir lagi berjaya dimusnahkan."
},
{
"question": "Apakah kerosakan yang disebabkan oleh letupan bom?",
"substring": "Tiada kemalangan jiwa dilaporkan namun letupan itu mengakibatkan kerosakan pada bangunan dan kenderaan di tempat kejadian."
},
{
"question": "Siapakah yang menjadi suspek dalam kejadian letupan bom?",
"substring": "Berdasarkan rakaman CCTV di tempat kejadian, polis mendapati dua suspek menggunakan motosikal berada di beberapa lokasi kejadian."
},
{
"question": "Berapa jumlah letupan bom yang berlaku di wilayah Satun?",
"substring": "Sementara itu, empat lagi letupan dilaporkan berlaku di Wilayah Satun lewat malam sehingga awal pagi ini."
},
{
"question": "Apakah jenis bom yang digunakan dalam insiden di tempat letak kenderaan balai polis?",
"substring": "Laporan awal polis mendapati lima buah kereta dan puluhan motosikal di tempat letak kenderaan balai polis tersebut mengalami kerosakan manakala bangunan turut mengalami kerosakan akibat insiden itu"
}
]
} |
Kerajaan meminta kedutaan asing menyediakan keperluan bagi rakyat mereka yang tinggal di bangunan Selangor Mansion dan Malayan Mansion di Kuala Lumpur yang diletakkan bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata 97 peratus daripada 6,000 orang terjejas ialah warga asing.
Dalam sidang media di Putrajaya hari ini, Ismail mengingatkan bahawa warga asing di Malaysia adalah tanggungjawab kedutaan masing-masing
Perintah berkurung di dua bangunan di Jalan Masjid India diumumkan semalam selepas 19 kes positif dikesan di premis itu.
Pada masa ini rakyat Malaysia di bawah PKPD dibantu dengan keperluan harian oleh kerajaan.
Ismail berkata selain mendapatkan bantuan kedutaan, warga asing di bawah PKPD boleh membeli barang keperluan dengan membuat pesanan di pusat operasi di kawasan perintah berkurung.
[Baca berita asal] | {
"qa": [
{
"question": "Berapa peratus daripada 6,000 orang terjejas di Selangor Mansion dan Malayan Mansion ialah warga asing?",
"substring": "Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata 97 peratus daripada 6,000 orang terjejas ialah warga asing."
},
{
"question": "Apakah yang diminta oleh kerajaan kepada kedutaan asing bagi rakyat mereka yang tinggal di Selangor Mansion dan Malayan Mansion?",
"substring": "Kerajaan meminta kedutaan asing menyediakan keperluan bagi rakyat mereka yang tinggal di bangunan Selangor Mansion dan Malayan Mansion di Kuala Lumpur yang diletakkan bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)."
},
{
"question": "Di mana terletaknya Selangor Mansion dan Malayan Mansion?",
"substring": "Perintah berkurung di dua bangunan di Jalan Masjid India diumumkan semalam selepas 19 kes positif dikesan di premis itu."
},
{
"question": "Siapakah yang bertanggungjawab terhadap warga asing di Malaysia?",
"substring": "Ismail mengingatkan bahawa warga asing di Malaysia adalah tanggungjawab kedutaan masing-masing."
},
{
"question": "Bagaimana cara warga asing di bawah PKPD membeli barang keperluan?",
"substring": "selain mendapatkan bantuan kedutaan, warga asing di bawah PKPD boleh membeli barang keperluan dengan membuat pesanan di pusat operasi di kawasan perintah berkurung."
}
]
} |
Perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menzahirkan rasa kecewa apabila banyak wang dibazirkan untuk membangunkan senjata api sedangkan ia boleh dimanfaatkan untuk teknologi yang lebih berfaedah.
Beliau mengambil contoh Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) yang pada asalnya diadakan sebagai pameran pesawat kecil, tetapi kini menjadi medan mempamerkan pesawat dan jet pejuang besar untuk peperangan.
"Saya bercakap mengenai teknologi dan sebagainya, kita boleh buat mikro cip untuk pelbagai benda.
"Tetapi tumpuan diberikan dan banyak wang dibelanjakan bagi membangunkan senjata.
"Pada asalnya LIMA hanya pameran bagi pesawat kecil, tetapi kita membanggakan pesawat atau jet pejuang yang besar untuk melakukan kekejaman," katanya pada perasmian penutup Forum CEO anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana di Kuala Lumpur petang tadi.
Untuk rekod LIMA 2019 berakhir pada 30 Mac lalu.
Menteri Pertahanan Mohamad Sabu sebelum ini berkata LIMA kali ini diiktiraf sebagai yang terbaik dalam penganjurannya apabila mencatat nilai Memorandum Persefahaman (MoU) dan kontrak yang ditandatangani melebihi RM4 bilion.
Ia dikatakan tertinggi dalam sejarah penganjurannya sejak 1991.
Kali pertama LIMA dianjurkan hanya satu syarikat tempatan terbabit, tetapi pada LIMA 2019 terdapat 206 pempamer tempatan.
LIMA kali ini juga mencatat kehadiran pelawat perdagangan seramai 42,030 daripada 63 negara - menunjukkan pameran itu mempunyai tarikan dan pengunjung setia tersendiri. | {
"qa": [
{
"question": "Apakah contoh yang diambil oleh Dr Mahathir dalam rasa kecewanya?",
"substring": "Beliau mengambil contoh Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) yang pada asalnya diadakan sebagai pameran pesawat kecil, tetapi kini menjadi medan mempamerkan pesawat dan jet pejuang besar untuk peperangan."
},
{
"question": "Apakah yang menjadi tumpuan belanjaan kerajaan dalam pembangunan teknologi?",
"substring": "\"Tetapi tumpuan diberikan dan banyak wang dibelanjakan bagi membangunkan senjata."
},
{
"question": "Bila berakhirnya LIMA 2019?",
"substring": "Untuk rekod LIMA 2019 berakhir pada 30 Mac lalu."
},
{
"question": "Berapa nilai Memorandum Persefahaman (MoU) dan kontrak yang ditandatangani pada LIMA 2019?",
"substring": "Menteri Pertahanan Mohamad Sabu sebelum ini berkata LIMA kali ini diiktiraf sebagai yang terbaik dalam penganjurannya apabila mencatat nilai Memorandum Persefahaman (MoU) dan kontrak yang ditandatangani melebihi RM4 bilion."
},
{
"question": "Berapa jumlah pelawat perdagangan yang hadir pada LIMA 2019?",
"substring": "LIMA kali ini juga mencatat kehadiran pelawat perdagangan seramai 42,030 daripada 63 negara - menunjukkan pameran itu mempunyai tarikan dan pengunjung setia tersendiri."
}
]
} |
PEKAN: Kecacatan fizikal selepas diserang demam panas ketika kecil, menjadi lebih perit apabila Amirudin Abdullah, 48, kehilangan kaki kiri disebabkan barah tulang 27 tahun lalu.
Kini kehidupan Amirudin yang menetap di Kampung Temai Tengah, di sini bergantung sepenuhnya pada basikal roda tiga, pemberian rakannya untuk melakukan kegiatan harian.
Menurutnya, basikal itu menjadi nadi untuk bergerak ke kedai dan menguruskan projek ternakan ayam kampung lebih 70 ekor yang diusahakan sejak lima tahun lalu.
“Basikal dan saya tidak mungkin dapat dipisahkan. Walaupun berkarat dan semakin uzur, namun saya begitu selesa mengayuhnya setiap hari.
“Saya menggunakan tangan kanan untuk mengayuhnya. Sejak digunakan lebih 20 tahun lalu sudah dua kali rangka basikal patah dan banyak kali juga tayar bocor,” katanya yang memiliki kemahiran membaiki basikal roda dua.
Dia yang pernah mengikuti latihan di Pusat Latihan Orang Cacat Cheras, Selangor berkata, kemahiran dalam bidang kimpalan dan membaiki basikal membolehkan dia membaiki basikal penduduk kampung.
Amirudin berkata, tahun lalu pihak Institut Kemahiran MARA Tan Sri Yahaya Ahmad, di sini ada menyumbangkan basikal roda tiga kepadanya namun tidak dapat digunakan kerana ia agak berat untuk bergerak.
Beliau berkata, dia bercita-cita untuk membuka bengkel basikal suatu hari nanti sekiranya ada pihak yang ingin membantunya dan kini dia membaiki basikal secara sambilan di rumah.
Menurutnya, walaupun serba kekurangan dia tetap perlu berdikari meneruskan kehidupan dan tidak akan hanya berserah.
“Walaupun menerima bantuan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM400 sebulan, namun saya tetap perlu berusaha mencari pendapatan tambahan bagi membantu keluarga.
“Saya perlu membantu mak dan ayah yang sudah lanjut usia. Pengorbanan mereka sebelum ini perlu dibalas walaupun hanya sedikit,” kata anak ketiga daripada tujuh beradik itu.
Amirudin berkata, hasil pendapatan ternakan ayam kampung juga agak memuaskan kerana permintaan begitu menggalakkan.
Katanya, pemborong membeli dengan harga RM8 sekilogram dan jualan tiga atau empat kali setahun.
“Cita-cita utama saya kini ialah untuk membuka bengkel basikal bagi kemudahan penduduk kampung, selain membesarkan perniagaan ternakan ayam kampung.
“Untuk berjaya dalam hidup, saya perlu berdikari untuk membuktikan insan cacat tetap memiliki kelebihan dan keistimewaan,” katanya. | {
"qa": [
{
"question": "Apakah yang menyebabkan Amirudin kehilangan kaki kiri?",
"substring": "Kecacatan fizikal selepas diserang demam panas ketika kecil, menjadi lebih perit apabila Amirudin Abdullah, 48, kehilangan kaki kiri disebabkan barah tulang 27 tahun lalu."
},
{
"question": "Apakah yang menjadi nadi kehidupan Amirudin?",
"substring": "Menurutnya, basikal itu menjadi nadi untuk bergerak ke kedai dan menguruskan projek ternakan ayam kampung lebih 70 ekor yang diusahakan sejak lima tahun lalu."
},
{
"question": "Apakah kemahiran yang dimiliki oleh Amirudin?",
"substring": "Dia yang pernah mengikuti latihan di Pusat Latihan Orang Cacat Cheras, Selangor berkata, kemahiran dalam bidang kimpalan dan membaiki basikal membolehkan dia membaiki basikal penduduk kampung."
},
{
"question": "Berapakah bantuan bulanan yang diterima oleh Amirudin dari Jabatan Kebajikan Masyarakat?",
"substring": "Walaupun menerima bantuan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM400 sebulan, namun saya tetap perlu berusaha mencari pendapatan tambahan bagi membantu keluarga."
},
{
"question": "Apakah cita-cita utama Amirudin?",
"substring": "Cita-cita utama saya kini ialah untuk membuka bengkel basikal bagi kemudahan penduduk kampung, selain membesarkan perniagaan ternakan ayam kampung."
}
]
} |
"KADANG-KADANG di rumah ada dua akhbar Harian Metro. Saya dah beli tetapi isteri tak tahu, kemudian dia pula beli di pasar. Kami memang peminat nombor satu akhbar ini," kata pesara swasta Md Isa Md Saleh, 65.
Beliau antara 80,000 pembaca bertuah menerima sebotol Ribena 600 ml setiap seorang, ditawarkan percuma sempena sambutan Ulang Tahun Harian Metro Ke-29.
Md Isa berkata, setiap hari rutinnya selepas solat Subuh di surau berdekatan rumahnya di Taman Permata, Hulu Klang di Kuala Lumpur ialah ke kedai berhampiran untuk mendapatkan senaskah Harian Metro.
"Memang saya beli Harian Metro setiap hari. Jika kehabisan di kedai biasa beli di A H Mini Market, Taman Sri Keramat Tengah ini, saya akan pusing cari di kedai lain termasuk di stesen minyak di Taman Melawati," katanya ketika ditemui hari ini.
Md Isa berkata, isterinya Fatimah Muhari, 63, pesara Jabatan Kerja Raya (JKR) juga peminat Harian Metro dan disebabkan itu ada kalanya terbeli dua naskhah apabila masing-masing keluar rumah ke lokasi berlainan.
Menurutnya, membaca Harian Metro adalah antara aktiviti waktu senggang selain beribadah dan lebih-lebih lagi tiga anaknya sudah besar iaitu Mohd Faizatul, 35, Mohd Faizad, 32, dan Nurfazlinda, 30.
"Cuma anak bongsu perempuan iaitu Nurfazlinda yang kami tetap jaga sepenuh masa sebab kategori Orang Kurang Upaya (OKU) sejak lahir manakala dua anak lelaki sudah bekerja dan tinggal berasingan.
NORDIN Hasan menebus Ribena 600ml secara percuma bersempena Ulang Tahun Harian Metro ke-29. FOTO Asyraf Hamzah
Sementara itu, pembaca, Nordin Hasan, 68, pula berkata, kandungan Harian Metro yang mengetengahkan isu rakyat seperti pendedahan penyelewengan subsidi perlu kerap disiarkan untuk teguran kepada pihak berwajib.
"Contohnya isu utama Harian Metro dalam dua hari ini mengetengahkan barangan subsidi Malaysia diseludup ke Thailand. Tujuan utama subsidi diperuntukkan adalah membantu orang susah dan miskin.
"Jadi, penyelewengan berlaku ini umpama mencuri barang orang miskin... lebih teruk seludup pula ke luar negara dan ini realiti yang berlaku sekian lama.
"Isu integriti dibiarkan berlarutan akan jadi biasa, maka hasil curi dan rasuah pun tak sedar dimakan," kata bekas pesara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu.
Bagi Umar Othman, 64, pula dia sudah membeli dan membaca Harian Metro sejak awal penerbitan akhbar ini dan jika tidak mendapatkan senaskah akhbar ini, dia akan rasa lain.
Beliau berkata, akan memesan kepada peruncit di tempat biasa membeli akhbar ini di Lembah Keramat, supaya menyimpan senaskah untuknya.
"Jadi jika saya terlambat pun, saya masih boleh mendapatkan Harian Metro," katanya.
Menurutnya, dia masih mahu membaca akhbar fizikal berbanding tiga anaknya berusia 29 hingga 35 tahun yang lebih gemar membaca kandungan Harian Metro di telefon pintar.
Harian Metro, akhbar berbentuk tabloid dilancarkan pada 25 Mac 1991 sebelum penerbitannya menjadi lengkap apabila edisi Ahad, iaitu Metro Ahad pada 20 Ogos 1995 dengan keluaran pertama mencatat 100,003 naskhah. | {
"qa": [
{
"question": "Siapakah Md Isa Md Saleh?",
"substring": "Md Isa Md Saleh, 65."
},
{
"question": "Berapa jumlah pembaca yang menerima sebotol Ribena percuma sempena sambutan Ulang Tahun Harian Metro Ke-29?",
"substring": "Beliau antara 80,000 pembaca bertuah menerima sebotol Ribena 600 ml setiap seorang, ditawarkan percuma sempena sambutan Ulang Tahun Harian Metro Ke-29."
},
{
"question": "Apakah aktiviti rutin Md Isa setiap hari selepas solat Subuh?",
"substring": "\"Memang saya beli Harian Metro setiap hari. Jika kehabisan di kedai biasa beli di A H Mini Market, Taman Sri Keramat Tengah ini, saya akan pusing cari di kedai lain termasuk di stesen minyak di Taman Melawati,\" katanya ketika ditemui hari ini."
},
{
"question": "Apakah isu utama yang ditengahkan oleh Harian Metro dalam dua hari ini?",
"substring": "\"Contohnya isu utama Harian Metro dalam dua hari ini mengetengahkan barangan subsidi Malaysia diseludup ke Thailand."
},
{
"question": "Siapakah yang lebih gemar membaca kandungan Harian Metro di telefon pintar?",
"substring": "Menurutnya, dia masih mahu membaca akhbar fizikal berbanding tiga anaknya berusia 29 hingga 35 tahun yang lebih gemar membaca kandungan Harian Metro di telefon pintar."
}
]
} |
KORONAVIRUS | Sebanyak 25 kes baru Covid-19 dilaporkan setakat tengah hari tadi dengan 12 daripadanya adalah dari kluster Sivagangga.
Jumlah ini termasuk 10 jangkitan baru di Perlis, satu kes baru di Pulau Pinang dan satu kes di Kedah.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, sepuluh kes baru yang dilaporkan di Perlis hari ini merupakan ahli keluarga kepada pesakit ke 9,054 yang mendapat jangkitan itu dari sebuah restoran nasi kandar di Kedah.
Jangkitan baru di Pulau Pinang itu pula merupakan kes pertama sejak 26 April lalu.
Ini menjadikan jumlah jangkitan dari kluster Sivagangga kini adalah sebanyak 43 kes, dengan 883 orang telah disaring dan sedang menunggu keputusan ujian.
Sementara itu, dua kes Covid-19 direkod di Perak yang merupakan kes Influenza Like Illness (ILI) dan satu kes di Kuala Lumpur membabitkan kes saringan bergejala, menjadikannya jumlah keseluruhan penularan dalam negara adalah sebanyak 15 kes.
Hanya satu kes membabitkan bukan warganegara daripada saringan tahanan yang merupakan pendatang tanpa izin di Johor.
Dr Noor Hisham dalam kenyataannya berkata, sembilan jangkitan lain yang dilaporkan hari ini merupakan kes import.
Sembilan kes import tersebut adalah dari Filipina (4 kes di Sabah); Emiriah Arab Bersatu (1 kes di Selangor); Turki (1 kes di Selangor); Djibouti, Afrika Timur(1 kes di Kuala Lumpur); Australia (1 kes di Kuala Lumpur) dan Yaman (1 kes di Sarawak).
Beliau juga memaklumkan dua kes positif masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana satu kes memerlukan bantuan pernafasan.
Bagaimanapun tiada pertambahan kes kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian akibat Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 125 kes. | {
"qa": [
{
"question": "Berapa jumlah kes baru Covid-19 yang dilaporkan setakat tengah hari tadi?",
"substring": "Sebanyak 25 kes baru Covid-19 dilaporkan setakat tengah hari tadi dengan 12 daripadanya adalah dari kluster Sivagangga."
},
{
"question": "Berapa jumlah kes dari kluster Sivagangga?",
"substring": "Ini menjadikan jumlah jangkitan dari kluster Sivagangga kini adalah sebanyak 43 kes, dengan 883 orang telah disaring dan sedang menunggu keputusan ujian."
},
{
"question": "Berapa jumlah keseluruhan penularan dalam negara?",
"substring": "Sementara itu, dua kes Covid-19 direkod di Perak yang merupakan kes Influenza Like Illness (ILI) dan satu kes di Kuala Lumpur membabitkan kes saringan bergejala, menjadikannya jumlah keseluruhan penularan dalam negara adalah sebanyak 15 kes."
},
{
"question": "Berapa jumlah kes import yang dilaporkan hari ini?",
"substring": "Sembilan kes import tersebut adalah dari Filipina (4 kes di Sabah); Emiriah Arab Bersatu (1 kes di Selangor); Turki (1 kes di Selangor); Djibouti, Afrika Timur(1 kes di Kuala Lumpur); Australia (1 kes di Kuala Lumpur) dan Yaman (1 kes di Sarawak)."
},
{
"question": "Berapa jumlah kes kematian akibat Covid-19 di Malaysia?",
"substring": "Bagaimanapun tiada pertambahan kes kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian akibat Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 125 kes."
}
]
} |
Persatuan Pengusaha-pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) menggesa kerajaan menimbang langkah menyediakan bantuan kewangan kepada pemilik stesen minyak bagi membantu mereka pulih serta memulakan kembali perniagaan selepas tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) berakhir.
Presiden PDAM Khairul Annuar Abdul Aziz berkata buat masa ini, kebanyakan pemilik stesen minyak tidak mempunyai dana untuk membeli bahan itu secukupnya bagi menampung peningkatan permintaan yang dijangka berlaku apabila PKP berakhir.
Beliau berkata arah aliran menurun dalam harga minyak dan trafik yang lemah susulan PKP menyebabkan pengusaha stesen minyak terjejas teruk.
“Dari awal Mac hingga pertengahan April, harga minyak turun beberapa kali. Apabila harga turun dengan banyak kami rugi kerana kami membelinya terlebih dahulu pada kadar lebih tinggi dan kami terpaksa menjualnya pada harga lebih murah.
“Semua yang berada dalam industri ini kerugian kira-kira RM170 juta... purata kira-kira RM60,000 hingga RM100,000 bagi satu stesen minyak,” katanya dalam temu bual eksklusif dengan Bernama TV menerusi Skype.
Khairul Annuar berkata masalah akan timbul selepas kerajaan menamatkan PKP kerana pengusaha stesen minyak hanya memiliki sedikit wang bagi menampung peningkatan permintaan untuk minyak pada ketika itu.
“Isu ini akan timbul apabila kerajaan menamatkan PKP dan orang ramai mula bekerja seperti biasa. Ini kerana modal kerja semua pengusaha kami telah menyusut akibat penurunan harga minyak dan kerugian yang dialami semasa tempoh PKP.
“Alangkah baiknya jika kerajaan boleh menimbang untuk memberikan pinjaman mudah kepada kami kerana pinjaman mudah itu akan membantu,” katanya.
- Bernama | {
"qa": [
{
"question": "Apa yang digesa oleh Persatuan Pengusaha-pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) kepada kerajaan?",
"substring": "Persatuan Pengusaha-pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) menggesa kerajaan menimbang langkah menyediakan bantuan kewangan kepada pemilik stesen minyak bagi membantu mereka pulih serta memulakan kembali perniagaan selepas tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) berakhir."
},
{
"question": "Siapakah Presiden PDAM?",
"substring": "Presiden PDAM Khairul Annuar Abdul Aziz berkata buat masa ini, kebanyakan pemilik stesen minyak tidak mempunyai dana untuk membeli bahan itu secukupnya bagi menampung peningkatan permintaan yang dijangka berlaku apabila PKP berakhir."
},
{
"question": "Berapa kerugian yang dialami oleh semua yang berada dalam industri ini?",
"substring": "Semua yang berada dalam industri ini kerugian kira-kira RM170 juta... purata kira-kira RM60,000 hingga RM100,000 bagi satu stesen minyak,"
},
{
"question": "Mengapa pengusaha stesen minyak terjejas teruk?",
"substring": "arah aliran menurun dalam harga minyak dan trafik yang lemah susulan PKP menyebabkan pengusaha stesen minyak terjejas teruk."
},
{
"question": "Apakah cadangan yang diberikan oleh Presiden PDAM kepada kerajaan?",
"substring": "Alangkah baiknya jika kerajaan boleh menimbang untuk memberikan pinjaman mudah kepada kami kerana pinjaman mudah itu akan membantu,"
}
]
} |
Shah Alam: Syarikat pereka bentuk pelekat dan semburan angin automotif terkenal, iilusart Auto Design (iilusart) yang menyediakan perkhidmatan menghias kenderaan menggunakan pelekat merancang meluaskan perkhidmatan van bergeraknya ‘iilus On Wheels’ ke seluruh negara tahun depan.
Pengarah Urusan iilusart, Mohd Suhaizan Sulaiman berkata, produk terkini syarikat itu diilhamkan untuk memastikan mereka menyediakan perkhidmatan profesional walau di mana sahaja demi kepuasan pelanggan dari dalam dan luar negara.
“Khidmat terkini kami ialah ‘iilus On Wheels’ adalah perkhidmatan bergerak sama ada ke rumah atau mana-mana lokasi yang ditentukan pelanggan kami yang menempah pelekat khas untuk kereta atau motosikal.
“Kami menggunakan van yang dilengkapi mesin pemotong berkomputer khas bersama dua kakitangan untuk pelanggan yang tiada masa untuk datang sendiri ke kedai kami. Kualiti dan hasil kerja adalah dijamin kerana segala kelengkapan diperlukan ada dalam van,” katanya kepada Harian Metro di sini, baru-baru ini.
Turut hadir Pengarah Pemasaran iilusart, Amrin Fadli Adnan dan Pengarah Seni Kreatif, Suhaidi Badarudin.
Mohd Suhaizan berkata, buat masa ini khidmat van bergerak itu ditawarkan kepada pelanggan di sekitar Lembah Klang.
Katanya, syarikatnya menawarkan pelbagai reka bentuk pelekat automotif mengikut kehendak pemilik kenderaan, namun untuk semburan angin, ia masih perlu dilakukan di premis.
Menurutnya, iilusart tidak mengehadkan kepakarannya hanya kepada motosikal malah meliputi kenderaan lain termasuk kereta dan pacuan empat roda.
“Untuk basikal pun kami buat pelekat atau semburan angin, begitu juga helmet dengan harga dari RM200 hingga RM800,” katanya yang kini beroperasi di Taman Subang Perdana, Seksyen U3 di sini dengan 10 kakitangan.
Orang ramai yang berminat untuk menggunakan khidmat iilusart, boleh merujuk laman sosial Facebook mereka iaitu iilusart AutoDesign atau Instagram atau e-mel [email protected].
my. | {
"qa": [
{
"question": "Apakah perkhidmatan yang ditawarkan oleh iilusart Auto Design?",
"substring": "Syarikat pereka bentuk pelekat dan semburan angin automotif terkenal, iilusart Auto Design (iilusart) yang menyediakan perkhidmatan menghias kenderaan menggunakan pelekat merancang meluaskan perkhidmatan van bergeraknya ‘iilus On Wheels’ ke seluruh negara tahun depan."
},
{
"question": "Apakah produk terkini iilusart Auto Design?",
"substring": "Produk terkini syarikat itu diilhamkan untuk memastikan mereka menyediakan perkhidmatan profesional walau di mana sahaja demi kepuasan pelanggan dari dalam dan luar negara."
},
{
"question": "Apakah itu 'iilus On Wheels'?",
"substring": "‘iilus On Wheels’ adalah perkhidmatan bergerak sama ada ke rumah atau mana-mana lokasi yang ditentukan pelanggan kami yang menempah pelekat khas untuk kereta atau motosikal."
},
{
"question": "Apakah yang dilengkapi dalam van 'iilus On Wheels'?",
"substring": "Kami menggunakan van yang dilengkapi mesin pemotong berkomputer khas bersama dua kakitangan untuk pelanggan yang tiada masa untuk datang sendiri ke kedai kami. Kualiti dan hasil kerja adalah dijamin kerana segala kelengkapan diperlukan ada dalam van"
},
{
"question": "Di mana orang ramai boleh merujuk untuk menggunakan khidmat iilusart?",
"substring": "Orang ramai yang berminat untuk menggunakan khidmat iilusart, boleh merujuk laman sosial Facebook mereka iaitu iilusart AutoDesign atau Instagram atau e-mel [email protected]."
}
]
} |
Sungai Siput: Kira-kira 3,000 tempurung kelapa disusun pelajar dan kakitangan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Enggor, di sini, untuk merealisasikan Jalur Gemilang berbentuk peta Malaysia bagi menyertai pertandingan Keceriaan Bulan Kemerdekaan 2016 anjuran Jabatan Penerangan Malaysia.
Usaha murid dan kakitangan sekolah itu bermula seawal Januari lalu bagi mengumpul tempurung yang dipungut di kedai sekitar daerah berkenaan.
Menurut Ketua Projek, Rajen Palaniappan, 49, pada tahun lalu, pihaknya menyertai pertandingan sama dan memperoleh tempat ketiga dengan mencipta Jalur Gemilang menggunakan tin kosong.
“Pada tahun ini, pihak sekolah mensasarkan menjuarai dalam pertandingan kali ini.
“Kami berdepan dengan cabaran untuk mengumpul tempurung dalam kuantiti yang banyak bagi merealisasikan rekaan Jalur Gemilang berbentuk peta Malaysia itu,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Menurutnya, seramai 38 murid, 12 guru dan lima kakitangan sekolah bertungkus-lumus menyiapkan rekaan berkenaan sejak awal tahun ini. | {
"qa": [
{
"question": "Berapa jumlah tempurung kelapa yang disusun oleh pelajar dan kakitangan SJKT Enggor?",
"substring": "Kira-kira 3,000 tempurung kelapa disusun pelajar dan kakitangan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Enggor, di sini,"
},
{
"question": "Apakah tujuan susunan tempurung kelapa tersebut?",
"substring": "untuk merealisasikan Jalur Gemilang berbentuk peta Malaysia bagi menyertai pertandingan Keceriaan Bulan Kemerdekaan 2016 anjuran Jabatan Penerangan Malaysia."
},
{
"question": "Bagaimana usaha murid dan kakitangan sekolah bermula?",
"substring": "Usaha murid dan kakitangan sekolah itu bermula seawal Januari lalu bagi mengumpul tempurung yang dipungut di kedai sekitar daerah berkenaan."
},
{
"question": "Siapakah Ketua Projek?",
"substring": "Menurut Ketua Projek, Rajen Palaniappan, 49,"
},
{
"question": "Berapa jumlah murid, guru dan kakitangan sekolah yang terlibat dalam projek ini?",
"substring": "seramai 38 murid, 12 guru dan lima kakitangan sekolah bertungkus-lumus menyiapkan rekaan berkenaan sejak awal tahun ini."
}
]
} |
ENAM kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menyaksikan kejadian dan membantu remaja lelaki cedera akibat terkena tayar basikal yang dibuang dari tingkat atas di PPR Gombak Setia, Kuala Lumpur, sudah tampil memberi keterangan.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, enam lelaki itu memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju pada 12.30 tengah hari ini.
“Kami baru saja dimaklumkan kakitangan DBKL itu sudah tampil memberi keterangan, tengah hari tadi.
“Difahamkan ketika kejadian, mereka yang bertugas sebagai pemantau lalu lintas di kawasan berkenaan menyaksikan kejadian itu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, hari ini.
Mazlan berkata, setakat ini, lapan individu terdiri daripada penghuni PPR dan kakitangan DBKL sudah diambil keterangan berhubung kejadian itu.
“Siasatan lanjut mengenai kes ini masih berjalan. Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.
Sebelum ini, NSTP melaporkan remaja, Muhammad Iqmal Abdul Razak, 19, cedera di bahagian kepala dan menerima 15 jahitan selepas terkena tayar yang dibuang dari tingkat atas blok PPR terbabit, Jumaat lalu.
Kejadian berlaku ketika mangsa menunggu rakannya di tempat letak motosikal sebelum terasa sesuatu objek terkena di atas kepalanya yang dipercayai dibuang dari tingkat atas blok PPR terbabit.
Berita berkaitan
• 'Saksi kes campak tayar dicari'
• 'Kepala terasa macam meletup' | {
"qa": [
{
"question": "Siapakah yang memberi keterangan mengenai kejadian tersebut?",
"substring": "ENAM kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menyaksikan kejadian dan membantu remaja lelaki cedera akibat terkena tayar basikal yang dibuang dari tingkat atas di PPR Gombak Setia, Kuala Lumpur, sudah tampil memberi keterangan."
},
{
"question": "Di mana tempat keterangan tersebut diberikan?",
"substring": "Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, enam lelaki itu memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju pada 12.30 tengah hari ini."
},
{
"question": "Berapa individu yang telah diambil keterangan berhubung kejadian tersebut?",
"substring": "Mazlan berkata, setakat ini, lapan individu terdiri daripada penghuni PPR dan kakitangan DBKL sudah diambil keterangan berhubung kejadian itu."
},
{
"question": "Apakah kesan kecederaan yang dialami oleh remaja tersebut?",
"substring": "NSTP melaporkan remaja, Muhammad Iqmal Abdul Razak, 19, cedera di bahagian kepala dan menerima 15 jahitan selepas terkena tayar yang dibuang dari tingkat atas blok PPR terbabit, Jumaat lalu."
},
{
"question": "Apakah seksyen Kanun Keseksaan yang digunakan dalam siasatan kes ini?",
"substring": "Siasatan lanjut mengenai kes ini masih berjalan. Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,"
}
]
} |
Lenggong: Dua sahabat Mohamad Rosidi Suhaimi dan Mohd Rizuwan Shahboddin berjaya melengkapkan kayuhan basikal sejauh 2,735 kilometer selama 37 hari ketika Jelajah Berbasikal Semenanjung Malaysia (JBSM) berakhir di Lenggong, Perak, baru-baru ini.
Mereka tiba di Resort Tasik Raban dan disambut Ketua Penolong Pegawai Daerah Lenggong merangkap Yang Di Pertua (YDP) Majlis Daerah Lenggong Faizal Nizam Md Nor.
Mohamad Rosidi berkata, sepanjang kayuhan mereka mendapat sokongan penduduk setempat yang turut membayar harga makanan dan minuman setiap kali singgah di kedai.
Katanya, setiap negeri dijelajahi pasti ada individu yang sudi membayar makanan dan minuman mereka meskipun masing-masing tidak pernah mengenali.
“Ketika membaiki atau menukar alat ganti basikal seperti tayar, tuan punya kedai memberikan potongan harga selepas mengetahui kami peserta jelajah berbasikal.
“Saya kagum dan terharu sikap rakyat berbilang kaum negara ini kerana masih mengamalkan nilai murni membantu kami hingga berjaya meneruskan kayuhan selama 37 hari,” katanya.
Mohd Rizuwan berkata, penduduk pernah menganggap mereka pelancong asing yang menjelajah menggunakan basikal.
“Ketika berkayuh kami disapa seperti ‘hello brother, good morning’ dan sebagainya. Bila saya balas sapaan itu ramai yang terkejut sambil berkata, ‘Mat Salleh pandai cakap Melayu’ menyebabkan saya dan Mohamad Rosidi tergelak,” katanya.
Mohamad Rosidi berasal dari Kampung Teluk Batu, Lenggong manakala Mohd Rizuwan dari Kampung Banggol Belimbing. Kedua-duanya pernah menyertai acara berbasikal dengan beberapa kelab sekitar Perak.
Kayuhan mereka turut mendapat sokongan pejabat Pelancongan Negeri Perak dan Majlis Daerah Lenggong bagi mempromosikan Perak khususnya daerah Lenggong. Mereka melalui laluan sekitar Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan sebelum kembali ke Perak melalui Lebuhraya Timur-Barat, Jeli-Gerik dan meneruskan perjalanan ke Kedah, Langkawi, Perlis dan Pulau Pinang sebelum balik ke Lenggong.
Ketika di Kedah, mereka bertemu dengan pelancong Sepanyol, Rafael Vacas yang kemudian bersetuju mengikut dua sahabat itu untuk meneruskan kayuhan ke Lenggong. | {
"qa": [
{
"question": "Berapa jarak kayuhan basikal yang dilakukan oleh Mohamad Rosidi Suhaimi dan Mohd Rizuwan Shahboddin?",
"substring": "Dua sahabat Mohamad Rosidi Suhaimi dan Mohd Rizuwan Shahboddin berjaya melengkapkan kayuhan basikal sejauh 2,735 kilometer selama 37 hari"
},
{
"question": "Di mana Jelajah Berbasikal Semenanjung Malaysia (JBSM) berakhir?",
"substring": "Jelajah Berbasikal Semenanjung Malaysia (JBSM) berakhir di Lenggong, Perak"
},
{
"question": "Siapakah yang menyambut kedatangan Mohamad Rosidi Suhaimi dan Mohd Rizuwan Shahboddin di Resort Tasik Raban?",
"substring": "Mereka tiba di Resort Tasik Raban dan disambut Ketua Penolong Pegawai Daerah Lenggong merangkap Yang Di Pertua (YDP) Majlis Daerah Lenggong Faizal Nizam Md Nor."
},
{
"question": "Apakah yang membuat Mohamad Rosidi terharu semasa kayuhan mereka?",
"substring": "Saya kagum dan terharu sikap rakyat berbilang kaum negara ini kerana masih mengamalkan nilai murni membantu kami hingga berjaya meneruskan kayuhan selama 37 hari"
},
{
"question": "Di mana sahaja laluan kayuhan mereka?",
"substring": "Mereka melalui laluan sekitar Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan sebelum kembali ke Perak melalui Lebuhraya Timur-Barat, Jeli-Gerik dan meneruskan perjalanan ke Kedah, Langkawi, Perlis dan Pulau Pinang sebelum balik ke Lenggong."
}
]
} |
Penggunaan lampu kabut atau ‘fog lamp’ serta mentol ‘ice blue’ untuk lampu brek belakang yang semakin berleluasa oleh pemilik kenderaan boleh mengundang nahas jalan raya kerana tahap silau yang tinggi berbanding lampu biasa.
Walaupun dilarang dan pemasangan lampu berkenaan tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa, masih ramai pemilik kenderaan berdegil memasangnya tanpa memikirkan risiko terhadap pengguna jalan raya lain yang boleh mengganggu fokus pemanduan mereka.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata penggunaan lampu berkenaan boleh dikenakan tindakan di bawah Kaedah 94 Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pembuatan dan Penggunaan) 1959 (LN170/1959).
Menurutnya, kesalahan itu ditafsirkan sebagai keadaan kenderaan bermotor yang digunakan di jalan raya dan semua bahagian dan aksesorinya hendaklah sentiasa tidak mengakibatkan atau memungkinkan bahaya kepada orang dalam kenderaan atau di jalan raya.
“Sebanyak 9,385 saman dikeluarkan bagi kesalahan sepanjang bulan Januari sehingga Jun tahun ini kerana menggunakan lampu berkenaan. Daripada jumlah itu, 6,566 saman belum dijelaskan manakala selebihnya telah dibayar. Sepanjang tahun lepas, 16,092 saman dikeluarkan dan 9,323 saman masih belum dijelaskan.
“Justeru, pemasangan aksesori tanpa kebenaran ini adalah menyalahi undang-undang jalan raya kerana memungkinkan bahaya kepada orang di dalam kenderaan atau di jalan raya,” katanya kepada Bernama, baru-baru ini.
Selain itu, beliau berkata kesalahan itu juga boleh didakwa di bawah Seksyen 119 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan.
Azisman berkata tindakan keras akan diambil jika didapati pemandu kenderaan masih ingkar dan memasang aksesori berkenaan yang boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya lain.
"Dari segi penguatkuasaan, kita bersedia dan akan bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain dari segi penjualan, pemasangan dan kebenaran oleh pihak yang berwajib.
“Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemilik kenderaan supaya tidak mengubah suai kenderaan mereka dengan memasang lampu berkenaan yang melanggar Vehicle Type Approval (VTA) yang diberikan kepada kenderaan tersebut,” katanya.
Beliau menegaskan kenderaan berkenaan juga boleh disita di bawah peruntukan Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mengelak kesalahan tersebut berulang.
Tinjauan Bernama di platform e-dagang mendapati lampu berkenaan dengan pelbagai jenama boleh diperoleh dengan harga semurah RM30 dan mencecah ribuan ringgit bagi pelbagai jenis model kenderaan.
- Bernama | {
"qa": [
{
"question": "Apakah risiko penggunaan lampu kabut atau ‘fog lamp’ serta mentol ‘ice blue’?",
"substring": "Penggunaan lampu kabut atau ‘fog lamp’ serta mentol ‘ice blue’ untuk lampu brek belakang yang semakin berleluasa oleh pemilik kenderaan boleh mengundang nahas jalan raya kerana tahap silau yang tinggi berbanding lampu biasa."
},
{
"question": "Apakah tindakan yang boleh diambil terhadap penggunaan lampu berkenaan?",
"substring": "Menurutnya, kesalahan itu ditafsirkan sebagai keadaan kenderaan bermotor yang digunakan di jalan raya dan semua bahagian dan aksesorinya hendaklah sentiasa tidak mengakibatkan atau memungkinkan bahaya kepada orang dalam kenderaan atau di jalan raya."
},
{
"question": "Berapa jumlah saman yang dikeluarkan bagi kesalahan penggunaan lampu berkenaan?",
"substring": "Sebanyak 9,385 saman dikeluarkan bagi kesalahan sepanjang bulan Januari sehingga Jun tahun ini kerana menggunakan lampu berkenaan."
},
{
"question": "Apakah undang-undang yang melarang penggunaan lampu berkenaan?",
"substring": "Justeru, pemasangan aksesori tanpa kebenaran ini adalah menyalahi undang-undang jalan raya kerana memungkinkan bahaya kepada orang di dalam kenderaan atau di jalan raya,” katanya kepada Bernama, baru-baru ini."
},
{
"question": "Berapa harga lampu berkenaan yang boleh didapati di platform e-dagang?",
"substring": "Tinjauan Bernama di platform e-dagang mendapati lampu berkenaan dengan pelbagai jenama boleh diperoleh dengan harga semurah RM30 dan mencecah ribuan ringgit bagi pelbagai jenis model kenderaan."
}
]
} |
MELAKA: Seorang pemilik kedai kasut didenda RM12,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan memiliki 126 pasang kasut berjenama tiruan, tiga tahun lalu.
Tan Chuan Yong, 56, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Norma Ismail.
Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai pemilik perniagaan Golden Shoes Centre didakwa mempunyai dalam kawalan untuk pembekalan 54 pasang kasut pelbagai saiz menggunakan cap dagangan palsu jenama Nike di premis perniagaan di Jalan Kilang, jam 12 tengah hari 29 Jun 2015.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memiliki dalam kawalan untuk pembekalan 72 pasang kasut pelbagai saiz menggunakan cap dagangan palsu jenama Adidas di lokasi, waktu dan tarikh sama.
Tertuduh didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu mengikut Seksyen 8(2)(c) Akta Perihal Dagangan 2011 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(2)(B) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda hingga RM10,000 bagi setiap barang atau penjara hingga tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri, Alison Chan, manakala tertuduh tidak diwakili peguambela.
Tertuduh dalam rayuannya memohon dikenakan hukuman ringan dengan alasan tidak mengetahui barang dalam milikannya itu menggunakan cap dagangan palsu.
Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh membayar denda RM5,000 atau lima bulan penjara jika gagal bayar bagi pertuduhan pertama, dan RM7,000 atau enam bulan penjara jika gagal bayar bagi pertuduhan kedua. Tertuduh membayar denda berkenaan.
Mengikut fakta kes, pada 29 Jun 2015, sepasukan anggota penguat kuasa KPDNKK negeri melakukan pemeriksaan di premis tertuduh dan menjumpai 54 pasang kasut menggunakan jenama Nike dan 72 pasang kasut jenama Adidas tiruan.
Tertuduh mengaku kasut itu adalah miliknya, sebelum pihak berkuasa terbabit menyita barang berkenaan dan membuat laporan polis. | {
"qa": [
{
"question": "Berapa jumlah pasang kasut berjenama tiruan yang dimiliki oleh Tan Chuan Yong?",
"substring": "mempunyai dalam kawalan untuk pembekalan 54 pasang kasut pelbagai saiz menggunakan cap dagangan palsu jenama Nike di premis perniagaan di Jalan Kilang, jam 12 tengah hari 29 Jun 2015. Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memiliki dalam kawalan untuk pembekalan 72 pasang kasut pelbagai saiz menggunakan cap dagangan palsu jenama Adidas di lokasi, waktu dan tarikh sama."
},
{
"question": "Apakah kesalahan yang didakwa kepada Tan Chuan Yong?",
"substring": "Tertuduh didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu mengikut Seksyen 8(2)(c) Akta Perihal Dagangan 2011"
},
{
"question": "Siapakah yang melakukan pendakwaan terhadap Tan Chuan Yong?",
"substring": "Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri, Alison Chan"
},
{
"question": "Apakah hukuman yang diberikan kepada Tan Chuan Yong?",
"substring": "Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh membayar denda RM5,000 atau lima bulan penjara jika gagal bayar bagi pertuduhan pertama, dan RM7,000 atau enam bulan penjara jika gagal bayar bagi pertuduhan kedua."
},
{
"question": "Siapakah yang menyita barang berkenaan dan membuat laporan polis?",
"substring": "pihak berkuasa terbabit menyita barang berkenaan dan membuat laporan polis."
}
]
} |
Kuala Lumpur: Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) memohon maaf berhubung salah faham membabitkan penganjuran Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) pada 2018 apabila tidak memaklumkan kepada Menteri Belia dan Sukan terlebih dulu.
Jelas Presiden PKBM Datuk Abu Samah Wahab, wujud perbezaan pemahaman dan tafsiran mereka mengenai Seksyen 33 Akta Pembangunan Sukan (1997) yang memerlukan kebenaran menteri sebelum mengemukakan tawaran menjadi tuan rumah di peringkat antarabangsa.
“Kami berpandangan Seksyen 33 hanya untuk orang perseorangan dan bukannya badan sukan. Kami sebaliknya menggunakan Seksyen 34 kerana kami bukannya orang perseorangan dan ia menimbulkan kekeliruan. Jadi pertemuan dengan pihak Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS) hari ini (semalam) bagi menjelaskan perkara ini.
“Kami mohon maaf. Sekiranya penganjuran mendatangkan masalah, kami mengulangi untuk bersedia menarik diri menjadi tuan rumah dan berkemungkinan Korea Selatan boleh menjadi pengganti,” katanya.
Seksyen 33 APS menjelaskan: “Tiada seorang pun boleh membuat tawaran untuk menjadi tuan rumah bagi apa-apa pertandingan atau acara sukan antarabangsa di Malaysia tanpa kelulusan bertulis menteri terlebih dulu dan keputusan Menteri mengenainya adalah muktamad.”
Bagaimanapun Abu Samah menjelaskan pertemuan dengan Timbalan Pesuruhjaya Sukan Mohd Saleh Ghazali semalam tampak positif sebelum rumusan diserahkan kepada Pesuruhjaya Sukan Datuk Zaiton Othman untuk dipanjangkan kepada Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Malah Abu Samah menjelaskan penganjuran berkenaan tidak menjejaskan (kewangan) pihak luar kerana setiap pelumba dikenakan bayaran sekitar AS$90 (RM376.49) sehari.
“Jadi masih ada lebihan apabila ditolak perbelanjaan tertentu. Jadi kita tidak memerlukan bantuan lain dalam menganjurkan ACC nanti selain turut menjimatkan kos atlet negara sendiri apabila bertanding dalam negara,” jelasnya.
Isu bermula apabila PKBM mengumumkan kejayaan mendapatkan hak penganjuran ACC bagi acara trek namun Khairy mengarahkan Zaiton mendapatkan penjelasan daripada badan induk berbasikal negara itu kerana di luar pengetahuannya. | {
"qa": [
{
"question": "Apakah permohonan maaf yang dibuat oleh PKBM?",
"substring": "Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) memohon maaf berhubung salah faham membabitkan penganjuran Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) pada 2018"
},
{
"question": "Siapakah yang menjelaskan perbezaan pemahaman mengenai Seksyen 33 Akta Pembangunan Sukan (1997)?",
"substring": "Jelas Presiden PKBM Datuk Abu Samah Wahab, wujud perbezaan pemahaman dan tafsiran mereka mengenai Seksyen 33 Akta Pembangunan Sukan (1997)"
},
{
"question": "Apakah yang dimaksudkan dengan Seksyen 33 APS?",
"substring": "Seksyen 33 APS menjelaskan: “Tiada seorang pun boleh membuat tawaran untuk menjadi tuan rumah bagi apa-apa pertandingan atau acara sukan antarabangsa di Malaysia tanpa kelulusan bertulis menteri terlebih dulu dan keputusan Menteri mengenainya adalah muktamad."
},
{
"question": "Siapakah yang diarahkan oleh Khairy untuk mendapatkan penjelasan daripada badan induk berbasikal negara itu?",
"substring": "Isu bermula apabila PKBM mengumumkan kejayaan mendapatkan hak penganjuran ACC bagi acara trek namun Khairy mengarahkan Zaiton mendapatkan penjelasan daripada badan induk berbasikal negara itu kerana di luar pengetahuannya."
},
{
"question": "Berapa bayaran yang dikenakan kepada setiap pelumba dalam penganjuran ACC?",
"substring": "Malah Abu Samah menjelaskan penganjuran berkenaan tidak menjejaskan (kewangan) pihak luar kerana setiap pelumba dikenakan bayaran sekitar AS$90 (RM376.49) sehari."
}
]
} |
"Ramai peniaga tapi jual barang yang sama,' itu komen Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad setelah menghabiskan hampir sejam setengah mengunjungi Kompleks Pekan Rabu yang baru dirasmikan bulan lepas.
"Saya nampak makin ramai peniaga tapi masalahnya ialah jual barang yang sama...kita masuk satu kedai, boleh beli semua, lain kedai tak payah pi (pergi) dah," katanya ringkas kepada pemberita selepas melakukan lawatan tersebut.
Bagaimanapun, ketika ditanya cadangan bagi menambah baik perkara itu, beliau hanya menjawab: "tak ada cadangan, saya nak fikir, kalau ada idea baharu," katanya.
Kunjungan mengejut beliau ke Pekan Rabu, ditemani isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan anaknya, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz serta isteri Mukhriz, Tok Puan Norzieta Zakria.
Terdahulu, Dr Mahathir meluangkan masa melawat beberapa lot gerai dan membeli beberapa kelengkapan seperti songkok, kopiah, sejadah dan kuih raya.
Menjadi tumpuan beliau pastinya gerai yang menjual 'Songkok Style Tun’ yang menjadi kegemarannya dan dipakai sejak sekian lama.
Kehadiran beliau yang diketahui umum suka mengunjungi Pekan Rabu setiap kali bulan Ramadan itu mencuri tumpuan ramai pengunjung yang teruja melihat kehadiran beliau dengan tidak melepaskan peluang mengambil swafoto bersama.
Kompleks Pekan Rabu baharu dengan 355 ruang niaga bernilai RM55.57 juta yang dibina di atas tapak seluas 5,062 meter persegi siap pada 15 Jan lalu.
- Bernama | {
"qa": [
{
"question": "Apa komen Perdana Menteri tentang peniaga di Kompleks Pekan Rabu?",
"substring": "Ramai peniaga tapi jual barang yang sama,' itu komen Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad setelah menghabiskan hampir sejam setengah mengunjungi Kompleks Pekan Rabu yang baru dirasmikan bulan lepas."
},
{
"question": "Siapakah yang menemani Tun Dr Mahathir dalam kunjungan ke Pekan Rabu?",
"substring": "Kunjungan mengejut beliau ke Pekan Rabu, ditemani isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan anaknya, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz serta isteri Mukhriz, Tok Puan Norzieta Zakria."
},
{
"question": "Apakah yang dibeli oleh Tun Dr Mahathir semasa melawat Pekan Rabu?",
"substring": "Terdahulu, Dr Mahathir meluangkan masa melawat beberapa lot gerai dan membeli beberapa kelengkapan seperti songkok, kopiah, sejadah dan kuih raya."
},
{
"question": "Apakah yang menjadi tumpuan Tun Dr Mahathir semasa melawat Pekan Rabu?",
"substring": "Menjadi tumpuan beliau pastinya gerai yang menjual 'Songkok Style Tun’ yang menjadi kegemarannya dan dipakai sejak sekian lama."
},
{
"question": "Berapa nilai Kompleks Pekan Rabu yang baru dibina?",
"substring": "Kompleks Pekan Rabu baharu dengan 355 ruang niaga bernilai RM55.57 juta yang dibina di atas tapak seluas 5,062 meter persegi siap pada 15 Jan lalu."
}
]
} |
Putrajaya: Pengeluar atau penyedia makanan yang menggunakan cecair nitrogen dalam produk makanan yang dihasilkan perlu memastikan cecair dalam produk makanan itu sudah meruap sepenuhnya sebelum dijual kepada pengguna untuk mengelakkan melecur atau radang dingin (frostbite).
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, cecair nitrogen harus digunakan pada tahap yang bersesuaian bagi mencapai tujuan yang dimaksudkan, iaitu untuk membekukan produk.
"Pada amnya, selepas pembekuan produk makanan, cecair nitrogen akan meruap dengan cepat menjadi gas dan tidak kekal di dalam produk makanan siap.
"Oleh itu isu keselamatan makanan berhubung makanan yang dihasilkan atau disediakan menggunakan cecair nitrogen tidak timbul," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Harian Metro melaporkan tangan seorang remaja Mohd Aiman Mohd Ridwan, 16 mengelembung dan mengeluarkan air bisa selepas terkena biskut berasap atau ‘dragon breath’ yang dibeli di sekitar bandar raya Alor Setar, Kedah, Jumaat lalu.
Biskut berkenaan dibeli pada harga RM10 untuk 20 keping biskut di sebuah kedai berhampiran bazar larut malam.
Mohd Aiman dipetik berkata, tapak tangannya rasa panas seolah-olah dituang air menggelegak selepas dituang biskut berasap yang patah di atas tangannya.
Dr Noor Hisham berkata, cecair nitrogen adalah gas nitrogen tidak berbahaya yang disejukkan ke suhu yang sangat rendah (-196°C) sehingga menjadi cecair.
Katanya, ia digunakan dalam banyak aplikasi industri makanan seperti penyejukan serta-merta ais serta dalam pembuatan ais krim.
Ia juga digunakan dalam pembekuan serta-merta makanan termasuk biskut untuk memberikan tekstur berkabus menghasilkan kebaharuan kepada pengguna apabila asap dihembus keluar ketika dimakan.
Beliau berkata, Kementerian Kesihatan sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam keselamatan pengguna.
"Sekiranya pengguna ragu dengan status keselamatan makanan yang terdapat di pasaran tempatan, mereka boleh membuat laporan kepada kementerian melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) terdekat atau melalui laman sesawang Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://fsq.moh.gov.my atau facebook BKKM," katanya. | {
"qa": [
{
"question": "Apakah yang perlu dipastikan oleh pengeluar atau penyedia makanan yang menggunakan cecair nitrogen dalam produk makanan?",
"substring": "Pengeluar atau penyedia makanan yang menggunakan cecair nitrogen dalam produk makanan yang dihasilkan perlu memastikan cecair dalam produk makanan itu sudah meruap sepenuhnya sebelum dijual kepada pengguna untuk mengelakkan melecur atau radang dingin (frostbite)."
},
{
"question": "Apakah yang harus dilakukan oleh pengeluar untuk mencapai tujuan menggunakan cecair nitrogen?",
"substring": "cecair nitrogen harus digunakan pada tahap yang bersesuaian bagi mencapai tujuan yang dimaksudkan, iaitu untuk membekukan produk."
},
{
"question": "Apakah yang terjadi pada cecair nitrogen setelah pembekuan produk makanan?",
"substring": "selepas pembekuan produk makanan, cecair nitrogen akan meruap dengan cepat menjadi gas dan tidak kekal di dalam produk makanan siap."
},
{
"question": "Apakah yang dilaporkan oleh Harian Metro berkenaan dengan remaja yang mengalami melecur?",
"substring": "Harian Metro melaporkan tangan seorang remaja Mohd Aiman Mohd Ridwan, 16 mengelembung dan mengeluarkan air bisa selepas terkena biskut berasap atau ‘dragon breath’ yang dibeli di sekitar bandar raya Alor Setar, Kedah, Jumaat lalu."
},
{
"question": "Bagaimana pengguna boleh membuat laporan jika ragu dengan status keselamatan makanan di pasaran?",
"substring": "Sekiranya pengguna ragu dengan status keselamatan makanan yang terdapat di pasaran tempatan, mereka boleh membuat laporan kepada kementerian melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) terdekat atau melalui laman sesawang Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://fsq.moh.gov.my atau facebook BKKM,"
}
]
} |
Ibu salah seorang mangsa yang maut akibat jambatan runtuh di Taman Serdang di Bandar Baharu, Kedah malam tadi, memberitahu anaknya sempat membawa balik seekor kucing yang berada dalam keadaan 'nyawa-nyawa' ikan ke kedai keropok lekor mereka untuk dirawat.
Ketika ditemui di kediamannya di Kampung Leret A dekat sini, Zuhainun Salim, 54, berkata anaknya Mohamad Haziq Ishak, 17, menemui anak kucing yang dipercayai dilanggar itu di simpang empat dekat Pekan Serdang dan memberi haiwan itu makan dan minum.
Lebih menyayat hati apabila arwah yang sudah berhenti sekolah sejak tiga tahun lepas, memberitahu ibunya dia mahu menanam kucing itu sekiranya haiwan itu mati sebelum arwah keluar dari rumah bersama rakannya kira-kira 10 malam.
"Saya kemudian mendapat mesej daripada adik kepada kawan dia yang memaklumkan arwah tertimbus dalam runtuhan jambatan tersebut bersama rakannya dan saya terus bergegas ke lokasi kejadian.
“Sewaktu anggota penyelamat mengeluarkan mangsa, saya lihat arwah masih memakai topi keledar dan dalam hati saya berkata, saya perlu reda dengan ketentuan Allah SWT," katanya yang menyifatkan arwah seorang anak yang sangat prihatin, penyayang dan peramah.
Dalam kejadian 10.15 semalam, Mohamad Haziq bersama rakannya, Muhammad Haikal Hakimi Mohd Noor, 17, yang menaiki motosikal dari Pekan Serdang menuju ke Taman Serdang, maut akibat tertimbus di bawah runtuhan jambatan di kawasan itu sebelum mayat mereka ditemui, masing-masing pada 12.15 dan 12.30 tengah malam tadi.
Sementara itu, ibu kepada Muhammad Haikal, Norihan Che Doh, 40, berkata anaknya berkelakuan pelik semalam apabila tiba-tiba membasuh baju sekolah, periuk nasi serta pinggan mangkuk.
Malah beliau juga beberapa hari sebelum itu enggan menduduki peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan hanya menghantar adik sepupunya ke sekolah sebelum balik semula ke rumah.
"Dia sempat minta RM3 untuk ke pasar malam dan selepas Maghrib, saya suruh pergi mengaji al-Quran di rumah guru mengaji, namun dia pulang semula kerana memberitahu rumah guru terbabit tiada orang," katanya.
Menurutnya dia hanya mendapat tahu mengenai kejadian itu setelah diberitahu kakak iparnya yang memaklumkan bahawa motosikal milik arwah ditemui di kawasan runtuhan tersebut.
Terdahulu, Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Saifuddin Nasution Ismail meluangkan masa melawat lokasi kejadian sebelum menziarah kedua-dua keluarga mangsa di kediaman mereka dan menyampaikan bantuan kewangan.
- Bernama | {
"qa": [
{
"question": "Siapakah yang memberitahu ibu tentang kucing yang dibawa oleh anaknya?",
"substring": "Ibu salah seorang mangsa yang maut akibat jambatan runtuh di Taman Serdang di Bandar Baharu, Kedah malam tadi, memberitahu anaknya sempat membawa balik seekor kucing yang berada dalam keadaan 'nyawa-nyawa' ikan ke kedai keropok lekor mereka untuk dirawat."
},
{
"question": "Di mana anak ibu menemui kucing tersebut?",
"substring": "anaknya Mohamad Haziq Ishak, 17, menemui anak kucing yang dipercayai dilanggar itu di simpang empat dekat Pekan Serdang dan memberi haiwan itu makan dan minum."
},
{
"question": "Apakah yang dikatakan arwah tentang kucing tersebut?",
"substring": "Lebih menyayat hati apabila arwah yang sudah berhenti sekolah sejak tiga tahun lepas, memberitahu ibunya dia mahu menanam kucing itu sekiranya haiwan itu mati sebelum arwah keluar dari rumah bersama rakannya kira-kira 10 malam."
},
{
"question": "Bagaimana Muhammad Haikal berkelakuan sebelum kejadian?",
"substring": "ibu kepada Muhammad Haikal, Norihan Che Doh, 40, berkata anaknya berkelakuan pelik semalam apabila tiba-tiba membasuh baju sekolah, periuk nasi serta pinggan mangkuk."
},
{
"question": "Siapakah yang melawat lokasi kejadian dan menziarah kedua-dua keluarga mangsa?",
"substring": "Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Saifuddin Nasution Ismail meluangkan masa melawat lokasi kejadian sebelum menziarah kedua-dua keluarga mangsa di kediaman mereka dan menyampaikan bantuan kewangan."
}
]
} |
Kerajaan negeri Terengganu akan menghantar permohonan kepada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) untuk mengiktiraf keunikan budaya dan warisan masyarakat Cina di negeri itu khususnya di Kampung Cina.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata masyarakat Cina di Terengganu tidaklah ramai iaitu seramai 28,300 orang sahaja namun mereka ini sangat hebat dan berbeza daripada masyarakat Cina di negeri lain.
"Ada antara generasi Cina Terengganu dahulu yang boleh membaca tulisan jawi, memasak masakan Melayu, selesa memakai kebaya dan baju kurung, malah mahir bercakap dalam loghat Terengganu.Jadi kita akan berharap warisan kebudayaan ini akan mendapat pengiktirafan Unesco," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar di Kuala Terengganu, hari ini .
Turut hadir isteri menteri besar Toh Puan Seri Halina Zakaria, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Datuk Mohd Zubir Embong, Pengerusi MCA Terengganu Datuk Toh Chin Yaw dan Pegawai Penyelaras DUN Bandar, Toh Sheng Cheng.
Katanya kerajaan negeri pernah menghantar permohonan untuk menjadikan Kampung Cina sebagai Tapak Warisan Dunia namun ditolak Unesco kerana banyak bangunan di kawasan itu telah diubah suai selain beberapa transformasi maju yang berlaku di kawasan sekitarnya.
Ahmad Razif berkata kerajaan negeri juga akan meneruskan pembangunan di sekitar Kampung Cina, Pasar Besar Kedai Payang, Dataran Shahbandar dan Pulau Warisan sebagai pemangkin kepada sektor pelancongan negeri.
"Pada malam esok juga akan terdapat tayangan telemovie bertajuk Kebaya Mek Hwa (di TV3) yang memaparkan Kampung Cina sebagai lokasi penggambarannya serta keunikan budaya hidup masyarakat Cina di kawasan itu.
"Ia diharap mampu menarik kedatangan pelancong ke Kampung Cina kerana hanya di sini sahaja terdapat keistimewaan dan keunikan tersebut," katanya. -Bernama | {
"qa": [
{
"question": "Apakah permohonan yang akan dihantar oleh Kerajaan negeri Terengganu kepada Unesco?",
"substring": "Kerajaan negeri Terengganu akan menghantar permohonan kepada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) untuk mengiktiraf keunikan budaya dan warisan masyarakat Cina di negeri itu khususnya di Kampung Cina."
},
{
"question": "Berapa jumlah masyarakat Cina di Terengganu?",
"substring": "Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata masyarakat Cina di Terengganu tidaklah ramai iaitu seramai 28,300 orang sahaja namun mereka ini sangat hebat dan berbeza daripada masyarakat Cina di negeri lain."
},
{
"question": "Apakah keunikan masyarakat Cina di Terengganu?",
"substring": "Ada antara generasi Cina Terengganu dahulu yang boleh membaca tulisan jawi, memasak masakan Melayu, selesa memakai kebaya dan baju kurung, malah mahir bercakap dalam loghat Terengganu."
},
{
"question": "Mengapa permohonan untuk menjadikan Kampung Cina sebagai Tapak Warisan Dunia ditolak?",
"substring": "Katanya kerajaan negeri pernah menghantar permohonan untuk menjadikan Kampung Cina sebagai Tapak Warisan Dunia namun ditolak Unesco kerana banyak bangunan di kawasan itu telah diubah suai selain beberapa transformasi maju yang berlaku di kawasan sekitarnya."
},
{
"question": "Apakah tayangan telemovie yang akan menampilkan Kampung Cina?",
"substring": "\"Pada malam esok juga akan terdapat tayangan telemovie bertajuk Kebaya Mek Hwa (di TV3) yang memaparkan Kampung Cina sebagai lokasi penggambarannya serta keunikan budaya hidup masyarakat Cina di kawasan itu."
}
]
} |
Salahkah jika pengusaha dobi meletakkan tanda 'untuk orang Islam sahaja' di premis mereka?
Jawapannya tidak bagi bekas ketua hakim negara, Tun Abdul Hamid Mohamad.
"Sepanjang ingatan saya, saya tidak pernah berjumpa satu peruntukan undang-undang di Malaysia yang mengatakan perbuatan itu salah di sisi undang-undang.
"Tolong tunjuk kepada saya jika ada," katanya dalam satu tulisan yang disiarkan oleh laman Ismaweb hari ini.
Menurut Abdul Hamid, pengusaha dobi adalah seorang individu dan peruntukan perlembagaan mengenai kesamarataan (Perkara 8) hanya terpakai kepada kerajaan.
Beliau memetik Klausa (1) Perkara 8 yang mengisytiharkan bahawa setiap orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata.
Manakala Klausa (2) pula melarang adanya diskriminasi, antara lain, atas alasan agama dalam mana-mana undang-undang atau dalam pelantikan kepada apa-apa jawatan dalam sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan perkara yang tersebut dalam klausa itu.
"Perhatikan bahawa semua larangan itu tidak berkenaan dengan seorang individu," kata Abdul Hamid.
Isu mengenai dobi mesra Muslim di Batu Pahat mencetuskan perbalahan sejak tiga minggu lalu apabila gambar mengenainya tersebar di media sosial.
Kedai berkenaan pada awalnya dilapor hanya membenarkan pelanggan Islam sahaja menggunakan mesin pencuci di premis berkenaan.
Dasar itu sebelumnya disambut baik Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsudin yang berkata ia tidak sepatutnya menimbulkan tanggapan buruk di kalangan orang bukan Islam.
Namun perkara itu dibantah oleh Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin yang menyifatkannya sebagai amalan sempit dan hukum fikah sepatutnya memudahkan kehidupan umat Islam.
Isu itu akhirnya mengundang campur tangan Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar yang bertitah agar konsep perniagaan itu diubah atau baginda sendiri akan bertindak.
Pengusaha terbabit kemudian memohon maaf dan dilaporkan telah menurunkan papan tanda ‘Mesra Muslim’ di premisnya.
Tak perlu beri sebab
Bagaimanapun Abdul Hamid, berkata pengusaha dobi adalah seorang ahli perniagaan dan dia boleh memilih untuk berniaga dengan sesiapa sahaja tanpa menyatakan sebabnya.
"Dia tidak perlu memberi apa-apa sebab kepada sesiapa," katanya.
Menurutnya, sebagai seorang peniaga, pemilik dobi itu tentu mahukan perniagaannya maju dan boleh menarik seberapa ramai pelanggan ke kedainya.
"Jika, sebagai seorang pengusaha laundret, dia dapati perniagaannya lebih maju jika ia dibuka kepada orang Islam sahaja, terserahlah kepadanya untuk membuka kedainya kepada orang Islam sahaja.
"Jika kebanyakan bakal pelanggannya orang Islam dan mereka tidak akan datang ke kedainya jika mesin yang sama digunakan untuk mencuci basuhan orang bukan Islam biar apa pun sebabnya, apa salahnya jika dia meletakkan tanda itu?" katanya.
Jijik, kotor, geli
Abdul Hamid berkata, pengusaha dobi juga tidak boleh disalahkan jika pelanggan atau bakal pelanggannya tidak suka mesin yang sama digunakan oleh orang bukan Islam untuk mencuci basuhan mereka.
"Kita juga tidak boleh menyalahkan pelanggan atau bakal pelanggan pekedai itu jika mereka tidak mahu pergi ke kedai itu jika hal seperti itu berlaku.
"Mungkin mereka merasa jijik, kotor atau geli memikirkan seluar dalam yang dipakai oleh orang-orang yang tidak membasuh najis kencing, berak dan haidnya.
"Atau tuala yang mungkin digunakan untuk mengeringkan bulu anjing juga dimasukkan untuk dicuci dengan mesin yang sama walaupun secara berasingan," kata Abdul Hamid.
Sebelum ini isu kebersihan masyarakat bukan Islam itu turut dibangkitkan bekas pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Zamihan Mat Zin.
Pendapat itu bagaimanapun dikritik penceramah popular Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah yang menolak tanggapan bahawa kaum Cina tidak bersih.
“Memang secara fizikal majoriti orang Cina kencing berak tidak menggunakan air.
"Mereka menggunakan tisu. Tetapi mengatakan secara umum, Cina tidak bersih, saya tidak setuju.
“Secara umum, masyarakat Cina sudah terkenal sifat pembersih, walaupun mereka tidak berpegang kepada hadis, kebersihan itu sebahagian daripada iman," kata Riduan. | {
"qa": [
{
"question": "Apakah pendapat Tun Abdul Hamid Mohamad mengenai pengusaha dobi meletakkan tanda 'untuk orang Islam sahaja' di premis mereka?",
"substring": "Menurut Abdul Hamid, pengusaha dobi adalah seorang individu dan peruntukan perlembagaan mengenai kesamarataan (Perkara 8) hanya terpakai kepada kerajaan."
},
{
"question": "Apakah klausa Perkara 8 yang dikutip oleh Tun Abdul Hamid Mohamad?",
"substring": "Manakala Klausa (2) pula melarang adanya diskriminasi, antara lain, atas alasan agama dalam mana-mana undang-undang atau dalam pelantikan kepada apa-apa jawatan dalam sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan perkara yang tersebut dalam klausa itu."
},
{
"question": "Siapakah yang awalnya membenarkan pengusaha dobi meletakkan tanda 'untuk orang Islam sahaja' di premis mereka?",
"substring": "Dasar itu sebelumnya disambut baik Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsudin yang berkata ia tidak sepatutnya menimbulkan tanggapan buruk di kalangan orang bukan Islam."
},
{
"question": "Siapakah yang menyifatkan amalan meletakkan tanda 'untuk orang Islam sahaja' sebagai amalan sempit?",
"substring": "Namun perkara itu dibantah oleh Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin yang menyifatkannya sebagai amalan sempit dan hukum fikah sepatutnya memudahkan kehidupan umat Islam."
},
{
"question": "Siapakah yang mengundang campur tangan dalam isu pengusaha dobi meletakkan tanda 'untuk orang Islam sahaja'?",
"substring": "Isu itu akhirnya mengundang campur tangan Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar yang bertitah agar konsep perniagaan itu diubah atau baginda sendiri akan bertindak."
}
]
} |
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mencadangkan supaya kerajaan mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga pekerja asing selepas negara pulih dari wabak Covid- 19.
Menurut presidennya, Abdul Halim Mansor, negara sepatutnya mengutamakan pekerja tempatan yang telah kehilangan kerja sewaktu tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang berlangsung sejak 18 Mac.
“Di waktu pemulihan selepas pandemik Covid-19, kerajaan mesti menutup kebenaran mengimpot pekerja asing.
“Tindakan ini adalah untuk negara supaya tidak bergantung kepada tenaga kerja asing tetapi membentuk dan utamakan tenaga kerja tempatan dalam semua skop pekerjaan,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.
Sebelum ini, kajian dari Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menjangkakan seramai 2.4 juta orang di negara ini akan kehilangan kerja berikutan wabak Covid-19, di mana kira-kira 67 peratus daripada jumlah itu membabitkan pekerja tidak mahir dan kebanyakannya tidak mempunyai pendapatan tetap.
Abdul Halim berkata demikian ketika mengulas mengenai bagaimana negara boleh menangani masalah ramai pekerja yang kehilangan pekerjaan susulan pelaksanaan PKP.
Pada masa sama, beliau turut mengulas lanjut mengenai jalan alternatif bagi tempoh jangka masa panjang selepas negara pulih dari covid-19.
Pada 10 April lalu, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khasnya meminta rakyat supaya membiasakan diri dengan kehidupan baru bagi memutuskan rantaian Covid-19.
Abdul Halim juga berkata pihak kerajaan dan majikan perlu memikul tanggungjawab bersama dalam menghadapi wabak koronavirus, dan pada masa sama mampu menjana ekonomi negara.
“MTUC tidak mahu menggadaikan nyawa pekerja jika semata-mata kena bekerja kerana mengikut keperluan majikan waktu PKP berkuatkuasa.
“Jika PKP diteruskan majikan dan PKS tidak beroperasi. Sementara pekerja yang akan menghadapi bencana (terjejas), apabila majikan dan PKS mengatur strategi mengecilkan aktiviti dan mengurangkan kos.
“MTUC juga menggesa, kerajaan berbincang dengan majikan dan PKS bersama duta-duta pekerja asing yang “halal" atau “haram" (secara sah atau tidak sah) seramai melebihi 3 juta orang untuk dihantar pulang ke negara asal,” katanya. | {
"qa": [
{
"question": "Apakah cadangan yang dicadangkan oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)?",
"substring": "Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mencadangkan supaya kerajaan mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga pekerja asing selepas negara pulih dari wabak Covid- 19."
},
{
"question": "Siapakah presiden MTUC yang mengemukakan cadangan tersebut?",
"substring": "Menurut presidennya, Abdul Halim Mansor, negara sepatutnya mengutamakan pekerja tempatan yang telah kehilangan kerja sewaktu tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang berlangsung sejak 18 Mac."
},
{
"question": "Berapa ramai orang yang dijangka akan kehilangan kerja berikutan wabak Covid-19 menurut kajian dari Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER)?",
"substring": "Sebelum ini, kajian dari Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menjangkakan seramai 2.4 juta orang di negara ini akan kehilangan kerja berikutan wabak Covid-19,"
},
{
"question": "Apakah jalan alternatif yang dicadangkan oleh Abdul Halim Mansor bagi tempoh jangka masa panjang selepas negara pulih dari Covid-19?",
"substring": "Pada masa sama, beliau turut mengulas lanjut mengenai jalan alternatif bagi tempoh jangka masa panjang selepas negara pulih dari covid-19."
},
{
"question": "Siapakah yang MTUC menggesa kerajaan berbincang bersama dalam menghadapi wabak koronavirus?",
"substring": "MTUC juga menggesa, kerajaan berbincang dengan majikan dan PKS bersama duta-duta pekerja asing yang “halal\" atau “haram\" (secara sah atau tidak sah) seramai melebihi 3 juta orang untuk dihantar pulang ke negara asal,"
}
]
} |
Sebuah pasar raya besar di Seksyen 13 di Shah Alam menjadi premis perniagaan pertama di Selangor diarah tutup selama lapan hari apabila dikesan beroperasi dengan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata arahan penutupan yang berkuat kuasa semalam sehingga 8 Jun, dikeluarkan pihaknya hasil pemantauan dilakukan unit penguat kuasa jabatan berkenaan.
Beliau berkata tempoh lapan hari yang diberikan kepada pengusaha premis perniagaan itu dilihat memadai bagi mereka memastikan pengoperasian pasar raya besar terbabit mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
“Dalam situasi penularan wabak Covid-19 ketika ini, mereka seharusnya lebih peka untuk menjaga kebajikan pelanggan,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya penutupan operasi pasar raya besar itu juga diharap menjadi pengajaran kepada pengusaha premis perniagaan lain supaya lebih prihatin dengan perkembangan semasa wabak demi memutuskan rantaian penularan Covid-19 di negeri ini.
Dr Sha’ari berkata unit penguat kuasa JKNS sentiasa menjalankan pemantauan di seluruh negeri ini bagi memastikan semua pihak khususnya premis perniagaan mematuhi SOP yang ditetapkan.
Selain itu beliau turut menyarankan pengusaha premis perniagaan mengguna pakai aplikasi SELangkah yang diperkenalkan Kerajaan Negeri Selangor sebagai usaha pengesanan kontak sekiranya wujud penularan wabak berkenaan di premis masing-masing.
Ditanya sama ada kegagalan pematuhan SOP oleh pengusaha pasar raya besar itu boleh menyebabkan pengusahanya dikenakan kompaun, Dr Sha’ari berkata siasatan lanjut sedang dijalankan.
Antara SOP dikeluarkan kerajaan yang harus dipatuhi pengusaha perniagaan untuk beroperasi sepanjang pelaksanaan PKPB adalah jarakan sosial, mengehadkan jumlah pelanggan di dalam premis, dan mengambil suhu badan pengunjung.
Terdahulu, satu foto yang tular di media sosial mengenai notis penutupan pasar raya besar berkenaan menimbulkan persoalan dalam kalangan warga maya yang tinggal di sekitar premis perniagaan itu.
Notis itu memaparkan arahan penutupan premis mengikut subseksyen 18(1) (f) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
- Bernama | {
"qa": [
{
"question": "Di mana lokasi pasar raya besar yang diarah tutup selama lapan hari?",
"substring": "Sebuah pasar raya besar di Seksyen 13 di Shah Alam menjadi premis perniagaan pertama di Selangor diarah tutup selama lapan hari"
},
{
"question": "Siapakah yang mengeluarkan arahan penutupan tersebut?",
"substring": "Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata arahan penutupan yang berkuat kuasa semalam sehingga 8 Jun, dikeluarkan pihaknya hasil pemantauan dilakukan unit penguat kuasa jabatan berkenaan."
},
{
"question": "Berapa lama pasar raya besar tersebut diarah tutup?",
"substring": "Beliau berkata tempoh lapan hari yang diberikan kepada pengusaha premis perniagaan itu dilihat memadai bagi mereka memastikan pengoperasian pasar raya besar terbabit mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)."
},
{
"question": "Apakah aplikasi yang disarankan oleh Dr Sha’ari kepada pengusaha premis perniagaan?",
"substring": "Selain itu beliau turut menyarankan pengusaha premis perniagaan mengguna pakai aplikasi SELangkah yang diperkenalkan Kerajaan Negeri Selangor sebagai usaha pengesanan kontak sekiranya wujud penularan wabak berkenaan di premis masing-masing."
},
{
"question": "Apa sahaja SOP yang harus dipatuhi pengusaha perniagaan untuk beroperasi sepanjang pelaksanaan PKPB?",
"substring": "Antara SOP dikeluarkan kerajaan yang harus dipatuhi pengusaha perniagaan untuk beroperasi sepanjang pelaksanaan PKPB adalah jarakan sosial, mengehadkan jumlah pelanggan di dalam premis, dan mengambil suhu badan pengunjung."
}
]
} |
Jitra: “Mungkin ini berlaku secara kebetulan apabila saya berkahwin pada usia 25 tahun sama dengan ulang tahun Harian Metro ke-25 dan lebih manis majlis perkahwinan saya juga berlangsung dalam suasana seperti menyambut akhbar ini kerana kad jemputan kahwin, kain rentang, buku ucapan, kalendar dan lencana semuanya tertera lambang Harian Metro,” kata Nurul Azhani Azahari, 25, yang melangsungkan majlis perkahwinan bersama pasangannya Megat Muslim Megat Abdul Rahmani, 29, di Kampung Panchor, Wang Tepus, di sini, semalam.
Azhani berkata, idea membuat kad jemputan perkahwinan itu bermula ketika dia melayari Internet dan sebaik melihat rekaan berkonsepkan akhbar Harian Metro hatinya tertarik tambahan dia sememangnya pembaca setia Harian Metro.
Menurutnya, dia kemudian memilih rekaan itu dan menghantar gambar mereka berdua kepada syarikat percetakan kad perkahwinan di Melaka pada November tahun lalu.
“Ketika itu saya masih tidak mengetahui berkaitan ulang tahun Harian Metro ke-25 tahun ini.
“Malah, selepas siap kad kahwin itu bersama kalendar, kain rentang, buku lawatan, kalendar dan lencana semuanya tertera lambang Harian Metro hati saya teruja dan gembira,” katanya ketika ditemui selepas majlis itu di kediaman keluarganya di Kampung Panchor, Wang Tepus, di sini, semalam.
Katanya, ketika mengedar kad perkahwinan itu kepada rakan mereka pun terkejut dan menyangka dia ditaja Harian Metro.
“Saya menjelaskan kepada mereka sebenarnya itu adalah atas inisiatif saya sendiri dan ternyata ia mendapat maklum balas baik daripada kenalan.
“Sebelum ini saya memang menyatakan hasrat ingin berkahwin pada usia 25 tahun dan tidak menyangka ia kebetulan jatuh pada tahun sama Harian Metro ke-25 dan mungkin ini hadiah untuk saya juga dan berharap akhbar ini akan terus berkembang,” katanya yang bekerja sebagai jururawat.
Sementara itu, Megat Muslim berkata, dia pada mulanya tidak mengetahui idea isterinya dan sebaik rekaan itu siap dan ditunjukkan kepadanya, dia terus bersetuju dan menyukainya.
“Saya menyokong cubaannya untuk mencari kelainan dalam perkahwinan kami tambahan juga saya setiap hari membaca Harian Metro.
“Saya yang berniaga kedai makan di Kampung Ketol, Batu 17, Tunjang memang akan membeli akhbar ini setiap hari untuk diletakkan di kedai dan ini akan menjadi kenangan buat kami berdua,” katanya. | {
"qa": [
{
"question": "Siapakah yang melangsungkan majlis perkahwinan?",
"substring": "Nurul Azhani Azahari, 25, yang melangsungkan majlis perkahwinan bersama pasangannya Megat Muslim Megat Abdul Rahmani, 29, di Kampung Panchor, Wang Tepus, di sini, semalam."
},
{
"question": "Bagaimana idea membuat kad jemputan perkahwinan itu bermula?",
"substring": "Azhani berkata, idea membuat kad jemputan perkahwinan itu bermula ketika dia melayari Internet dan sebaik melihat rekaan berkonsepkan akhbar Harian Metro hatinya tertarik tambahan dia sememangnya pembaca setia Harian Metro."
},
{
"question": "Apakah yang tertera pada kad jemputan perkahwinan?",
"substring": "Malah, selepas siap kad kahwin itu bersama kalendar, kain rentang, buku lawatan, kalendar dan lencana semuanya tertera lambang Harian Metro hati saya teruja dan gembira,"
},
{
"question": "Apakah reaksi rakan-rakan apabila melihat kad jemputan perkahwinan tersebut?",
"substring": "Katanya, ketika mengedar kad perkahwinan itu kepada rakan mereka pun terkejut dan menyangka dia ditaja Harian Metro."
},
{
"question": "Apakah pendapat Megat Muslim tentang idea isterinya?",
"substring": "\"Saya menyokong cubaannya untuk mencari kelainan dalam perkahwinan kami tambahan juga saya setiap hari membaca Harian Metro."
}
]
} |
PEMINDAHAN operasi Bazaar Raya dari Jalan Besar ke Pusat Perniagaan Wawasan pada tahun ini dilakukan selepas mengambil kira banyak faktor termasuk memberikan fasiliti yang kondusif, bukan hanya kepada peniaga tetapi kepada pengunjung.
Yang Dipertua Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR), Mohammad Sukry Abd Rahim berkata, pemilihan lokasi ini juga bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas, mengelakkan kacau ganggu dan paling utama menjamin keselamatan peniaga dan pengunjung.
Katanya, MDSR tidak berkompromi dalam setiap penganjuran bazar dilaksanakan dan hasrat pemindahan lokasi Bazaar Raya ini sudah pun diputuskan sejak 2016.
“Tempoh perancangan pemindahan bazar itu mengambil masa tiga tahun dan pada tahun ini ia dianggap sebagai waktu yang tepat untuk pelaksanaannya.
“Persetujuan perpindahan ini adalah hasil perbincangan dan akujanji peniaga sendiri, selain ia turut dipersetujui oleh Pegawai Daerah Kluang, Ismail Abu serta pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan dilihat sebagai satu keputusan yang positif,” katanya.
Katanya, malangnya ada pihak yang dipercayai atas kepentingan tertentu cuba menimbulkan kekeruhan selain memberikan pengaruh negatif dalam pelaksanaan penganjuran Bazaar Raya di Pusat Perniagaan Wawasan ini.
“Isu itu kemudian menjadi perhatian masyarakat setempat selepas tular di media sosial,” katanya.
Mohammad Sukry berkata demikian melalui kenyataan media ketika mengulas berkaitan isu pemindahan Bazaar Raya daripada Jalan Besar ke Pusat Perniagaan Wawasan.
Malah tindakan pihak yang tidak mengetahui akan perancangan diaturkan pihak berkuasa tempatan (PBT) terbabit cuba mengangkat isu itu mengakibatkan ia hangat diperbincangkan masyarakat di Simpang Renggam sejak awal Ramadan tahun ini.
Menurut Mohd Sukry, mana-mana pihak yang cuba menimbulkan kacau ganggu, perpecahan dan melakukan tindakan yang berbentuk hasutan diharapkan menghentikan niat terbabit.
“Ini kerana pihak kami tidak berhasrat untuk memanjangkan isu ini memandangkan keputusan perpindahan sudah ditetapkan dengan mengambil kira fakta yang bernas dan alasan yang kukuh.
“Namun jika perkara ini masih berterusan, pihak MDSR tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang lebih tegas demi menjamin hak dan kepentingan sebagai PBT,” katanya.
Sementara itu, tinjauan di Bazaar Raya di Pusat Perniagaan Wawasan mendapati masih banyak lagi khemah yang belum memulakan perniagaan dan orang ramai yang mengunjungi bazar berkenaan juga berkurangan.
Seorang peniaga yang enggan dikenali berkata, mungkin keadaan masih awal lagi dan kebanyakan mereka yang datang dipercayai hanya membuat tinjauan harga sebelum membuat kira-kira perbelanjaan keluarga masing.
“Memang kadar jualan agak merosot berbanding di Jalan Besar, namun kerana arahan sudah menetapkan di sini, kami terpaksa akur kerana semua barang-barang jualan sudah ditempah lebih awal dan perlu dijual,” katanya. | {
"qa": [
{
"question": "Mengapa operasi Bazaar Raya dipindahkan dari Jalan Besar ke Pusat Perniagaan Wawasan?",
"substring": "PEMINDAHAN operasi Bazaar Raya dari Jalan Besar ke Pusat Perniagaan Wawasan pada tahun ini dilakukan selepas mengambil kira banyak faktor termasuk memberikan fasiliti yang kondusif, bukan hanya kepada peniaga tetapi kepada pengunjung."
},
{
"question": "Siapakah yang memutuskan untuk memindahkan lokasi Bazaar Raya?",
"substring": "Katanya, MDSR tidak berkompromi dalam setiap penganjuran bazar dilaksanakan dan hasrat pemindahan lokasi Bazaar Raya ini sudah pun diputuskan sejak 2016."
},
{
"question": "Siapakah yang turut memperakukan pemindahan lokasi Bazaar Raya?",
"substring": "“Persetujuan perpindahan ini adalah hasil perbincangan dan akujanji peniaga sendiri, selain ia turut dipersetujui oleh Pegawai Daerah Kluang, Ismail Abu serta pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan dilihat sebagai satu keputusan yang positif,” katanya."
},
{
"question": "Mengapa ada pihak yang cuba menimbulkan kekeruhan berkaitan pemindahan Bazaar Raya?",
"substring": "Malah tindakan pihak yang tidak mengetahui akan perancangan diaturkan pihak berkuasa tempatan (PBT) terbabit cuba mengangkat isu itu mengakibatkan ia hangat diperbincangkan masyarakat di Simpang Renggam sejak awal Ramadan tahun ini."
},
{
"question": "Bagaimana reaksi MDSR terhadap pihak yang cuba menimbulkan kacau ganggu berkaitan pemindahan Bazaar Raya?",
"substring": "Namun jika perkara ini masih berterusan, pihak MDSR tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang lebih tegas demi menjamin hak dan kepentingan sebagai PBT,” katanya."
}
]
} |
Keindahan pantai dan kehijauan alam sekitar menjadi aset penting sehingga berjaya menarik 270 peserta menyertai Program Kayuhan Fun & Ride Jelajah Langkawi sejauh 70 kilometer, baru-baru ini.
Malah, keseluruhan peserta menyertai program julung kali anjuran bersama Badan Kebajikan dan Sukan Pembantu Perubatan serta Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah ini berjaya tiba di garisan penamat.
Bermula di Dataran Pekan Rabu, Kuah, tepat jam 7.30 pagi, peserta yang kebanyakannya datang dari seluruh Semenanjung dilepaskan Pegawai Kesihatan Daerah Langkawi, Dr Mohd Lutpiyudin Azidin. Turut hadir, Pengerusi Program, Dr Muhammad Shauqi Abdul Kadir.
Antara laluan yang ditempuh peserta ialah Jalan Kuah-Padang Matsirat dan Jalan Pantai Chenang-Kuala Melaka, seterusnya semua peserta terpaksa memerah keringat mendaki laluan berbukit sejauh enam kilometer sebelum tiba di Telaga Harbour Park (THP).
Dari THP peserta terus berkonvoi menuju Kompleks Kraf di Teluk Yu, diikuti Galeria Perdana di Kampung Kilim, Taman Hidupan Liar Langkawi di Kampung Belanga Pechah sebelum menamatkan kayuhan di Dataran Lagenda di Kuah pada jam 12 tengah hari.
Muhammad Shauqi berkata, selain membantu mempromosi tempat menarik di Langkawi, program itu juga bermatlamat membudayakan cara hidup sihat dalam kalangan masyarakat pelbagai peringkat umur.
“Rata-rata peserta berpuas hati dapat meluangkan masa berkayuh beramai-ramai, sekali gus menjadi pendekatan terbaik untuk merapatkan silaturrahim. Malah, kami berharap penganjuran kayuhan ini dapat menggalakkan orang ramai membabitkan diri serta meneruskan aktiviti menjurus gaya hidup sihat,” katanya.
Ketua Unit Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan di HSB itu juga berkata, pihaknya berterima kasih atas penyertaan peminat dari luar Langkawi yang datang bagi menjayakan kayuhan itu.
“Kami berbanyak-banyak terima kasih atas sokongan peserta termasuk dari Kelantan, Melaka, Kuala Lumpur, Perak dan Pulau Pinang yang membuktikan aktiviti ini mampu menyatukan masyarakat. Ini kerana aktiviti ini melahirkan insan yang bukan saja sihat pada aspek fizikal, malah sihat dan cergas pada aspek mental,” katanya.
Sementara itu, ketika berucap merasmikan program itu, Mohd Lutpiyudin berharap program kayuhan itu dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai acara tahunan.
Katanya, hasrat itu tidak mustahil terlaksana berikutan sambutan peserta amat menggalakkan seiring objektif amalan gaya hidup sihat.
Peserta daripada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Riders, Siti Asura Abd Ghani berkata, penyertaannya dalam program ini timbul secara spontan selepas mengambil kira pendapat ahli kelab.
“Saya bersama 20 ahli MBMB Riders berpuas hati apabila kayuhan ini dibuat secara santai tanpa mengambil kira siapa pemenang bagi membolehkan peserta ‘menikmati’ pemandangan indah sekitar Langkawi. Penganjur juga mengadakan sesi cabutan bertuah dengan menawarkan hadiah berbentuk hampar dan ia memberi kepuasan kepada kami,” katanya.
Rumazi Othman 43, dari Pulau Pinang, berkata walaupun bukan pertandingan, semua peserta memberi komitmen dan saingan sengit untuk menyudahkan kayuhan sejauh 70 kilometer sehingga garisan penamat.
“Laluan kayuhan sememangnya mencabar kerana selain menyusuri pantai, kami juga melalui kawasan berbukit, namun semua peserta dapat melepasi cabaran itu dengan baik dan berjaya sampai ke garisan penamat dengan selamat,” katanya. | {
"qa": [
{
"question": "Berapa jumlah peserta yang menyertai Program Kayuhan Fun & Ride Jelajah Langkawi?",
"substring": "Keindahan pantai dan kehijauan alam sekitar menjadi aset penting sehingga berjaya menarik 270 peserta menyertai Program Kayuhan Fun & Ride Jelajah Langkawi sejauh 70 kilometer, baru-baru ini."
},
{
"question": "Siapakah yang melepaskan peserta pada permulaan kayuhan?",
"substring": "Bermula di Dataran Pekan Rabu, Kuah, tepat jam 7.30 pagi, peserta yang kebanyakannya datang dari seluruh Semenanjung dilepaskan Pegawai Kesihatan Daerah Langkawi, Dr Mohd Lutpiyudin Azidin."
},
{
"question": "Apakah laluan yang ditempuh peserta?",
"substring": "Antara laluan yang ditempuh peserta ialah Jalan Kuah-Padang Matsirat dan Jalan Pantai Chenang-Kuala Melaka, seterusnya semua peserta terpaksa memerah keringat mendaki laluan berbukit sejauh enam kilometer sebelum tiba di Telaga Harbour Park (THP)."
},
{
"question": "Siapakah Pengerusi Program?",
"substring": "Bermula di Dataran Pekan Rabu, Kuah, tepat jam 7.30 pagi, peserta yang kebanyakannya datang dari seluruh Semenanjung dilepaskan Pegawai Kesihatan Daerah Langkawi, Dr Mohd Lutpiyudin Azidin. Turut hadir, Pengerusi Program, Dr Muhammad Shauqi Abdul Kadir."
},
{
"question": "Apakah tujuan utama program kayuhan tersebut?",
"substring": "Muhammad Shauqi berkata, selain membantu mempromosi tempat menarik di Langkawi, program itu juga bermatlamat membudayakan cara hidup sihat dalam kalangan masyarakat pelbagai peringkat umur."
}
]
} |
BAHAGIAN Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan 14 produk kosmetik yang kini berada di pasaran kerana dikesan mengandungi racun berjadual.
Produk berkenaan termasuk Diamond Gold Skin Care - Diamond Gold Day Cream; Diamond Gold Skin Care - Diamond Gold Night Cream; Diamond Gold Skin Care - Diamond Gold Treatment Cream; Alora Night Glowing Cream; Karisma Nightcream Kunyit; Karisma Daycream dan Karisma Treatment Sarang Burung.
Selain itu, produk lain adalah Seputih Melati Night Cream Whitening; Seputih Melati Night Cream Glowing; Majaja Serum Channtiq; SYMA Magical Serum; SYMA Facial Cleanser; Khumaera Moistskin Cleanser dan Bao Shu Tang Snow Lotus Cream.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, notifikasi produk-produk kosmetik berkenaan sudah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan kerana dikesan mengandungi bahan racun berjadual.
Beliau berkata, produk yang mengandungi hydroquinone, tretinoin dan diphenhydramine sepatutnya perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.
“Produk kosmetik yang dicampur palsu dengan hydroquinone lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit, merawat masalah jeragat dan kulit tidak sekata.
“Bagaimanapun, penggunaan hydroquinone tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif.
“Kesan dari penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV berbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit,” katanya dalam kenyataan di Putrajaya, semalam.
Katanya, produk kosmetik yang dicampur palsu dengan tretinoin biasanya dipromosikan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan.
Namun beliau berkata, penggunaan tretinoin tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, menggelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.
Dr Noor Hisham berkata, produk yang dicampur palsu dengan diphenhydramine pula bertujuan memberikan kelegaan sementara bagi kegatalan dan kesakitan akibat gigitan serangga, selaran matahari yang ringan dan kerengsaan kulit.
Menurutnya, penggunaan diphenhydramine tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh mengakibatkan bahagian kulit yang disapu menjadi lebih sensitif kepada cahaya matahari dan boleh menyebabkan kesan alahan teruk.
Dalam pada itu katanya, produk kosmetik yang dicampur palsu dengan merkuri lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit dan rawatan anti-penuaan seperti masalah jeragat, kulit tidak sekata dan kedutan dan boleh memudaratkan kesihatan.
“Merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan.
“Selain itu, kesan mudarat akibat pendedahan kepada merkuri boleh juga dialami oleh orang sekeliling terutama kanak-kanak apabila produk kosmetik yang mengandungi merkuri yang disapu pada kulit meruap dan dihidu.
“Bayi dan kanak-kanak kecil boleh terdedah kepada merkuri apabila mereka menyentuh produk kosmetik yang mengandungi merkuri atau orang yang menggunakan produk kosmetik tersebut dan kemudiannya memasukkan jari-jari mereka ke dalam mulut. Penggunaan produk yang mengandungi merkuri boleh juga menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit," katanya.
Beliau berkata, pihaknya menasihatkan penjual dan pengedar produk-produk kosmetik berkenaan supaya menghentikan penjualan dan pengedaran dengan dengan serta-merta.
Katanya, penjual adalah diingatkan bahawa penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik itu melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
“Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya.
“Bagi syarikat pula, mereka yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya," katanya.
Selain itu katanya, orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik berkenaan dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat dari ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan sampingan. | {
"qa": [
{
"question": "Berapa banyak produk kosmetik yang diketahui mengandungi racun berjadual?",
"substring": "mengelak daripada membeli dan menggunakan 14 produk kosmetik"
},
{
"question": "Apakah nama-nama produk kosmetik yang mengandungi racun berjadual?",
"substring": "Diamond Gold Skin Care - Diamond Gold Day Cream; Diamond Gold Skin Care - Diamond Gold Night Cream; Diamond Gold Skin Care - Diamond Gold Treatment Cream; Alora Night Glowing Cream; Karisma Nightcream Kunyit; Karisma Daycream dan Karisma Treatment Sarang Burung.\n\nSelain itu, produk lain adalah Seputih Melati Night Cream Whitening; Seputih Melati Night Cream Glowing; Majaja Serum Channtiq; SYMA Magical Serum; SYMA Facial Cleanser; Khumaera Moistskin Cleanser dan Bao Shu Tang Snow Lotus Cream."
},
{
"question": "Mengapa notifikasi produk-produk kosmetik berkenaan dibatalkan?",
"substring": "dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan kerana dikesan mengandungi bahan racun berjadual."
},
{
"question": "Apakah bahaya penggunaan hydroquinone dalam produk kosmetik?",
"substring": "Kesan dari penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV berbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit"
},
{
"question": "Apakah hukuman yang boleh dikenakan kepada penjual dan pengedar produk kosmetik yang melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984?",
"substring": "Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya."
}
]
} |